Adakah Benar Tempat Ini Adalah Yang Terbaik
July 29th, 2009 | 9:55 am | Akademik, Pengurusan | 756 views | 3 responses
Apabila berbicara mengenai sesuatu yang di anggap terbaik, terbagus, cemerlang, terbilang, gemilang dan sebagainya mengingatkan saya pada satu peristiwa yang diceritakan kepada saya semasa proses temuduga kemasukan pelajar ke dalam program pasca siswazah di sebuah insititusi pengajian awam. Di dalam sesi temudugua tersebut, sorang calon telah ditanya oleh panel penemuduga “mengapa awak memilih universiti ini sebagai tempat awak melanjutkan pengajian dalam program MBA ini?”, maka dengan spontan dan penuh yakin calon tersebut menjawab “bagi saya universiti ini adalah universiti yang terbaik di Malaysia dan saya rasa tiada universiti yang dapat menyaingi kehebatan universiti ini”.
Dan panel pula menyusul semula “anda nampaknya begitu yakin dengan universiti ini, berdasarkan rekod kami anda telah mendapat ijazah sarjana muda di universiti ini juga, adakah anda pernah belajar di lain-lain universiti yang ada di Malaysia sebelum ini?”, calon tersebut menjawab “tidak”. Kemudian panel bertanya lagi “adakah anda pernah bekerja sebelum memutuskan untuk menyambung pelajaran?”, lagi sekali calon tersebut menjawab “tidak”. Seterusnya panel berkenaan menerangkan “kalau begitu bagaimana anda boleh mengatakan universiti ini adalah universiti yang terbaik di Malaysia sedangkan anda tidak pernah belajar atau mendapat pendedahan di universiti lain, dan anda juga belum pernah bekerja di sesebuah organisasi pun yang membolehkan anda membuat perbandingan tahap kecemerlangan atau keterbaikan universiti ini”. Calon berkenaan terus terdiam dan tersenyum selepas tidak dapat memberi penjelasan kenapa beliau meletakkan universiti tersebut sebagai yang terbaik.
Persoalan yang ingin saya bincangkan di sini adalah berkaitan dengan kualiti dan kecemerlangan. Kriteria untuk meletakkan sesuatu sebagai yang terbaik dan paling cemerlang perlu mempunyai asas dan perbandingan dengan sesuatu yang lain dan yang paling utama dalam bidang yang sama. Dalam contoh di atas, sebelum meletakkan sesebuah universiti sebagai yang terbaik, seseorang perlu terlebih dahulu mempunyai pendedahan dan pengalaman dengan universiti-universiti yang lain sebelum boleh membuat perbandingan.
Begitu juga dengan hal hal lain dalam situasi kehidupan sosial kita, ramai pihak menganggap mereka adalah yang terbaik sedangkan tiada pendedahan dengan jelas asas perbandingan yang mereka buat untuk membolehkan mereka meletakkan status mereka sebagai yang terbaik, dengan kata lain nya, ianya tidak lebih dari ‘Syok Sendiri’…..begitulah ceritanya.




















said on July 29th, 2009 at 12:07 pm
"kualiti" dan "kecemerlangan" adalah satu aspek subjektif untuk di nilai. ianya bergantung kepada keadaan, persekitaran, pengalaman dan juga ciri2 lain yg ada pd setiap penilai. ini kerana setiap manusia pada fitrahnya adalah berbeza-beza dari segi latarbelkang, tahap pendidikan dan juga pengalaman hidup. tqp.s calon tersebut berjaya sambung belajar di universiti itu atau tidak? ;p
said on October 21st, 2009 at 9:50 pm
rasa-rasanya dapat kot hehehe
said on March 12th, 2010 at 9:18 pm
kualiti+kecemerlangan…semuanya memerlukan pengalaman n komitmen. Walau sepandai n setinggi mana ilmu yg ada…tanpa pengalaman mmg susah nak mulakan sesuatu dgn cemerlang (kalau ada pun mungkin nasib je tu..;p). Dan tanpa komitmen…jgn mengharapkan hasil yg berkualiti.
**pengalaman sy masa interview KPLI 5 thn lepas…interviewer tanya bila KBSR n KBSM dibuat?? jawapan sy….”maaf, sy kurang arif”…aduhh mmg sy tak tahu n x baca ttg tu…hehehe…nasib baik lulus…;p