Akhirnya Kelantan Dapat Beraksi Semula
June 2nd, 2009 | 1:06 am | Nasional | 2,229 views | 1 response
Akhirnya selepas tujuh minggu tidak dapat beraksi di gelanggang sendiri, Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, akhirnya pasukan bolasepak Kelantan boleh menarik nafas lega apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi ‘lampu hijau’ kepada Kelantan untuk kembali beraksi di sendiri berkuat kuasa pada 28 Mei 2009. Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, Jawatankuasa Tatatertib FAM yang bersidang telah membuat keputusan menarik balik penggantungan Stadium Sultan Mohammad Ke-IV yang dibuat jawatankuasa berkenaan pada 9 April lalu.
Keputusan tersebut dicapai berikutan semakan semula hukuman yang dikenakan sebelum ini kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa). Bagaimanapun, Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM akan menetapkan syarat-syarat yang harus dipatuhi oleh Kafa dalam masa yang terdekat, Ia akan dibuat sebelum Liga Super bersambung pada 16 Jun depan di mana Kelantan akan menentang UPB-MyTeam di Kota Bharu.
Alhamdulillah, dalam apa jua situasi sekalipun, bentuk hukuman yang patut dikenakan perlulah bertujuan mendidik dan memperbaiki keadaan, bukannya menghukum seolah-olah untuk membantutkan perkembangan sukan bolasepak itu sendiri. Tahniah kepada pihak FAM kerana membuat keputusan yang rasional dan semoga tiada lagi insiden yang buruk berlaku.















said on June 2nd, 2009 at 11:07 pm
@Drimba: tahap pemahamam atau praktikaliti tak sama kot, bukan takat UIA, negara Arab Saudi pun sama gak…kalau begitu perlu ada alternatif yang sesuai untuk bersukan …