Doktor Janda, Pak Arab Dan Gambar Lucah
October 7th, 2009 | 10:39 am | Nasional | 3,688 views | 17 responses
Alahai, untuk yang kesekian kalinya, media massa sekali lagi menyiarkan kes ugutan sebaran gambar lucah. Kali ini melibatkan golongan profesional pula dimana seorang doktor berstatus janda yang baru berumur 35 tahun telah dirakam gambar bogelnya oleh kenalan yang terdiri dari warga asing sebelum diugut untuk disebarkan ke dalam dunia internet. Simpati juga kepada doktor berkenaan kerana dikhianati oleh kenalan barunya yang hanya dikenali melalui ruang sembang internet.
Modus operandi yang boleh dikatakan agak sama dengan kes-kes sebelum ini, berkenalan dalam internet, kemudian buat temujanji, kemudian bertemu, selepas itu ambil gambar, lepas tu kena ugut. Perbezaan dalam kes ini adalah doktor berkenaan telah dirakam gambarnya dalam keadaan tidak sedarkan diri setelah diberikan sesuatu oleh penjenayah tersebut.
Ringkasan laporan berita tersebut daripada Kosmo 6 Oktober 2009 seperti ini:
SHAH ALAM – Seorang doktor wanita berstatus janda tidak menyangka perkenalannya dengan seorang lelaki Arab menerusi Internet sejak tiga bulan lalu menjadikan hidupnya kini porak-peranda dan sentiasa dalam ketakutan.
Mana tidaknya, lelaki Arab terbabit dikatakan mengugut mangsa yang mempunyai dua anak untuk menyebarkan gambar bogelnya kepada khalayak umum sekiranya wanita itu gagal membayar wang tunai RM9,600 seperti diminta.
kejadian bermula apabila suspek berumur 35 tahun datang ke rumah mangsa di USJ, Subang Jaya dekat sini pukul 10 malam, Ahad lalu untuk makan malam. Menurutnya, suspek kemudian membancuh kopi untuk mangsa juga berumur 35 tahun dan dipercayai telah memasukkan pil khayal ke dalam minuman tersebut menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri. Semasa kejadian, kedua-dua anaknya tiada di rumah.
“Ketika mangsa tidak sedarkan diri, lelaki Arab terbabit dipercayai merakam gambar bogel mangsa. Wanita ini hanya tersedar dan mendapati dirinya tanpa seurat benang berada di dalam sebuah bilik di rumah itu pada keesokan harinya.
Alahai memang susah kalau tidak berhati-hati dengan kenalan melalui internet ni, lebih-lebih lagi warga asing. Kalau yang memang kaki penipu tu memang kepakaran dan kemahiran mereka bermain dengan kata-kata untuk melembut dan mencairkan fikiran mangsa.Tempoh perkenalan selama 3 bulan sejujurnya masih singkat dan baru diperingkat permulaan dalam sesebuah hubungan sesama manusia.
Cuma sedikit terfikir, kenapa pak Arab tu cuma ugut mintak RM9,600 sahaja, sedangkan kalau nilai gambar bogel boleh cecah ratusan ribu atau jutaan ringgit? Apa yang boleh dibuat dengan RM9,600 tu?




















said on October 7th, 2009 at 2:10 am
ade game die tuh bro…
said on October 8th, 2009 at 12:50 am
sekarang dah Game Over lah tu bro heheh
said on October 7th, 2009 at 12:23 pm
bg lepas tiket nk balik arab kot he…23x
said on October 8th, 2009 at 12:50 am
mungkin jugak bro….
said on October 7th, 2009 at 12:29 pm
err…
gilak ahh~
memalukan keturunan gua jer orang yang perangai tak serupa orang ni~
Zara had an interesting article on ..Basah – Nikmat – Menggiurkan : Kenapa Menulis Secara Gila Dan Merbahaya?
said on October 8th, 2009 at 12:51 am
bila dah kepala dok ingat benda lain ….
said on October 7th, 2009 at 4:05 pm
Huh..susah..nak salahkan sebelah pihak aje pun takleh. Yg si janda tu pun..dah tau awak tu status cenggitu, anak2 pun takde kat umah..naper dibenarkan lelaki yg bukan muhrim senang2 aje masuk umah, senang2 aje dipelawa makan2 kat umah..Itu dah tak betul!!
Skang ni..berhati-hati ler. Kkdg..kawan baik pun leh jadi ular sawa kalo tidak berhati-hati..
ALoNa had an interesting article on ..Ke Jln Kopi MERU & Shah Bandaraya
said on October 8th, 2009 at 12:53 am
ha ah, tulah yang menimbulkan sedikiat suspicious di hati ni, bukan bersangka tidak baik, cuma apa rasionalnya…tu apa yg diceritakan kpd polis, camner pulak cerita versi pak arab tu?
said on October 8th, 2009 at 1:50 am
..Nasi dah jadi bubur.. nak marah satu besen pun tak guna.. Cuma jadikan teladan lah sapa2 yang patut lepas ni..
samdaddycool had an interesting article on ..Carta 10 yang terhangat melalui carian Google dot com dot my
said on October 8th, 2009 at 2:10 am
ha ah, tulah bro…semuanya sudah settle….
said on October 7th, 2009 at 9:41 pm
hmm…Islam dah ajar tak boleh bkn muhrin masuk rumah. risau sekarang pembangunan rohani makin terhakis…yg kita banggakan pembangunan material yg sekejap..
syukran had an interesting article on ..Jalan-jalan di Padang Besar, Jadi VVIP Firefly
said on October 8th, 2009 at 12:53 am
itulah bro, zaman sekarang benda-benda basic pun depa dah kira tak salah…
said on October 8th, 2009 at 12:15 pm
bergambar satu hal, rezeki di depan mata terhidang luas tu, takkan dibiarkan basi mcm tu juga?
takut2 dah tinggal sehelai sepingang perkara buruk lain turut terjadi!
alahaiii.. kesian, kanzzz?!!..
said on October 10th, 2009 at 12:08 am
betul bro..alahai kesian..sungguh kesian
said on October 9th, 2009 at 4:01 pm
Sikap semulajadi orang Arab, ekstrem. Susah nak cayakan die orang. Sebab tu Nabi dilantik dari Kalangan orang Arab. Orang Arab degil. Sebab orang Arab sendiri je yang boleh membentuk orang2 mereka.
said on October 10th, 2009 at 12:10 am
..depa pulak cakap depa bangsa yang terpilih, btw depa mampu makan sekor kambing sorang2 tau….power
said on June 4th, 2010 at 9:25 am
pelik betul kan pompuan skrg, gersang sgt….
penangan cinta dan ayat2 manis, tu yg jadi mcm tu…fikir logik la…yg cari pasal gi rumah tu kenapa….
kopitiam berlambak kat luar tu…jumpa je la kat sana
artikel terkini dari mijie: Install plugin reply comment