Kempen Sapu Malaysia Oleh segolongan Rakyat Indonesia
September 12th, 2009 | 12:42 am | Global, Nasional | 1,180 views | 11 responses
Sejak kebelakangan ini hubungan antarabangsa di antara Malaysia dengan jiran terdekat Indonesia dilihat di’panas’kan dengan beberapa siri kontrovesi. Isu terbaru adalah kempen ‘sweeping’ atau menyapu orang Malaysia yang dianjurkan oleh sebahagian rakyat Indonesia dari golongan mahasiswa yang dikatakan tidak berpuas hati dengan rakyat Malaysia. Tidak tahu dengan jelas apa sebenarnya tujuan sekumpulan penunjuk perasaan bersenjatakan buluh runcing bertindak menahan kenderaan di Jalan Diponegoro, Jakarta dalam gerakan yang dipanggil ‘Sweeping’ Malaysia (sapu Malaysia) bagi mencari dan mengusir rakyat Malaysia.
Bila membaca berita-berita sebegini teringat pula sejarah “Kempen Ganyang Malaysia” yang pernah di gerakkan oleh pemerintah Indonesia satu ketika dulu. Ianya merupakan satu penentangan Indonesia terhadap pembentukan Malaysia yang bermula dari tahun 1962 hingga 1966. Penentangan ini telah dilakukan oleh Presiden Sukarno kerana cita-cita tingginya untuk menubuhkan Indonesia Raya yang mencantumkan Tanah Melayu dengan Indonesia terhalang akibat daripada pengisytiharan penubuhan Malaysia pada 16 September 1963.
Pada 28 Mei 1966, hasil rundingan di Bangkok, Kerajaan Malaysia dan Indonesia mengumumkan perdamaian setelah presiden Soeharto yang menggantikan Presiden Sukarno menghantar Adam Malik sebagai wakil untuk berunding dengan Tunku Abdul Rahman. Kekerasan berakhir pada bulan Jun, dan perjanjian perdamaian ditandatangani pada 11 Ogos dan dirasmikan dua hari kemudian. Indonesia secara rasminya mengakhiri konfrantasi terhadap Malaysia pada tahun 1967.
Dalam situasi moden ini, apa yang dapat dipelajari disini adalah bagaimana peranan media massa di kedua-dua belah negara memainkan sesuatu isu. Jika diperhalusi, semacam ada satu gerakan yang mengaturkan pelbagai bentuk provokasi untuk memanaskan suasana aman kedua-dua buah negara yang telah terbina sejak sekian lama, tidak tahulah apa tujuan sebenar pihak-pihak yang terlibat, di manakah sebenarnya matlamat gerakan-gerakan yang dilaksanakan ini.
Namun apa yang pasti, Malaysia merupakan tempat sebahagian daripada rakyat Indonesia mencari rezeki untuk menyara keluarga mereka di Indonesia, dan tidakkah penunjuk perasaan yang berdemonstrasi itu terfikir bagaimana nasib ribuan rakyat Indonesia di Malaysia yang sedang mencari rezeki sekiranya tindakan yang sama dibuat oleh rakyat Malaysia terhadap rakyat Indonesia. Namun kita percaya rakyat Malaysia tidak terfikir untuk mengadakan sekatan jalanraya sedemikian.
..dan apa yang pasti pertelingkahan tidak akan membawa kedua-dua pihak kemana-mana selain dari masing-masing mengalami kerugian.



















said on September 12th, 2009 at 1:28 am
Mesti ada agenda politik di sebalik kontrovesi ini. Apabila kerajaan lumpuh, orang-orang yang berselindung ini memainkan peranan menguasai teraju. Dan mereka tak pernah ingin berfikir tenang kekecewaan rakyat di atas tindakan mereka itu.
zara aluwi had an interesting article on ..Malaysia mencaplok?
said on September 12th, 2009 at 3:33 am
itulah sebenarnya yang golongan tertentu mahukan….
said on July 22nd, 2010 at 9:05 am
saye berdarah kacukan melayu cine mix cine celup hahaha dan skit batubare di indo dan saye belajar di jepun untuk pegetahuan anda semua di sini ade senaskah buku yang sagat bersejarah iaitu perang dunia kedua ade tertulis bahase jawi walaupun saya x mahir jawi tp berkat ibu bape sy mehantar sy kesekolah agame x sia2 saye membace dan membelik sumpah indonesia terhadap melasia(kite). dan sagat mendalam untuk merwujudkan indonesia raya, tapi itu cerita sejarah dan saye x ambil pusing tentangnye biarkanlah mereka berfikiran begitu di u tube juge hampir same rate2 nye memburukan melaysia tp igatlah allah sentiasa di samping org yg benar dan nabi penah berpesan berbaik lah enkau dgn musuh mu walaupun kamu akan mereka mencerca atau apew pun sekali dan kami disini akan mempertahankan maruah bangse dan agame sehinga titisan darah yg terahir oleh itu sabarlah wahai sedare ku amin..
said on September 12th, 2009 at 1:50 am
Rasanya hanya segelintir sahaja rakyat Indonesia yg cuba buat kacau dan tak mencerminkan pandangan keseluruhan rakyat Indonesia. Ya, memang ada udang disebalik batu dlm hal ini dan sebaiknya kita tak memberikan reaksi yg agak defensif dlm hal ini. Kalau boleh jgn layan pun…….
Ismail N had an interesting article on ..Berbaloi Ke Ni?
said on September 12th, 2009 at 3:34 am
kasihan dengan adik-adik pelajar kita di Indonesia sana, apalah dosa diaorang tu ek
said on September 12th, 2009 at 6:09 am
Bahaya segelintir puak pelampau nasionalis ultra, begitu mudah dihayun propaganda ke arah perjuangan palsu — hari ini, manifestasinya di Indonesia, esok, mungkin giliran negara kita. Na'udzubillah, semoga kita tidak terjebak sama dlm kancah sebegini.
said on September 12th, 2009 at 9:34 pm
Tu mesti perbuatan rakyat Indon yang tak berpelajaran je tu. Mungkin tak semua rakyat Indon sokong semua tu.
said on September 12th, 2009 at 10:56 pm
kadangkala yang berpelajaran tetapi mempunyai agenda tertentu pun boleh jugak merencana dan melaksanakan agenda tertentu ni..
said on September 13th, 2009 at 1:49 am
sy setuju dgn bro. sbb sy percaya yg jadi dalang semua ni mmg terdiri dpd golongan “terpelajar” tapi tak mendapat peluang pekerjaan. bro bayangkanlah.. gaji doktor di sana cuma rp.800.000 (lebih kurang rm300) sebulan. nak makan apa? itu belum lagi tengok gaji kakitangan kerajaan yg biasa.
nak tak nak kena la terlibat dgn kempen2 provokasi mcm ni. dgr kata diorg memang dibayar utk berdemonstrasi tu, tapi sape yg bayar tak tau la.
perut lapar bro.. kena la isi dgn apa cara sekalipun, wpun dgn menjaja maruah negara sendiri
said on September 13th, 2009 at 2:41 am
ooo gitu ke? satu info baru utk aku bro…memang aku jangkakan ada dalang di sebalik semua ini
said on September 13th, 2009 at 12:09 pm
Niat dan tujuan sebenar, hanya Allah swt yang tau. Tapi kalau dilihat sejarah, propaganda "anti-objek-luar" sebegini sering di'cipta' untuk mengalih pandangan sesuatu kelompok itu dari masalah2 dalaman (atau mencari titik penyatuan kelompok2 majmuk) demi kepentingan/pengaruh politik.