Filem Melayu : Jangan Pandang Belakang Congkak

June 1st, 2009 | 11:00 pm | Hiburan, Melayu | 2,431 views | 2 responses

Filem terbaru daripada sutradara yang saya minati Ahmad Idham kali ini sungguh berbeza, Jangan Pandang Belakang Congkak (JPBC) akan mula di tayangkan di pawagam bermula 4 Jun 2009 ini, JPBC  cuba menggabungkan dua elemen  menarik dalam temanya iaitu seram dan komedi. Meskipun ada babak seram dipaparkan, keseluruhan cerita  JPBC lebih tertumpu kepada komedi.

belakangcongkak

Sumber dari Sinema Malaysia menceritakan secara ringkasnya JPBC mengisahkan Punai (Mazlan Pet Pet), Asmat (Cat Farish) dan Johan (Shaheizy Sam) mewarisi harta milik datuknya selepas orang tua berkenaan, Pak Sudir (lakonan Piee) meninggal dunia dalam keadaan misteri. Begitupun, tiga saudara ini tidak tahu hajat sebenar datuk mereka. Hakikatnya, Pak Sudir mahu mewariskan saka miliknya kepada seorang daripada cucunya.

Ketika di rumah orang tua berkenaan, mereka dinasihatkan supaya tidak mengusik barang di dalam bangunan itu. Bagaimanapun, kerana sifat ingin tahu, mereka membelek sebuah congkak usang, kemudian terbaca jampi yang tertera di belakangnya. Dalam masa sama, ketiga-tiganya bertukar menjadi hantu. Punai akhirnya berubah menjadi orang minyak, Asmat menjadi toyol manakala Johan pula bertukar menjadi hantu raya. Dengan cara tersendiri, mereka mampu berubah menjadi manusia mahupun hantu.

Meskipun solekan dan kostum ketiga-tiga hantu itu menyeramkan dan realistik, hakikatnya filem ini melucukan. Gelagat dan kerenah ketiga-tiga pelakon ini senantiasa mencuit hati. Malah, selain seram dan komedi, Idham berjaya mengadunkan pelbagai elemen menarik dalam filem ini. Babak serius dan romantik turut dipaparkan. Lebih menarik, pelakonnya berjaya membawa watak yang diberi dengan sempurna. Barangkali, filem ini tidak lagi memaparkan komedi ‘bodoh’ yang membosankan. Sebaliknya jalan cerita yang dipertaruhkan, di samping barisan pelakon berbakat pasti dapat menarik perhatian penonton

email
myhome
 
ambo

Personal site where I share ideas and opinions generally in society and humanity.Specifically focuses on human resources development, leadership, management, blogging tutorials and tips, home and global affairs, photography, gadgets, entertainment as well as paid reviews and advertorials in both English and Bahasa Melayu. » contact here » Semak Ranking Blog Anda Disini

 
 

Responses so far...(2)

  1. 1

    testing to wordpress….

  2. 2

    digabungkan dua tajuk filem seram,kalau tak silap :) …last-last jadi filem komedi !

Leave a Reply