Cuba Minat & Hobi Baru : Fotografi
October 10th, 2009 | 1:31 am | Admin, Fotografi | 1,496 views | 13 responses
Ketika cuti sempena hari raya baru-baru ini adik ipar telah meminjam kamera Nikon DSLR yang baru dibelinya kepada saya untuk dicuba. Saya juga lupa untuk menyemak kamera Nikon beliau model apa, tapi yang pasti dia baru beli kamera tersebut lebih kurang 2 bulan yang lalu di Low Yatt, Kuala Lumpur. Sanggup datang dari Terengganu khusus untuk membeli kamera tersebut. Saya akui saya amat baru dalam bidang fotografi secara serius, dan setelah beberapa kali ‘snap’ saya rasa begitu teruja untuk menceburkan diri dalam hobi baru ini, memang terdapat satu kepuasan dalam diri apabila imej yang kita ‘snap’ begitu jelas dan unik.
Berdasarkan beberapa forum dan perbincangan yang saya lawati khusus mengenai fotografi, rata-rata ahli forum sememangnya mengesyorkan kamera Nikon sebagai langkah permulaan kepada mereka yang baru menyertai alam fotografi secara serius. Kebanyakan pendapat mengatakan Nikon begitu ‘user friendly’ berbanding model-model lain dan bandingan dari segi harga berdasarkan kualiti imej dan keupayaan kamera juga banyak memihak kepada Nikon. Err tak taulah kalau saya tersalah masuk forum, tapi saya sudah melawati sekurang-kurangnya 4 forum yang ada dalam laman web di Malaysia dan Indonesia.
Contoh imej anak lelaki yang saya rakamkan menggunakan Nikon, sememangnya masih tersangat baru dan amatur dalam seni fotografi namun secara peribadi saya cukup puas hati dengan kualiti imej yang dihasilkan. Sebelum ini imej hanya dirakam menggunakan kamera digital dan juga kamera handphone, sekali dapat yang DSLR, terasa begitu banyak perbezaannya.
Contoh ‘snap’ kedua anak perempuan dengan menggunakan Nikon. Adik Ipar menyarankan sekiranya berminat dalam bidang fotografi supaya membeli kamera nikon D60, yang mempunyai banyak keistimewaan dan mudah dikendalikan serta harga yang agak kompetitif.
Memang tidak dinafikan imej yang dihasilkan berkualiti dan memuaskan hati. Cuma teringat pesanan seorang kenalan lama idham yang memaklumkan hobi dalam fotografi ni agak ‘berhantu’ dan akan banyak menggunakan belanja. Bila dan ada DSLR banyak lagi aksesori dan benda-benda lain yang akan dibeli sepanjang bergiat aktif dalam hobi ni.
Keupayaan digital single-lens reflex (DSLR) kamera ini memang menakjubkan dan berdasarkan pembacaan dan rujukan di beberapa review dan forum memang ianya dapat menghasilkan imej yang memuaskan hati pengguna.
Cumanya sekarang dalam proses mengumpulkan dana untuk mendapatkan sebuah kamera Nikon D60 yang dikeluarkan pada Januari 2008 dengan RSP RM 2,388.00 (termasuk AF-S DX Nikkor 18-55mm f/3.5-5.6G VR)….Survey terbaru di laman web mudah.my, harga termurah untuk set baru D60 adalah lebih kurang RM1,850.00…

















said on October 10th, 2009 at 11:41 am
alahai~
bila gamaknya mampu membeli DSLR sendiri~
Zara had an interesting article on ..Varicella – Namamu Indah Tetapi Kamu Membunuh Hidup Aku Secara Perlahan Penuh Kesengsaraan Duniawi!
said on October 10th, 2009 at 8:46 pm
boleh kot, last check dekat mudah.my dah turun RM1800 je D60 satu set…
said on October 13th, 2009 at 9:30 pm
kamera DSLR ni memang bagi impak yang besar dalam hidup aku. pernah pinjam dari kawan canon model apa ntah. masa tu kagum dengan kepelbagaian setting yang yang kita boleh buat pada kamera tu. sampai sekarang masih bercita2 tinggi untuk dapatkan DSLR nih.
goldemas had an interesting article on ..kelas pelaburan emas
said on October 21st, 2009 at 7:42 pm
samalah bro..aku pun dok pasang angan2 dan tengah kumpul sikit2 ni…
said on November 8th, 2009 at 12:14 pm
Assalamualaikum…
en.jasmanie,sy pinjam gambar anak kecil en.jasmanie,sarah boleh kn?
sy nk letak kt facebook.
anak en.jasmanie comel,sy suka tgk.:)
satu lg shot yg en.jasmanie ambil,sgt cantik…sy suka..
tiba2 sy rasa brminat dgn fotografi plak…bila blh beli kamera nih??
said on November 8th, 2009 at 3:14 pm
W’salam, ambillah…sarah x kisah hehe, entahlah,tengah kumpul modalnak tangkap D90 satu….Insya Allah
said on December 5th, 2009 at 11:04 am
sarah mmg comeyy….;))
sy pun suka n minat ape2 yg berkaitan dgn foto ni….satu kepuasan yg x tergambar….nampaknya makin ramai yg mengidamkan camera nikon………….termasuk sy…hehe
said on December 8th, 2009 at 2:16 pm
apa lagi..boleh la cuba jenguk2 kat kedai fotokem di kuantan tu…hehe
said on December 8th, 2009 at 10:31 am
errr…saya pun sedang sibuk mencari-cari kamera yang ok. tapi, bg perempuan agak sukar mahu mengheret dslr bersama-sama kerana saiznya yg XL tu..survey punya survey, kamera kompak sony t9++ series ok..tapi, tambah dua ratus je dah boleh dapat d60..oyoo~ mana satu nak beli ni???
said on December 8th, 2009 at 2:18 pm
mungkin sudah masanya untuk iliana mencuba DSLR, masa ni lah peluang baik, MARA juga ada menyediakan kursus fotografi kepada graduan-graduan yang baru tamat….boleh buat duit sambil layan minat…
said on December 10th, 2009 at 12:01 am
huhu..nak try dslr kne la xpert dulu guna kamera-kamera yang lain. erm~ try slr dulu la..yang kecik kecik tu hehe =p
said on January 18th, 2010 at 2:39 pm
fuh..cntik gmbar2 kt atas tu.. skang ni kawan mmg mngidmkan model Nikon D3000.. tp entah bila la nk dpat.. huhuhu..
En.Nazir had an interesting article on ..The Wedding
said on February 2nd, 2010 at 11:56 pm
molek tu bro…