datakal hosting

Group Anti Malaysia (Malingsia) Di Facebook

Posted by etomyam on 13-09-2009 | 1,148 views so far | Posted in Global, Nasional

24

Rentetan dari beberapa isu panas mengenai tuduhan sebilangan rakyat Indonesia terhadap Malaysia yang mengatakan negara ini telah ‘mencuri’ hasil sastera daripada negara Indonesia, saya telah dimaklumkan oleh seorang rakan blogger, saudara Sabri Ahmad mengenai kewujudan sebuah Group atau kumpulan yang ditubuhkan di dalam laman web sosial popular Facebook yang diberikan nama Group Anti Malaysia (Malingsia).

anak_indonesia

(imej sebagai gambar hiasan sahaja)

Group Anti Malaysia (Malingsia) tersebut yang menggunakan deskripsi “GANYANG MALINGSIA!!!!!!!!! DAN REBUT KEMBALI KEBUDAYAAN KITA!!!!!!!” mempunyai seramai 322,345 ahli berdaftar dan telah membincangkan lebih kurang 2.642 topik berkaitan hubungan Indonesia dengan Malaysia.

Isu sebegini sekiranya tidak dibendung dari awal lagi sudah pastinya akan membawa kepada perkara yang akan merugikan hubungan baik kedua-dua negara rumpun Melayu ini. Dan pada masa yang sama saya jugak teringat di kampung saya di mana saya belajar di Sekolah Kebangsaan Bukit Jawa, dan asalnya sebuah bukit yang dinamakan BUKIT JAWA di jajahan  Pasir Puteh, Kelantan kalau tidak silap saya adalah sempena mengambil nama seorang alim dari Jawa yang bertapa di gua di atas bukit berkenaan satu masa dahulu. Dah namanya rumpun Melayu, memang banyak persamaan yang timbul. Begitu juga kalau dilihat persembahan tradisional seperti wayang kulit, Thailand juga turut mempromosikan wayang kulit sebagaimana kerajaan Malaysia turut mempromosikan persembahan berkenaan.

Semoga pertelingkahan ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik dan menguntungkan kedua-dua belah pihak.

 
 
 

Comments so far...(24)

  1. #1

    mungkin tak hairan kenapa rakyat indonesia boleh jadi seperti itu. 1st skali, konsep “satu bangsa” mmg dah lama ditanam dlm setiap rakyat indonesia. di sana tak ada yg mengaku diri mereka terdiri dpd kaum2 berbeza. kalau ditanya mereka akan jawab “saya berbangsa indonesia”. jadi kalau setakat itu saja yg mereka tahu, tinggal brp banyak lagi intention mereka untuk belajar tentang sejarah asal usul kebudayaan serumpun nusantara?

    itu dari sudut patriotisme. senario media massa indonesia pun memainkan peranan. berita2 yg disiarkan media2 mereka mmg sebenarnya terang2an berat sebelah, bezanya apa yg saya lihat di penghujung setiap isu media mereka selalu menggunakan frasa “adakah anda bersetuju dgn pandangan ini? terpulanglah pada diri anda”. jadi dgn mengatakan begitu mereka masih ada ruang utk membela diri sekiranya dicop sbg batu api antara rakyat kedua negara.

    indonesia merdeka lebih lama dpd kita. justeru pengalaman yg mereka ada dlm proses membangunkan negara sepatutnya menjadikan rakyat mereka lebih matang. malangnya sifat “kepahlawanan dan keberanian” rakyat indonesia ketika ini sudah disalahgunakan. secara peribadi, saya pun bukanlah begitu senang melihat kebanjiran rakyat indonesia di negara ini dlm pelbagai sektor. namun kerana mengenangkan rakyat kedua2 negara saling bergantung antara satu sama lain (rakyat indonesia yg tinggal di negara mereka menafikan hal ini, tapi itulah yg sebenarnya berlaku) maka pd saya sekiranya hubungan diplomatik kedua negara diputuskan, lebih banyak masalah yg akan timbul dpd faedah yg diterima. mungkin dr sudut perebutan hakmilik kebudayaan kedua negara, mahupun nasib rakyat2 indonesia yg bermastautin mencari rezeki di negara ini.

    • #2

      Satu kupasan yang menarik bro, media amat berperanan dalam menentukan ’setting’ atau arah mana yang mereka inginkan di kalangan audience mereka. Sikap menerima bulat-bulat apa yang disediakan menyebabkan terjadinya response yang agak extreme ini.

      mungkin jugak salah satu cara untuk memastikan tiada unsur ciplak menciplak ini, dengan kaedah mendaftarkan paten atau copyright di peringkat antarabangsa, supaya benda ini jelas dari sudut perundangan, tapi tak taulah soal-soal kebudayaan ini boleh di paten kan atau tidak…

      • #3

        susah bercakap dgn org indonesia ni bro, especially yg tak pernah belajar atau ambil tau ttg sejarah. yg paling menyedihkan, sy pernah terbaca satu komen dlm website malingsia (rasa2 dlm tahun lepas). sampai diorang claim bahasa yg dikatakan sbg bahasa malaysia tu sebenarnya adalah “bahasa indonesia”. mereka kata bahasa melayu/malaysia sebenarnya tak wujud.

        nak kata apa dgn org mcm tu bro? kalau kita kata dia buta sejarah nanti, silap2 kena guna2 pulak. faham2 jela kan :P

        • #4

          tu mesti dah sampai ke tahap 110% extremist, kalu gitu depa ‘paten’ kanlah bahasa Indonesia tu, then letak copyright….

          Tengoklah selepas 30 tahun kempen ganyang malaysia berakhir, masih ada lagi semangat x elok tu…

          hehehe…betul tu bro….

          • #5

            haha.. kalau isu bahasa2 nusantara ni berjaya dibawak ke ICJ, jgn terkejut sekiranya satu hari nanti negara Jerman plak akan buat claim paten utk English.. sbb English terletak di dlm branch bahasa2 Germanic, di bwh keluarga bahasa2 Indo-European!

            kalau ikutkan banyak je dispute2 yg sedemikian blh ditimbulkan oleh msykt seluruh dunia. tp disebabkan cara (sesetengah) org indonesia berfikir, maka terserlahlah kejumudan mereka.

  2. #6

    terima kasih atas link tu bro..aku nak ulas jugak pasal isu ini tapi bro dah ulas ok ler tu…memang group tu banyak hentam Malaysia tapi ada jugak yang bela Malaysia.aku hairan mengapalah mereka marah sangat dengan Malaysia , sedangkan Malaysia banyak membantu mereka.Satu lagi perkataan yang tak sedap membaca yang ada dalam group tu ” pembela : indonesia sepatut berterima kasih kerana diberi kerja pembantu rumah dengan gaji yang mahal , indonesia : indonesia tak mintak tapi rakyat Malaysia yang malas ” . sedih betul bila rakyat negara lain mewartakan rakyat kita rakyat pemalas.
    kita had an interesting article on ..Adakah Anda Puas Hati Dengan Blog Ini

    • #7

      heheh, bukan isu malas, bila sudah sampai satu tahap, orang tempatan sendiri sudah x nak buat keje2 buruh ni, baik keje kat opis n sebagainya.
      mungkin jugak sentimen malaysia sebahagian daripada indonesia masih kuat membara dalam sesetengah mereka walaupun sudah lama isu itu berakhir..

  3. #8

    [...] etomyam ada mengulas mengenai isu group Anti Malaysia (Malingsia) di Facebook . Aku percaya mereka yang [...]

  4. #9

    asalkan org Malaysia cukup bersatu, mereka tidak boleh buat apa-apa .. lagipun kempen 1Malaysia kini rancak berjalan .. (tapi org Malaysia nampak tidak begitu bersemangat untuk bersatuMalaysia >.<)"..
    eldy had an interesting article on ..Papan jerit + butang sosial ala Iphone 3GS

    • #10

      ..betul, perlu bersatu… dan orang malaysia jugak yang sibuk import rokok, lagu, filem, sinetron n artis daripada negara sana sampaikan local artis pun susah cari makan…..

  5. #11

    Yang paling hairan, tuduhan di blog atau forum tidak disertakan link sebagai rujukan.. bukti bahawa Malaysia mengklim apa saja dari mereka.

    Tidak ada..jadi tuduhan tersebut tanpa bukti secara dokumen atau pun video.
    Kujie had an interesting article on ..Laki siapalah ni?

    • #12

      ..maksudnya menulis atau meluahkankan perasaan berdasarkan emosi semata-mata tanpa sebarang rasional….semuanya kes nak cari untung disebalik kemelut

  6. #13

    saya tak tahu banyak pasal sejarah bros, tapi kebudayan indonesia tu datang dari tempat lain????

    • #14

      itu lah, saya juga tidak mengetahui dengan jelas sejarah kebudayaan Indonesia…

  7. #15

    baik ganyang Israel,ade jugak faedahnye,,,Takbir Allahhuakbar….

    • #16

      heheh btul tu bro..lagi banyak faedahnya..takbir!!

  8. #17

    kite kene bg tarbiyah kt saudara seagama kite kt indon tu sume, yg ramai2 pegang buluh runcing tu,, klu brani gi la kt palestin,klu mati pun mati syahid..confirm ke syurga,mati kerana agama…mati kerana tarian ape gune beb…

    • #18

      hehehe..betul n setuju sangat tu bro…aku pun x pernah tau pasal tarian ‘pandet’ ke apa tu….

      • #19

        yang aku tau,,,tarian ni dari bali jek,,,tarian pun diorg nk jadikan isu besar,,,,

        • #20

          ..entahlah….tapi aku rasa ada pihak yg cuba ambil kesempatan…

  9. #21

    Tidak dinafikan tidak semua yg bersetuju terhadap ‘ganyang Malaysia’ di Indon. Presiden Indon sndiri pun takut dan terkilan dgn sikap sebahagian rakyatnya kerana beliau tahu terdapat sebilangan besar rakyat Indon yang ‘cari makan’ di Malaysia.
    Bagi saya,pihak2 yg sengaja menimbulkn isu ini sebenarnya sedang ‘menjual’ negaranya sndiri. Sejak isu ini sengaja dimainkan mereka,saya sentiasa prihatin sekiranya ada warga Malaysia yg ‘diganyang’ di sana,saya disini bersedia untuk membalas dendam terhadap mereka di sini.

    • #22

      benar apa yg saudara cakapkan, pihak yang menghangatkan idea atau perkara ini cuba mendapatkan perhatian umum tanpa memikirkan kesan daripada yang tindakan mereka bermotifkan kepentingan sendiri.
      Pasti ada agenda tersembunyi yang cuba dimainkan oleh pihak terlibat. Pendekatan diplomasi dan rundingan merupakan jalan terbaik dalam menyelesaikan sebarang isu atau masalah, pendekatan ekstrem dan melampau hanya berbentuk emosi dan bukannya rasional

  10. #23

    memang malaysia bangsa melayu, indonesia juga bangsa melayu tapi tetap juga berbeda bangsa melayu malaysia dan bangsa melayu indonesia. hanya melayu nya saja yang serumpun. bukan Indonesia lahir dari bangsa Malaysia seperti yang didengungkan orang malaysia

    • #24

      tak pernah dengar pulak orang malaysia mengatakan indonesia lahir dari bangsa malaysia….musykil

Write a comment