Dah kahwin Tidak Boleh Balas Jasa Ibubapa?
Posted by etomyam on 04-10-2009 | 971 views so far | Posted in Hiburan, Melayu
20
“Kahwin? Saya ada niat untuk kahwin tapi bukan sekarang masanya, saya mahu balas jasa ibu dan ayah terlebih dahulu”. Jawapan spontan yang keluar daripada seorang artis wanita dalam wawancara khas sebuah akhbar harian bila diajukan bagaiman perkahwinan boleh menyelsaikan kemelut ‘gossip’ dan cakap-cakap peminat mengenai dirinya. Sejujurnya saya tidak berapa mengenali artis berkenaan, ada beberapa kemungkinan, sama ada artis tersebut baru hendak meningkat popular ataupun saya sudah ketinggalan zaman kerana tidak dapat mengikuti perkembangan ataupun mengenali artis-artis baru tanahair. Saya suka mengakui yang saya agak ketingalan (out-of-date lah) dalam bab ni.
Jawapan spontan artis wanita berkenaan menyebabkan saya saya terfikir, adakah maksudnya selepas memasuki alam perkahwinan maka peluang beliau untuk membalas jasa kedua ibu bapanya tertutup, kalau tidakpun sukar. begitu ke maksud artis berkenaan?
(Baby, bila besar nanti jangan lupa balas jasa mami dan papa tau, dah banyak mami dan papa habis duit untuk baby….itukah yang difikirkan oleh ibu bapa bila membesarkan anak-anak?…..sekadar ilustrasi)
Secara peribadi saya tidak berfikir perkahwinan menjadi penghalang kepada seorang anak untuk membalas jasa kedua ibubapa, malahan perkahwinan boleh menjadi pemangkin untuk lebih mengeratkan hubungan dengan ibubapa, terutamanya bila pasangan tersebut dikurniakan zuriat yang akan menjadi penyambung cerita dan keturunan ibubapa di kemudian hari.
Merasai sendiri pengalaman membesarkan anak akan lebih memberikan kesan kepada seseorang anak untuk menghargai bagaimana pengorbanan ibubapa dalam menyediakan segala keperluan seorang anak. Sepatutnya dengan cara itu si anak tersebut akan lebih menghargai peranan ibubapa dalam membesarkannya. Pengalaman sedemikian juga akan lebih mematangkan pemikiran dan rasionaliti seseorang anak terhadap jasa ibubapanya.
Pemberian wang ringgit setiap bulan di kampung hanyalah salah satu dari manifestasi bagaimana seorang anak ingin membalas jasa kedua ibubapanya. Namun demikian ianya bukan bersifat penyelesaian secara total, sesetengah ibubapa tidak memerlukan wang ringgit sebagai balasan, cukup sekadar bertanya khabar dan menziarah mereka di masa lapang.
…atau adakah di kalangan ibubapa yang mengharapkan balasan yang secukupnya daripada anak-anak mereka apabila anak-anak berkenaan meningkat dewasa, seakan menunggu ‘payback time’ daripada anak-anak….













October 4, 2009
kalau pas kawin kena berjauhan ngan famili susah gak kan?..cam pakcik aku kawin ngan org sarawak. sejak 10 thn kawin baru sekali dia balik johor..itupu masa atuk aku sakit..bila keluarga komitmen dah bertambah..kewangan pun kgkadang tak mengizinkan, maybe sesetengah org pk balas jasa ibu bapa b4 kawin tu maksudnya dapat luang lebih banyak masa ngan ibu bapa..
miz sara had an interesting article on ..selera anak johor..
October 7, 2009
10 tahun kahwin baru sekali balik jenguk orang tua?…dengan segala kemudahan perhubungan dan bermacam-macam promosi tambang murah dan komunikasi yang ada pada masa ini?….
October 4, 2009
Ditto my friend. Ramai yg anggap balas jasa hanya dgn wang ringgit sahaja dan kemewahan sahaja. My parents dan my mom-in-law risau bila my sis dan sis-in-law tak kawin lagi. Obviously, sbg parents, depa risau kalau anak-anak tak bahagia. So, kalau kita happy, depa pun tumpang happy. Kalau depa happy, kita pun tambah happy lagi.
My mom selalu tanya cucu dia. Tak pernah sebut psl duit langsung, malah kalau di hulur, selalunya berabis dia cuba tolak. Bagi dia serba serbi pun dah cukup skrg, so yg buat dia happy bila dapat tgk anak & cucu selalu. Macam kita jugalah, kebahagian kita skrg bila tgk anak-anak kita sihat dan happy.. sampai tua pun cam tu! kan?
Ismail N had an interesting article on ..Di Mana Anda Blog?
October 7, 2009
Benar sekali my friend, tiada apa yang dapat membahagiakan ibubapa selain dari melihat anak-anaknya bahagia….rahsia di sebalik ikatan perkahwinan banyak mengajar seorang insan erti kehidupan dan tanggungjawab sebenar…
October 5, 2009
Urm, kalau dah cukup segala-galanya barulah boleh kahwin. Itu bagi diri saya. Kadang-kadang kawin awal pun tak elok juga kalau diri masih belum cukup matang. Pastikan diri sudah ada ilmu yang cukup didada dan betul-betul bersedia untuk berkasih sayang. Kalau tidak, pasti perkahwinan tak kekal lama.
October 7, 2009
..seeloknya begitu, cukupkan ilmu di dada sebelum berkahwin, dan sejujurnya ilmu selok belok perkahwinan hanya akan dapat diperolehi selepas melaluinya sendiri…
October 5, 2009
kena semat dalan hati dan kena faham betul², selepas berkahwin perempuan kena ikut suami selagi berlandaskan agama dan adat.
Masing2 ada hal dan kalau masing2 menjalankan hak2 tersebut dgn sebaiknya – tiada kesalahan nak kahwin nak balas jasa semua tu.
Kujie had an interesting article on ..2 terbunuh runtuhan di Ipoh
October 7, 2009
tepat sekali kak Jie, peranan dan tanggungjawab isteri adalah terhadap suami selepas perkahwinan, hatta ingin menziarah ibubapa sekalipun kena dapatkan restu dan izin suami…dan saya percaya seorang suami yang rasional tidak akan menghalang permintaan isteri tersebut, kerana si suami juga pernah menjadi anak dan akan menjadi orang tua satu hari nanti.
Pokok pangkalnya berbalik kepada hak dan tangunggjawab, kalau semua pihak memahami peranan masing-masing…
October 7, 2009
Pemikiran apakah itu?
Dangkal sekali~
Ibu bapa kan ada juga dalam institusi perkahwinan~
Zara had an interesting article on ..Basah – Nikmat – Menggiurkan : Kenapa Menulis Secara Gila Dan Merbahaya?
October 8, 2009
lain orang lain corak dan arah pemikirannya
October 7, 2009
Saya kahwin dlm usia yg muda. Belum habis belajarpun. Somehow, saya pernah terfikir mungkin jika saya kerja dulu sebelum kahwin, saya akan boleh bagi lebih kepada ibu saya. Ya lah, walaupun ibu memang tak pernah meminta … saya pernah terfikir utk menyerahkan semua gaji pertama saya kp ibu tp tak jadi camtu sebab komitmen terhadap keluarga …
Tapi saya cuba yg terbaik. Tak elok menyesali …
Precious had an interesting article on ..Tweet and Win a Prize
October 8, 2009
jodoh dah ditentukan oleh Allah S.W.T, pemberian yang sedikit tapi konsisten lebih bermakna daripada pemberian yang banyak tapi hanya sekali..lebih-lebih lagi dalam konteks untuk mengingati….
October 7, 2009
hm…. Bagi saya tak salah kita balas jasa ibubapa kita walaupun lepas kita kahwin.. saya masih muda lagi dan saya sendiri berpendapat yang saya hendak membalas jasa ibu bapa sebelum saya kahwin.. saya tahu selepas kahwin nanti akan lebih banyak komitmen untuk keluarga baru kita. jadi, tanggungjawab bertambah besar, lebih-lebih lagi jika orang itu adalah anak sulung.. takut nanti kita kurangambil perhatian terhadap ibu bapa kita. bukannya membalas jas, malah bertambah dosa pula jikalau betul terores hati ibu bapa.. bukan begitu??
October 8, 2009
bagus kerana mempunyai niat yang suci murni tersebut, dan akan jadi lebih cemerlang sekiranya dapat kita pasangkan cita-cita untuk membalas jasa ibubapa sehingga ke akhir hayat…
October 7, 2009
As a mother myself this is the last thing in my mind about this payback time. Memanglah bonus dapat duit dari anak, tapi kebahagian dan kejayaan mereka lebih utama. Kalau dah ada pasangan yg sesuai just go ahead n marry kalau dh cukup syarat. I still have a mother and I give her money every month walaupun tk banyak maklumlah kita hanya suri rumah. And many times she will ask me- kau ada duit, tkde tak usah kasi. But I always reply Insya Allah cukup. I believe God will take care of us as long as we take care of our parents in whatever ways yg kita mampu.
October 8, 2009
You’re absolutely right sis, the last thing in every ‘rational’ parent’s mind is to wait for payback from their children. As a parent and son myself I’m very grateful to God S.W.T for His kindness which enables me to perform both of my core duties.
Seriously amount doesn’t make much impact, but the remembrance itself can give huge impression…and there is no question about before or after marriage…the impact still the same.
October 7, 2009
hmm.. harap x de yg marah dengan jawapan cat ni.
Cat rasa ia bukan semata2 soal wang..rasanya ayat artis tu pun tak de sebut pasal bagaimana nak balas jasa.
Orang perempuan sebelum kahwin, masa dan wang tu milik dia sendiri. Sementara belum kahwin, ni lah time dia bebas nak lawat ibu bapa dia, nak belanjakan baju ke, nak bawak ibubapa pergi bercuti ke, nak belanja makan.
Berkahwin bagi org perempuan, future tu tak pasti. Bila dah kahwin, keutamaan pertama ialah suami. Kekadang kalau untung nasib badan, dapat suami bertanggungjawab, legalah hati. Nasib malang, ada yg x dibenarkan keluar rumah, raya pun x boleh balik kampung sendiri. Ada yg duit dia habis untuk bantu suami yg bergaji kecil atau habis di ambil sang suami. Kalau dia jadi surirumah, dan suami pula bengis, manalah dapat untuk jenguk ibubapa. Banyak contoh dia, jaz. Bukan tak boleh balas jasa..cuma takut keadaan tak mengizinkan…
October 8, 2009
tak ada sapa yang nak marah…saya baca berkali2 ayat artis tersebut sebelum menulis di dalam artikel ini, memang ada ayat artis tersebut…hehehe.
…sepatutnya semua perkara tersebut di atas juga boleh dilakukan selepas memasuki alam perkahwinan, malahan akan menjadi lebih seronok.
October 9, 2009
macam cat kata.. boleh dilakukan..cuma kita takut kalau lepas kahwin, sukar nak dibuat. Orang perempuan
suka perkataan ‘kalau’ ni. Dlm kepala mesti ada plan B. 
Ini le yg dikatakan plan B,jaz..
Tak tau le pasal artis tu sbb cat pun tak tgk bab hiburan. Tapi bagi cat.. ramai kawan2 bila baca banyak kes rumahtangga dalam akhbar, mula tanam ayat tersebut dalam minda: “Kahwin, lagi 2 tahun kot. Bagilah masa nak balas jasa ibu dan ayah”
Plan A..of course lah lagi happy kalau suami kata :’Keluarga mu, keluargaku jua’
November 8, 2009
Assalamualaikum…:)
jasa n pengorbanan ibu bapa mmg tak terbalas…bg sy…ada ibu bapa yg tak mengharapkan wang anak2 n cukup sekadar ingatan dan doa anak2 utk mereka…ada jg ibu bapa yg mengharapkan wang, perhatian n doa drpd anak2 mereka. Sbg anak…kita kena alert dgn keadaan ibu bapa sendiri. Hubungan yg tak pernah putus antara ibu bapa dan anak2 adalah dgn DOA…b4 or after marriage is not a big deal…jika sedar tanggungjawab