Battle Of The Band 2009, Pantai Telok Mak Nik Kemaman

December 10th, 2009 | 11:53 pm | Hiburan, Nasional | 952 views | 2 responses

Alhamdulillah perjalanan hari ini dari Putrajaya ke Kemaman, Terangganu tidak menghadapi sebarang masalah dan berjalan dengan lancar, bertolak dari jam 11.00 pagi selamat sampai di Pantai Teluk Mak Nik (Monica Bay), Kemaman pada jam 3.30 petang, setelah dicongak tempoh berhenti makan dan gangguan traffic jam akibat kerja-kerja penaiktarafan jalan, bolehlah dianggarkan perjalanan dari Putrajaya ke Kemaman yang berjarak lebih kurang 323 kilometer mengambil masa selama lebih kurang 4 jam, dengan purata kelajuan 90 -120km/h.

Sebenarnya saya berada di sekitar Pantai Teluk Mak Nik, atau lebih dikenali dengan Monica Bay di Kemaman ini atas urusan pejabat. Lokasi pantai ini secara mudahnya terletak di sebelah jalan belakang masjid Geliga, Kemaman. Suasana sebelah petang di sini memang menyamankan dengan deruan angin yang kuat dan bunyi ombak yang menghempas pantai, sudah lama tidak menikmati keindahan alam sebegini.

Tak sangka pulak rupanya ada aktiviti yang menarik di adakan di Monica Bay ini, patutlah semasa melalui jalan tepi pantai tadi saya terperasan ada pentas kecil di bina seolah-olah ada satu majlis rasmi, rupanya memang ada. Rupanya aktiviti yang akan dianjurkan pada 11 dan 12 Disember 2009 ini adalah ‘Battle of The Band’ di bawah program Rakan Muda Seni Budaya, anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kemaman, Terengganu.

battle of the band

Pertandingan nyanyian secara individu dan gitar akustik ini dianjurkan selama 2 hari iaitu pada 11 dan 12 Disember 2009 bermula jam 8.00 pagi hingga 6.30 petang.

Kalau sempat rasanya nak juga tengok bagaimana persembahan anak muda daerah Kemaman ni, itupun kalau sempat selesai urusan pejabat, lagipun sudah lama meninggalkan dunia konsert ni, kalau tidak silap persembahan artis secara live yang paling akhir saya tontoni adalah konsert solo M. Nasir di Stadium Negara Kuala Lumpur sekitar tahun 1995, 14 tahun yang lalu!

email
myhome
 
ambo

Personal site where I share ideas and opinions generally in society and humanity.Specifically focuses on human resources development, leadership, management, blogging tutorials and tips, home and global affairs, photography, gadgets, entertainment as well as paid reviews and advertorials in both English and Bahasa Melayu. » contact here » Semak Ranking Blog Anda Disini

 
 

Responses so far...(2)

  1. 1

    Owh, ada event kat sana. Just knew about it. Nak singgah pun, maybe dah tak sempat. :)
    Fatin Pauzi had an interesting article on ..Tip Pengguna : Tips Penjimatan Bahan Bakar Kenderaan

    • 2

      sekali sekala outstation

Leave a Reply