It Takes Another ‘Babi’ To Kill The ‘Babi’

August 13th, 2009 | 9:46 am | Nasional | 1,012 views | 8 responses

Sedar atau tidak negara kita sudah mencatat 44 kematian akibat bencana penularan wabak Influenza A H1N1 atau lebih di kenali dengan nama popularnya Selsema Babi. Kes-kes jangkitan terbaru juga semakin meningkat setiap hari dan orang ramai yang sebelum ini tidak memandag serius ancaman virus tersebut mula terasakan kesannya. setidak-tidaknya pengguna kemudahan pengangkutan awam akan perasan terdapat peningkatan manusia ‘bertopeng’ di dalam bas, ERL, LRT, STAR, komuter dan sebagainya. Hebatnya virus ini tidak mengenal sesiapa sahaja, sama ada anda pemakan babi atau tidak, risiko untuk dijangkiti amat tinggi.

H1N1mask

Dan lebih kurang kes terkena patukan ular juga, vaksin yang diambil dari serum ular itu juga yang dijadikan ubat penawar bisa gigitannya, begitu juga dengan kes virus H1N1 ini, vaksin yang sedang disiapkan dilaporkan mengandungi enzim babi untuk melawan virus yang dibawa oleh babi itu sendiri dengan kata lain, it takes another babi to kill that babi!.

Mungkin kita tidak sedar bahawa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mewartakan wabak H1N1 ini memasuki tahap pandemik aras 6 dan mengikut artikel di dalam akhbar Sinar Harian pada 13 Ogos 2009, Majlis Ulama Indonesia telahpun mengeluarkan kenyataan bahawa penggunaan vaksin yang mempunyai enzim babi ‘diharuskan’ dalam keadaan darurat sekarang manakala di Malaysia setakat ini tidak ada lagi fatwa khusus daripada Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung isu ini, namun blog ini berpandangan dalam situasi darurat pada kebiasaanya penggunaan bahan yang diharamkan oleh hukum asal adalah dilonggarkan.

Soalan seterusnya kenapa nak kena guna babi juga nak lawan virus yang di bawa oleh babi? mungkin pada pandangan blog ini yang bukan golongan pakar para saintis mempunyai teori tertentu dalam mencari vaksin terbaik melawan virus yang di bawa, memandangkan virus ini di bawa oleh babi, jadi penawarnya juga boleh jadi ada di dalam badan babi tu sendiri….mungkin sahaja. Pelantikan 6 syarikat pengeluar vaksin oleh WHO dari kalangan negara-negara Maju yang sudah semestinya bukan Islam juga pada pandangan artikel berkenaan menyebabkan tiada usaha untuk mencari alternatif lain selain dari enzim babi dilaksanakan. Tak kan tidak ada pakar dari kalangan orang Islam yang boleh mencarivaksin alternatif.

Banyak perkara boleh di bincangkan bila berbicara mengenai H1N1 ini, dan penulis teringat persoalan yang di bangkitkan oleh seorang professor di dalam kuliah pembangunan kepimpinan minggu lepas, adakah anda terfikir kenapa virus H1N1 begitu bijak memilih untuk merebak di kalangan golongan yang berkaitan pendidikan dan pelajaran sahaja seperti sekolah dan institusi pengajian, adakah anda pernah dengar ada kilang atau syarikat yang tutup akibat H1N1?

Juga teringat dengan perangai masyarakat kita, babi kita anggap kotor dam jijik, namun babi jugaklah yang kita dok seru dalam aktiviti seharian, terkejut atau marah sikit terpacul perkataan Babi. Satu kejadian dalam 2 hari lepas penulis terserempak dengan seorang perempuan yang agak molek rupa parasnya di jalanan, mungkin agak terkejut atau sedikit marah dalam perbualan dengan temannya, dengan spontan menyebut Babi dengan penuh lengkap antonasi dan tajwidnya….Kita tidak suka babi namun kita juga yang dok menyeru namanya setiap hari, babi sendiri pun pening dengan kita kot.

…walau apapun, adakah perkataan it takes another babi to kill the babi relevan atau tidak?..

email
myhome
 
ambo

Personal site where I share ideas and opinions generally in society and humanity.Specifically focuses on human resources development, leadership, management, blogging tutorials and tips, home and global affairs, photography, gadgets, entertainment as well as paid reviews and advertorials in both English and Bahasa Melayu. » contact here » Semak Ranking Blog Anda Disini

 
 

Responses so far...(8)

  1. 1

    babi dengan BAB 1 , xabis2la kes babi ni

  2. 2

    Aduhai~

    Tak habis2 kan?

    Sangat menakutkan~

  3. 3

    Satu dunia kelam kabut dek penangan babi ni.. Kita kat malaysia ni tunggu aje la tengok apa kata ulama di sini pulak tentang vaksin tu.. Dalam bab2 hukum hakam ni tak boleh la kita nak memandai2 sebab kita tak arif..

  4. 4

    Ramai yang tidak mengetahui dan ada juga pihak yang tidak mahu mengiktiraf bahawa perubatan Homeopathy mempunyai ubat untuk mengubati H1N1 ini. Ia terbukti berkesan.
    Para doktor Hemeopathy telah membentangkan kertas kerja mengenai penyelasaian kepada penyakit ini kepada Jabatan Kesihatan Malaysia tetapi tiada sebarang tindakan proaktif yang diambil oleh pihak berkenaan.
    Sememangnya perubatan Homeopathy dianaktirikan oleh kerajaan Malaysia sejak dari dahulu lagi, tetapi di dalam keadaan sekarang tidak sepatutnya kerajaan berbuat demikian. Wallahualam.

  5. 5

    @bukaminda : ..tak dan tak akan habis bro cerita pasal babi ni…paling tidak disukai tapi paling banyak orang sebut….hehehe

    @Zara : ..menakut lagi membahayakan

  6. 6

    @tirana : …betul tu elok tunggu daripada Pihak Berkuasa, tapi kalau dalam Quran sudah jelas diberi kelonggaran, mungkin untuk formaliti aje kot…kecuali dah memang ada alternatif lain.

    @Syed : ye ke bro, kalau dah ada memang baguslah macam tu, sebagai pengguna tidak kisah lah apa-apa ‘pathy’ pun janji boleh sembuh, jangan cari dukun atau tok pawang udah le kot…hehehe

  7. 7

    Salam ramadan & selamat hari kebangsaan BERITA GEMBIRA buat semua PENAWAR H1N1 DI TEMUI di malaysia penawar tersebut yang dinamakan VIRUS X diformulasikan oleh anak tempatan utk merawat sebarang jangkitan virus termasuk, h1n1,cikungunya,denggi, hiv, hepatitis, JE.dll untuk info lanjut layari http://azbhomeopati.blogspot.com

  8. 8

    @abg long: …berita baik untuk semua….elok kita cuba rawatan alternatif ini

Leave a Reply