Isteri Tawar Khidmat Seks Semurah RM50?
September 27th, 2009 | 3:43 pm | Melayu, Nasional | 3,950 views | 15 responses
Semakin hari semakin banyak pendedahan di media massa mengenai kewujudan aktiviti penawaran seks di kalangan para isteri kepada lelaki lain dengan bayaran tertentu. Kalau tidak silap semasa sibuk berhari raya minggu lepas umum dikejutkan dengan penangkapan khalwat seorang isteri di sebuah bilik hotel bersama lelaki bukan Muslim, dan susulan daripada itu suami wanita berkenaan juga turut menjumpai lebih kurang 13 SMS lucah yang dikirimkan oleh beberapa lelaki kepada wanita berkenaan.
Dan berita hari ini pulak dilaporkan oleh Kosmo Online mengenai seorang pekerja Bangladesh yang dibelasah oleh seorang lelaki iaitu suami kepada seorang wanita di Terengganu kerana lelaki berkenaan memujuk wanita tersebut mengadakan hubungan seks dengannya dengan bayaran sebanyak RM50.00. Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Supritendan Roslan Hassan berkata siasatan awal mendapati ada kemungkinan wanita berusia 30-an itu pernah menawarkan khidmat seks dengan bayaran RM50 kepada rakan mangsa.
Kalau diikutkan dari laporan tersebut, maknanya mungkin si Bangla tadi tak akan berani untuk membuat tawaran sekiranya tidak mendapat informasi daripada kawannya, atau mungkin jugak si Bangla tadi dah kena tipu dengan kawan dia?…..apa yang pasti benda ni merupakan satu penyakit sosial yang teruk dan jika tidak dibendung akan merosakkan masyarakat.















said on September 27th, 2009 at 7:09 am
masa ada pengalaman je
said on October 8th, 2009 at 10:59 am
demo ke gu?
said on September 27th, 2009 at 4:55 pm
dunia2 huhhu…. nk cari side income kot..or mmg xpuas dgn suami
said on September 27th, 2009 at 11:06 pm
side income apa setakat 50 hinggit ni bro…sekali pi kedai habis terus…
said on September 28th, 2009 at 12:36 pm
Kes tak puas dengan suami la tu.
Isteri patut sedar, jaminan syurga bawah telapak kaki suami.
Isteri jgk yang bodoh, tak tahu komunikasi tu penting dalam perhubungan.
Adehhh…Komunikasi penting!
Tanpa komunikasi, tak tahu apa yang tak puas hati, so macam mana si suami nak baiki.
said on September 28th, 2009 at 12:39 pm
mungkin jugak tu,…punyalah banyak tips dan kaedah2 yang boleh diperolehi utk atasi masalah tu (kalau betul lah)…masalahnya masyarakat sering anggap seks itu sebagai taboo…susah macam tu
said on September 27th, 2009 at 7:13 pm
dh nk kiamat kot..jgn krn nila setitik rosak susu sebelanga..
dahlia.. had an interesting article on ..Aku pon raya jugak…
said on September 27th, 2009 at 11:07 pm
memang kiamat dah dekat sangat…err tapi kawan bangsa Arab cakap selagi depa x bersatu lawan yahudi selagi tu belum kiamat…
said on September 27th, 2009 at 8:49 pm
laku jugak bangla kat negara kita ni rupanya..
said on September 27th, 2009 at 11:08 pm
heheh…orang kita pantang tengok yg hidung mancung sikit…tak pun pengaruh cite hindustan kot hehehe
said on September 28th, 2009 at 12:21 am
teruknya
na’udzubillahi min dzalik
taktau nak kate ape…seks bebas sekarang memang penyakit sosial yang sangat membimbangkan
said on September 28th, 2009 at 12:31 am
betul tu, semakin sukar dihindari akibat banyak sumber untuk diperolehi
said on October 1st, 2009 at 10:54 am
Kalau diikutkan si isteri inginkan kelainan tu, kalau tengo gambar tu, ok gak sekali sekala dapat laki gondol..asyik pegang kepala kasar je… Tak adalah, ianya hanya ilustrasi.
Apa pun, memahami antara satu sama lain penting serta sentiasa bersikap terbuka, tidak perlu malu antara suami isteri. Kalaupun ada diantara yg malu, cara teguran akan memainkan peranan yang penting dan suami atau isteri sentiasa menerima pendapat. Bagaimana mewujudkan keharmonian rumahtangga jika tidak ada persefahaman?
Jika kedua-duanya baru dlm alam perkhawinan, maka pembelajaran berterusan perlu dilakukan dan jika yg sudah berzaman dlm perkhawinan perlulah ada perbincangan dan hal hubungan intim perlu juga mempelajari kaedah, cara dan teknik yang baru agar keharmonian bertambah hebat.
Gejala ini juga akan berlaku sekiranya ada diantara mereka mengalami stress akibat dari tekanan kerja, situasi rumahtangga dan ssebagainya. Ini perlulah ada nasihat dari yg lebih mengetahui atau dari pakar yang boleh memberikan jalan penyelesaian.
Semua benteng adalah dari diri sendiri, senjata sentiasa ada dlm diri dan prisai sebagai pelindung keperibadian seorang insan yang beriman.
said on October 1st, 2009 at 11:58 am
Mungkin juga faktor kurang komunikasi dan interaksi dalam rumahtangga menjurus kepada perlakuan sedemikian. Persepsi bahawa perbincangan terbuka mengenai kepuasan seks yang masih dianggap sebagai ‘taboo’ perlu diubah.
betul sekali kata saudara, pertahanan paling kental adalah dalam hati masing-masing, walau apa jua situasi sekalipun, sekiranya iman tebal dan sentiasa ingat dan takutkan azab Allah S.W.T, tak aka terjadi perkara yang pelik-pelik.
said on February 25th, 2010 at 12:38 pm
subahanaalh jauhkanlah penyakit sosial ni..
apalah nak jadi pada mereka..semoga Tuhan akan membukakan pitu taubat buat mereka..kembali pada jln yang lurus..