Bertudung Pun Nak Rembat Rasuah Jugak?
Posted by etomyam on 03-11-2009 | 513 views so far | Posted in Melayu, Muslim, Nasional
9
Sejujurnya agak kecewa dan terkilan apabila mendapat cerita mengenai penyakit dan budaya rasuah yang masih menghantui sebahagian daripada anggota masyarakat Malaysia hari ini. Lalu saya teringatkan khutbah Jumaat yang saya dengar beberapa minggu lepas yang bertajuk Pengamal Rasuah Pengkhianat Negara. Juga saya teringatkan pula apa sudah jadi dengan Pelan Intergriti Nasional (PIN) yang telah dilancarkan olen mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi suatu ketika dahulu.
Rasuah dalam perspektif hukum Islam adalah haram. Ini berdasarkan dalil yang Qat’ie iaitu al-Quran, as-Sunnah dan Ijmak Ulamak. Dalam al-Quran terdapat ayat yang menggariskan tentang rasuah berdasarkan firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 188 yang bermaksud “ Dan janganlah kamu makan harta orang lain di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).” Manakala sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh at-Tabrani mafhumnya: “ Pemberi rasuah dan penerima rasuah akan masuk ke dalam api neraka”.
Malam tadi saya berbual dengan sorang gadis berusia pertengahan 20-an yang merupakan rakan kepada isteri saya. Dia mempunyai bakat dalam bidang lukisan dan sering dijemput oleh beberapa pihak untuk mengajarkan seni lukisan kepada sesiapa yang berminat. Semasa berbual-bual tersebut gadis tersebut menceritakan kepada saya bagaimana dia telah dijemput untuk mengajar lukisan di sebuah organisasi dalam satu program khas untuk kanak-kanak. Pegawai organisasi tersebut memintanya mengemukakan sebutharga kepada pihaknya untuk kelulusan.
Setelah kelulusan diperolehi, gadis tersebut menceritakan beliau telah dihubungi oleh pegawai wanita berkenaan untuk memaklumkan kelulusan pembayaran kepada gadis tersebut dan pada masa yang sama pegawai terlibat tanpa segan silu meminta supaya separuh daripada pembayaran tersebut perlu dihulurkan kepadanya sebagai upah untuk memproses dan mengangkat sebutharga gadis berkenaan untuk kelulusan. Gadis tersebut seakan tidak percaya seorang wanita yang bertudung sebegitu sanggup meminta ‘wang upah’ melalui cara sedemikian.
Saya berfikir gadis ini tidak menipu kerana tidak ada faedah kepada dia untuk bercakap bohong dengan saya. Lalu saya bertanya gadis berkenaan kalau tidak diberi apa akan jadi? gadis tersebut menjawab mungkin lepas ini dia tidak akan dipanggil atau ditawarkan lagi sekiranya enggan mengikuti permintaan wanita berkenaan. Jadi sebagai seorang Muslim saya nasihatkan dia dengan ungkapan hadith nabi “Pemberi rasuah dan penerima rasuah akan masuk ke dalam api neraka”, dan saya maklumkan juga kepadanya tepuk dada tanyalah hati.
Makanya apa pengajaran daripada cerita ringkas ini, setakat ini apa yang dapat saya rumuskan adalah:
- Wanita tersebut tidak pergi solat Jumaat, jadi dia tak tahu adanya khutbah khas mengenai rasuah, mungkin suami atau anak-anak lelakinya yang pergi solat jumaat terlupa untuk bercerita kepadanya;
- Bertudung atau tidak bertudung bukanlah penghalang kepada wanita tersebut untuk meminta wang upah atau rasuah;
- Penyakit rasuah pada hakikatnya menyerang tidak kira jantina, semuanya sama sahaja; dan
- Setelah pelbagai usaha dan ikhtiar dilaksanakan untuk mencegah amalan ini, nampaknya ianya masih menjadi amalan sesetengah anggota masyarakat.
Lalu saya teringat kandungan khutbah jumaat tempoh hari, punca-punca menyebabkan berlaku rasuah ialah bernafsu besar atau sifat tamak haloba, sikap mahu hidup mewah, memburu kekayaan dengan cepat, tidak bersyukur serta terikut-ikut dengan rakan-rakan sekerja.
..tiba-tiba rasa nak menyanyi lagu….Malaysia, oh tanah airku..













November 3, 2009
Zaman sekarang ni, dah tak boleh pandang orang dari luaran da. Tak semestinya die bertudung, die baik. Dan tak semestinya dia free hair, dia banyak wat maksiat. Dan tak semua orang pakai tudung tu tak baik belake. Nak judge orang dari luaran zaman sekarang ni, susah skit la kot.
November 3, 2009
itulah..sekarang semuanya sama sahaja, kalau dalaman tak kuat sesiapa pun hancus
November 3, 2009
kdg2 sy terfikir…knp la ramai yg amik rasuah…sdgkan dah tau haramnya…adakah sbb x cukup duit..or desakan nak hidup mewah…hmmm semua org nak hidup mewah..tp klu dgn duit yg haram…mmg x selamat bukan sj di akhirat..di dunia Allah dah sediakan balasan…lagipun malaysia skrg kan nk jadi negara maju..so rakyat pun nak maju juga…amik jln singkat
November 3, 2009
betul tu, semua orang nak kaya, janji ada peluang, kalau yg nipis iman suka guna short cut..
November 3, 2009
jaz, ak kat opis dah tgk pelbagai rupe org peminta rasuah…yg frustnya kwn2 kita gak…but i'm glad my best of frens all free of rasuah. tak tahu di mana silapnya, family, education, letih nak pikir..
November 4, 2009
tu lah pasal, dah lupa kot, tak pernahnya senang dengan duit kotor tu…kesian depa ek..
November 10, 2009
jaz..sekarang nie bukan setakat luaran saja..yang lelaki plak..ada yang tak pernah tinggal solat maghrib dan solat isyak tiap2 malam kat masjid negeri pun dok makn rasuah dan duit haram jugak..macamana??
November 11, 2009
tu lah pasal, tepuk dada tanyalah hati…
November 12, 2009
pada pandangan saya, rasuah bermula dari kebanyakan pemimpin, contohlah.. kalau nak menang pilihanraya, kena bagi rasuah dulu kepada orang bawahan, tak rasuah kerja tak jalan, bila kerja jalan, itu yang bila pemimpin itu menang, kerja jadi tak berkat…bila tak berkat.. huru haralah… tengok! macam terenggu, perak malaysia amnyalah… maaf siap yang terasa, kalau dah terasa taubatlah cepat, sebelum malaikat maut meragut nyawamu, bila dah kena ragut.. susahhhhh.. nak mengadap Allah… pencipta kita dan alam… maluuuu…. masa tu, emak bapa pun tak boleh tolong,,,kecuali 3 perkara… sendiri mau ingatlah…….