Bagaimana Berjabat Tangan Dengan Iblis

September 28th, 2009 | 10:18 am | Melayu, Muslim | 1,759 views | 6 responses

Pernah mendengar cerita bagaimana seorang manusia biasa boleh berjabat tangan dengan Iblis atau syaitan ? mungkin pelik atau ganjil membaca kenyataan ini. Setakat apa yang diketahui hanya para Nabi dan Rasul sahaja yang diberikan keistimewaan oleh Allah S.W.T untuk melihat dan bertemu dengan Iblis seperti Nabi Musa A.S, Nabi Muhmammad S.A.W dan sebagainya. Itupun makhluk berkenaan menjelmakan diri sebagai manusia, makhluk terkutuk tersebut hidup di alam ghaib sedangkan manusia hidup di alam nyata.

Tertarik dengan penerangan ringkas seorang imam di sebuah masjid di Kelantan sebelum masuk waktu solat Jumaat pada 25 September 2009 yang lepas, cerita berhubung bagaimana seorang manusia boleh berjabat tangan dengan Iblis. Cerita ini di sampaikan oleh imam tersebut yang mengambil cerita tersebut daripada orang-orang tua yang terdahulu daripada beliau dan kesahihannya juga tidak dapat dimuktamadkan.

shake_hands

Menurut ceritanya di zaman dahulu, ada seorang lelaki yang terlalu inginkan seorang anak lelaki dan pelbagai ikhtiar telah dilakukan oleh beliau untuk mendapatkan zuriat lelaki namun masih belum dimakbulkan oleh Allah S.W.T. Sehinggakan pada satu masa akibat terlalu tertekan dengan emosinya lelaki tersebut telah bernazar untuk berjabat salam dengan Iblis sekiranya beliau dikurniakan seorang anak lelaki. Soal bagaimana boleh timbul idea sebegitu di dalam fikiran lelaki berkenaan tidak dapat dipastikan.

Di takdirkan oleh Allah S.W.t maka lahirlah seorang zuriat lelaki daripada isteri lelaki berkenaan, disebalik kegembiraan menerima zuriat yang ditungu-tunggu selama ini si lelaki tersebut juga risau untuk menunaikan nazarnya yang pelik dan aneh tersebut dan bagaimana mungkin seorang manusia biasa mampu melihat iblis atau syaitan, apatah lagi berjabat tangan dengan makhluk penghuni tetap neraka tersebut, bagaimana rupa tangan si makhluk tersebut pun tidak dapat digambarkan.

Lalu mencarilah lelaki berkenaan mana-mana tok guru agama yang boleh memberi pandangan kepada beliau untuk menunaikan nazarnya. Seorang tok guru pertama yang ditemui mengatakan lelaki tersebut gila kerana membuat nazarsedemikian dan tidak boleh membantu beliau, manakala tok guru kedua pula menyatakan mana mungkin kita makhluk yang hidup di alam nyata mampu bertemu dengan makhluk yang hidup di alam ghaib, mustahil untuk bersalam dengan benda yang kita tidak nampak.

Lelaki tersebut hampir kecewa dengan jawapan kedua-dua tok guru tersebut tetapi meneruskan usahanya bertemu dengan tok guru yang ketiga. Tok guru yang ketiga ini agak cerdik orangnya dan apabila selesai mendengar maslahah lelaki berkenaan terus memberikan jawapan sebegini:

“Senang sahaja kalau hendak berjumpa mahupun berjabat tangan dengan iblis atau syaitan, setiap kali tiba waktu solat Jumaat, apabila selesai imam memberikan salam akhir solat tersebut kamu akan melihat sebahagian manusia yang terus bangun setelah selesai solat tanpa sebarang wirid atau doa. Itulah dia perumpaaannya.”

…pengajaran daripada cerita tersebut bagaimana tok guru meletakkan kepentingan wirid selepas solat itu amat penting dan juga kepada para Muslimim, kalau nak buat nazar tu, buat yang logik dan praktikal sudah lah, tak payah yang pelik-pelik.

email
myhome
 
ambo

Personal site where I share ideas and opinions generally in society and humanity.Specifically focuses on human resources development, leadership, management, blogging tutorials and tips, home and global affairs, photography, gadgets, entertainment as well as paid reviews and advertorials in both English and Bahasa Melayu. » contact here » Semak Ranking Blog Anda Disini

 
 

Responses so far...(6)

  1. 1

    hahaha..demo ada jugaok ke gu?…lawak jugok selising pun ada kes surat layang ni….hebat2

  2. 2

    kime memang kena gi masjid kalu tidok malula org debe selising

  3. 3

    tok ime lising ngamuk hari jumaat lepas pasal makmum tok wirid n doa dulu sbl keluar masjid..

  4. 4

    hahahah…mung gak paik….jange main2 nga ore debe gu

  5. 5

    manusia memang gitu sifatnya, senang nak dikata , susah nak dikota…
    YusriZakaria had an interesting article on ..About Mohd Yusri Bin Zakaria

  6. 6

    Hmmm perumpamaan yang bagus.. tapi tak perlu salam ke dgn org2 yg blah lps solat?? :P
    artikel terkini dari samdaddycool: Selendang Shawl pelangi 2 tone

Leave a Reply