Dosa Saya Hanya Di Lahirkan ‘Ditubuh Badan Yang Salah’?…Fatine
December 7th, 2009 | 11:55 am | Muslim, Nasional | 2,447 views | 16 responses
Akhbar Harian Kosmo di muka surat 3 pada keluaran Isnin, 7 Disember 2009 menyiarkan kenyataan terkini oleh Fatine atau Mohammed Fazdil Min Bahari dalam lamannya seperti berikut: ” Saya tidak terlibat dalam sebarang jenayah, tak sakiti sesiapa dalam hidup saya. Dosa saya hanya di lahirkan di tubuh badan yang salah’ tapi itu tidak bermakna saya tiada hak untuk mencintai dan dicintai“. Sebelum daripada itu beliau juga turut menyatakan “sejahil-jahil saya, Insya- Allah datang UK ni, saya solat, puasa tidak pernah tinggal, pasal hal keseksualan saya, biarlah Allah yang tentukan.” – sumber daripada Harian Kosmo, 7 Disember 2009.
Secara umumnya mungkin sudah bermacam-macam respon dan maklumbalas yang telah orang ramai kemukakan mengenai isu kontroversi mengenai perkahwinan sesama jantina yang dilakukan oleh rakyat Malaysia dengan pasangannya seorang lelaki Britain, Ian Young. Mungkin ada di kalangan orang ramai yang menyokong tindakan Fatine dan ada juga pihak yang menentangnya, masing-masing mempunyai hujah dan pandangan tersendiri berdasarkan justifikasi dan persepsi masing-masing.
Dan saya pasti lelaki berumur 36 tahun ini telah matang dan sudah memikirkan semasak-masaknya isu dan kesan yang akan terhasil dari tindakan yang beliau lakukan ini.
Secara peribadi, saya berpandangan tindakan sesetengah media sama ada secara bercetak mahupun online terlalu kerap menyiarkan isu ini akan secara tidak lansung meningkatkan populariti isu ini dan mungkin akan mengheret lebih banyak pihak ke dalam isu ini.
Saya bukanlah orang yang terlalu arif pasal hukum hakam agama namun reaksi spontan yang terlintas dalam fikiran apabila membaca kenyataan Fatine iaitu Dosa saya hanya di lahirkan di tubuh badan yang salah menyebabkan saya terfikir adakah Fatine ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa Allah S.W.T telah tersalah dalam tindakan-Nya menjadikan Fatine sebagai seorang lelaki sedangkan nalurinya lebih kepada sifat-sifat keperempuanan?..dan juga meletakkan kejadian kelahiran beliau sebagai satu dosa?
Lalu saya teringat pula pengertian mengenai status kelahiran yang diajarkan oleh agama Islam, dalam Islam telah dijelaskan bahawa setiap bayi yang baru dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah atau suci daripada sebarang dosa dan noda. oleh yang demikian saya tidak nampak kelahiran Fatine ke dalam dunia ini sebagai satu dosa, dan kalau dosa, siapa yang sepatutnya menanggung dosa tersebut? adakah Allah S.W.T yang perlu tanggung kerana hanya dengan kehendak-Nya juga Fatine lahir di dunia ini? Bagaimana mungkin Allah S.W.T menanggung dosa sedangkan Dia-lah yang menciptakan semua alam ini?
Maha suci Allah S.W.T daripada segara kekurangan dan keburukan, sebagai seorang Muslim saya khuatir penyiaran kenyataan-kenyataan sedemikian boleh mengelirukan orang ramai dan menimbulkan pelbagai pandangan dan perspektif yang bertentangan dengan sifat-sifat Allah S.W.T. Dan saya juga sebagai seorang Muslim tidak bersetuju kenyataan fatine “Saya tidak terlibat dalam sebarang jenayah, tak sakiti sesiapa dalam hidup saya..”, sebagai seorang Muslim hati saya sedih dan terguris dengan kenyataan sedemikian, bagi saya perbuatan yang secara terang-terangan melanggar hukum hakam syariah akan memberikan impak negatif kepada kesejahteraan ummah.
…lalu teringat dengan lagu yang pernah dialunkan oleh Aris Ariwatan sebelum ini….hidup ini sementara….














said on December 7th, 2009 at 1:32 pm
Aigooo~~
Stress sungguh bila baca benda2 camni~~
Lord Zara had an interesting article on ..Aku Bakal Ahli Politik : Pertandingan Aku
said on December 8th, 2009 at 2:14 pm
…zaman sekarang ni hukum agama dipersendakan sewenang-wenangnya
said on December 8th, 2009 at 10:26 am
saya setuju! kadang-kadang, media ni over dalam menyampaikan berita dan telah lari dari konsep Islam itu sendiri,
“Sebarkan kebaikan orang, sembunyikan keburukan orang”
said on December 8th, 2009 at 2:15 pm
mungkinkah faktor mendapatkan seberapa ramai pembaca mempengaruhi kaedah penulisan berita?
said on December 9th, 2009 at 11:57 pm
wartawan ni biasanya, tujuan utama untuk story yang dibawa menjadi main story. masyarakat pula lebih gemarkan gosip dan tabloid. tu yang jadi syok kawan tu korek cerita macam ni.
[agaknya la]
said on December 10th, 2009 at 12:00 am
besar kemungkinan betul tu, mcm pernah diceritakan dlm kelas journalism masa belajor dulu
said on December 9th, 2009 at 5:22 pm
Bagi saya, mungkin lain yang Fatine ingin maksudkan.
Orang ramai layan dia macam orang yang berdosa tanpa mengetahui hal sebenar. Jadi, tu maksud dosa dalam kata-kata Fatine, mungkin.
Fatin Pauzi had an interesting article on ..Tip Pengguna : Tips Penjimatan Bahan Bakar Kenderaan
said on December 10th, 2009 at 12:05 am
segalanya berkemungkinan….tapi yang pasti, hukum tidak pernah berubah, hanya manusia yang sentiasa berubah..
said on December 10th, 2009 at 12:18 am
Yup, betul. Sama juga seperti perkataan mungkin sama, tetapi hanya manusia yang mentafsir mengikut cara masing2.
Fatin Pauzi had an interesting article on ..Tip Pengguna : Tips Penjimatan Bahan Bakar Kenderaan
said on December 10th, 2009 at 11:58 pm
..dan tafsiran juga patut dibuat berdasarkan nas dan hadith, bukannya rasional dan logik akal fikiran semata-mata
said on December 10th, 2009 at 1:13 pm
Bila kisah Fatine tersebar membuatkan makcik berkobar2 untuk menyudahkan manuskrip yang sedang dalam proses penyudahan. Tak sangka kisah dia terkeluar lebih awal. Tapi kisah dlm novel makcik tu bukan kisah dia. Sememangnya ada org M’sia berkahwin sesama jenis ni. Apabila naluri kewanitaan itu tak dapat dibendung, syaitan/iblis pula menggoda maka berlakulah kerakusan ambisi dan sanggup terperangkap dalam cinta terlarang itu.
Semoga masyarakat memberi peluang kepada Fatine membetulkan personaliti dirinya sebenar.
said on December 10th, 2009 at 11:56 pm
teruskan usaha tersebut, semoga cepat siap…rasanya kalau tidak silap malam tadi TV9 pun siap siarkan lagi perbualan telefon dengan Fatine, dan juga esok akan ada laporan ekslusif lagi pasal isu ni…..hebat betul coverage…tujuan dan objektif…hanya mereka yang tahu…
said on December 14th, 2009 at 10:23 am
bila nafsu sudah bermaharajalela..semua hukum Allah hendak diputarbelit..penyudanya Tuhan pulak dipertikai padahal diri sendiri yang gagal mengawal nafsu..mat gian pun boleh cakap macam tu..pelacur pun boleh cakap macam tu..janji boleh menghalalkan apa yg dbuat..
said on December 18th, 2009 at 10:00 am
..semoga jadi pengajaran dan iktibar kepada semua Muslimin
said on December 22nd, 2009 at 9:40 am
Simple rules apply. Hukum Allah dah terang2 kata haram dan berdosa tukar jantina atau berkahwin sesama jenis. Apa yg si fatine ni nak pertahankan lagi. Kesian parents dia.
said on December 25th, 2009 at 3:31 pm
dan siapakah gamaknya yang mendorong kepada perkara ini terjadi, banyak persoalan yang perlu diteliti