Bagaimana Membina Blog Sendiri Bersama WordPress.org Part 2

July 22nd, 2009 | 7:34 pm | Admin, Blogging | 870 views | 4 responses

Sambungan daripada ‘entry’ saya sebelum ini mengenai Bagaimana Membina Blog Sendiri Bersama WordPress.org Part 1, hari ini sya ingin menyambung semula penerangan yang terhenti sebelum ini. Dengan mengambil kira andaian bahawa anda semua sudah memahami dengan jelas apa itu yang dimaksudkan dengan domain dan webhosting. Kedua-dua perkara tersebut perlu anda miliki atau dengan kata lain sewa bagi membolehkan impian anda mempunyai blog dengan menggunakan nama domain sendiri tercapai. Dengan kata lain, domain dan webhosting adalah dua perkara mandatori sebelum anda mewujudkan blog anda.

blogwordpress

Langkah seterusnya yang perlu anda tahu dan buat setelah memehami apa itu domain dan webhosting adalah dengan membuat carian sama ada melalui enjian carian google, yahoo, livesearch, altavista dan sebagainya mengenai syarikat yang menyediakan nama domain dan sewa webhosting termurah ataupun terbaik untuk keperluan anda. Caranya amat mudah sekali, taipkan sahaja “domain atau webhosting termurah malaysia” dan semuanya akan terpapar di skrin enjin carian anda.

Sebagai contohnya anda boleh merujuk kembali kepada ‘entry’ saya sebelum ini mengenai 20 senarai webhosting terbaik malaysia. Di dalam ‘entry’ tersebut saya telah senaraikan sebanyak 20 penyedia perkhidmatan sewaan webhosting dengan pakej termurah mereka beserta dengan kapasiti server yang ditawarkan, ini membolehkan anda membuat perbandingan dengan jelas dan mengenalpasti pilihan yang paling menarik minat anda.

Kebiasaaanya syarikat penyedia perkhidmataan sewaan webhosting juga turut menyediakan perkhidmatan pendaftaran nama domain yang anda perlukan. Dan sebagai langkah permulaan, saya berpandangan adalah lebih baik sekiranya anda hanya menggunakan satu syarikat sahaja untuk mendaftarkan domain dan juga menyewa webhost walaupun sebenarnya anda boleh untuk memilih syarikat yang berlainan. Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan yang mungkin wujud sebagai pengguna yang masih baru.

Sebagai contoh, domain myjazmanie.com yang saya gunakan ini saya daftarkan dengan Syarikat DataKl Solution dan saya juga turut menyewa webhosting selama setahun daripada syarikat berkenaan, sebelum ini saya menyewa domain dan webhosting daripada penyedia perkhidmatan di US iaitu Hostgator, namun atas beberapa sebab khususnya yang melibatkan kerosakan kabel bawah laut yang menghubungkan Malaysia dengan US beberapa bulan yang lalu menyebabkan saya memindahkan lokasi server saya ke dalam negara.

Dalam ‘entry’ akan datang saya akan menerangkan secara lebih teliti bagaimana proses pendaftaran domain dan penyewaan webhostinf dan juga kenapa saya memilih Syarikat DataKl Solution…akan bersambung.

email
myhome
 
ambo

Personal site where I share ideas and opinions generally in society and humanity.Specifically focuses on human resources development, leadership, management, blogging tutorials and tips, home and global affairs, photography, gadgets, entertainment as well as paid reviews and advertorials in both English and Bahasa Melayu. » contact here » Semak Ranking Blog Anda Disini

 
 

Responses so far...(4)

  1. 1

    encik, boleh tau tak ambil pakej mana?

    :)

    • 2

      untuk permulaan mungkin boleh cuba yg RM70 setahun tu, bila sudah makin maju baru upgrade ke lagi advance..pastinya datakl :D

  2. 3

    pemilihan hosting yang tepat membolehkan kita berblogging dengan lancar :)
    artikel terkini dari sangilapi: kegigihan itu perlu

Leave a Reply