Al-Fatihah Untuk Allahyarham Shukery Hashim

June 11th, 2009 | 7:54 am | Hiburan, Muslim | 887 views | 8 responses

Al-Fatihah untuk salah seorang pelakon yang cukup dikenali ramai di negara ini, Allahyarham Shukery Hashim (1954-2009) yang telah pulang ke rahmatullah pada 10 Jun 2009. Beliau menghembus nafas terakhir di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada 1.45 petang berikutan mengidap penyakit barah pankreas. Shukery meninggalkan isteri Faridah Mat Desa,51, dan lima anak ; Nur Syikin, 28, Nur Ezity, 27, Mohd Firdza, 25, Mohd Aidi, 21, dan Mohd Amirul, 14.

shukery_hashim

Shukery dilahirkan pada tahun 1954 dan merupakan anak jati Langkawi. Beliau mendapat pendidikan di merata tempat termasuk Sekolah St Michael, Alor Setar dan Sekolah Jalan Raja Muda yang dulunya dikenali dengan Princess Road School. Walaupun mula berlakon pada 1984, arwah sebenarnya sudah terbabit dalam drama radio sejak 1975 di RTM. Allahyarham Shukery adalah salah seorang pelakon drama yang popular. Arwah selalu menunjukkan lakonannya yang hidup dan penuh penghayatan.

Sepanjang pembabitannya dalam dunia seni, Shukery sudah menerima tiga anugerah yang diiktiraf sebagai terbaik dalam industri seni di Malaysia iaitu Pelakon Terbaik di Anugerah Sri Angkasa pada 1990; Pelakon Drama TV Terbaik di Anugerah Sri Angkasa (1994) dan Pelakon TV Lelaki Popular 1994 (1995).

Semoga roh Allahyarham di tempatkan di kalangan orang-orang saleh, Al-fatihah.

email
myhome
 
ambo

Personal site where I share ideas and opinions generally in society and humanity.Specifically focuses on human resources development, leadership, management, blogging tutorials and tips, home and global affairs, photography, gadgets, entertainment as well as paid reviews and advertorials in both English and Bahasa Melayu. » contact here » Semak Ranking Blog Anda Disini

 
 

Responses so far...(8)

  1. 1

    alfatihah

  2. 2

    takziah kepada keluarga nya..al-fatiha.

  3. 3

    takziah d ucapkan untuk keluarga Allahyarham..al-Fatihah~

  4. 4

    harimau mati tinggalkn belang, manusia pergi tinggalkn kenangan yg x akan luput dr ingatan…

  5. 5

    Noorul, Shareen n Noor….Amin

  6. 6

    alfatihah…takziah buat keluarga arwah.

  7. 7

    Al- Fatihah

  8. 8

    alfatihah buat arwah….

    dia meninggal dunia masa birthday sy…..

Leave a Reply