Hutang Manohara Odelia Pinot Bertambah Jadi RM1 Juta
Posted by etomyam on 03-08-2009 | 685 views so far | Posted in Global, Nasional
3
Nampaknya kes perselisihan rumah tangga Tengku Temenggong dengan isterinya Manohara Odelia Pinot beserta ibu mertuanya Daisy Fajarina terus melangkah ke perkembangan terbaru semalam apabila Tengku Temenggong telah membuat pindaan daripada jumlah tuntutan hutang asaln sebanyak RM972,750 kepada RM1,112.250 berikutan terdapat beberapa lagi dokumen yang membuktikan Manohara berhutang dengannya melebihi daripada jumlah asal. Jadinya kalau di tukarkan kepada matawang Rupiah Indonesia dengan kadar 1 MYR bersamaan 2,820.51 IDR, jumlah hutang yang dituntut oleh Tengku Temenggong kepada isteri dan ibu mertuanya adalah sebanyak 3,137,111,962.75 Rupiah. Laporan asal yang disiarkan oleh Harian Kosmo di sini.
Ibu Manohara, Daisy Fajarina apabila diminta mengulas isu tersebut terus mendakwa tidak tahu menahu pasal tuntutan terbaru tersebut dan turut menjelaskan semua itu palsu, sambil mengatakan Tengku Temenggong tidak bercakap benar. Pada masa yang sama beliau juga menyatakan:
“Mereka boleh buat apa sahaja tuntutan tidak kira melalui undang-undang tetapi akhirnya saya tahu Allah akan buktikan kebenaran akan muncul,” katanya ketika dihubungi di Jakarta semalam.”
Saya yakin isu perselisihan ini menarik perhatian ramai pihak dikedua-dua buah negara, mungkin kerana ianya melibatkan salah sebuah keluarga Di Raja di Malaysia dan orang ramai sentiasa menantikan perkembangan terkini isu ini. Dan kalau diperhatikan secara kronologinya saya percaya umum akan dapat menilai sejauh mana kebenaran isu ini, dan blog ini mengambil pendirian bersifat neutral tidak berpihak dimana-mana pihak. Namun blog ini yakin suatu hari nanti kebenaran akan terserlah terutamanya apabila perbicaraan bermula di mana semua bukti dan saksi akan memberi keterangan di hadapan mahkamah.
Apa yang pasti, dengan sekelip mata sahaja nama Manohara Odelia Pinot menjadi popular walaupun sebelum ini saya sendiri tidak mengenali individu ini. Dan dengarnya beliau sudahpun siap berlakon dalam filem di Indonesia mengenai kisah hidupnya berdasarkan persepsi beliau.














August 3, 2009
Mcm takde gadis M’sia yg lawa2, gebu, putih melepak, cun melecun dah nak dijadikan isteri..
Tapi tu ler..balik pada asal; Allah Maha Berkuasa lagi Maha Mengasihani..
August 3, 2009
Ingat nak bagi komen kat blog Jaz tadi tapi tak dapat masuk..lambat sangat nak upload so bagi komen kat sini pun kira ok la kan.Banyak cerita yang negative saya baca pasal Manohara di blog Indonesian. Kita tunggu dan lihat hasil pertarungan dua individu popular..ehehehe…Jika ye pun nak cari publisiti, carilah dengan cara yang positive…Ini publisiti yang menjatuhkan maruah sendiri..orang yang tak tahu menahu pun jadi tahu..tak ke malu..
August 4, 2009
Setuju ya sangat dengan komen ALoNa itu.
Masalahnya sekarang, ramai rakan blogger bertanyakan keadaan di tempat kita. Apa yang akak lihat, Malaysia masih aman damai cuma baru-baru ini saja ada himpunan mansuh ISA saja. Dikatakan di Indonesia kecoh seolah-olah mahu memutuskan perhubungan baik dg Malaysia. Bagi akak, bagus juga dan halau semua pendatang-pendatang haram ni pulang ke negara mereka semula.
Tak munasabah langsung. Kes rumahtangga yang biasa-biasa berlaku pada orang lain, hendak diperbesar-besarkan sampai sanggup putus hubungan kedua negara. Tak makan nasi ke apa orang Indon ni?