Kaitan Cinta Dan Gambar Bogel

July 9th, 2009 | 9:36 am | Nasional | 1,775 views | 8 responses

Sudah sekian kalinya (entah berapa kali) berita mengenai ugutan, ancaman dan sebaran gambar peribadi bogel atau lucah terpapar di dada akhbar dalam negara ini, sama ada di buat oleh bekas pasangan kekasih mahupun suami isteri. Namun apa yang pasti isu seperti ini tidak akan berkurangan malahan jangkaan saya akan bertambah teruk sekiranya tiada langkah pencegahan drastik dilakukan mahupun penyebaran kesedaran  mengenai risiko bergambal bogel kepada pengguna teknologi terkini.

dumbanddumber1

Isu terkini sebagaimana dilaporakan oleh Harian Kosmo pada 9 Julai 2009:

KUALA LUMPUR – Persoalan wujud atau tidak gambar bogel penyanyi jelita, Farawahida Razali, 24, masih menjadi misteri walaupun komposer Julfekar Ahmad Shah telah menyerahkan telefon bimbitnya kepada pihak polis.
Julfekar pada Isnin lalu hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk memberi keterangan berhubung aduan Farawahida bahawa dia menerima mesej melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan daripada komposer tersebut.
Farawahida turut mendakwa Julfekar mengugut menyebarkan gambar bogelnya dalam Internet jika dia meneruskan niat untuk keluar dari syarikat rakaman milik komposer itu.

Apa yang terlintas dalam fikiran saya apabila membaca berita-berita seperti ini adalah…Kalau bercinta nak kena ambik gambar tengah bogel ke? kalau masa bercinta dah sanggup tunjuk gambar bogel, bagaimana pula kalau ditakdirkan ada jodoh dengan pasangan tersebut lalu berkahwin, gambar apa lagi yang nak ditunjuk?. atau mungkin dinaiktaraf dari gambar kepada video clip ataupun satu movie terus? Satu lintasan fikiran yang saya rasa perlu ada dalam setiap wanita mahupun lelaki yang ada mempunyai niat untuk ber’posing’ di hadapan handphone masing-masing.

Tidak payah bercakap pasal halal haram kerana ianya memang sudah jelas dan terang ditetapkan oleh Allah S.W.T, semua Muslim tahu mengenai larangan tersebut, cuma nak ikut dengan tak nak ikut sahaja. Bagi saya sekiranya pasangan anda ikhlas untuk mencintai, tidak sepatutnya meminta untuk mengambil gambar bogel atas alasan kenangan cinta. Beribu-ribu kaedah lain untuk membuktikan cinta, bukan hanya ambil gambar bogel mahupun mengadakan hubungan seks terlarang…..namun demikian, benda itulah yang paling banyak di tagih oleh kebanyakan mereka yang bercinta.

…kalau alasan untuk membuktikan kasih sayang dan cinta sejati daripada pasangan, kenapa tidak ambil gambar bogel diri sendiri, ataupun ibubapa dan adik beradik mahupun ahli keluarga terdekat sedangkan entiti itulah yang sebenarnya paling disayangi oleh setiap insan…

email
myhome
 
ambo

Personal site where I share ideas and opinions generally in society and humanity.Specifically focuses on human resources development, leadership, management, blogging tutorials and tips, home and global affairs, photography, gadgets, entertainment as well as paid reviews and advertorials in both English and Bahasa Melayu. » contact here » Semak Ranking Blog Anda Disini

 
 

Responses so far...(8)

  1. 1

    Tirana Mutiaraat 12:16pm on July 9th

  2. 2

    Setuju dengan Jaz..

  3. 3

    ahh, benar kata anda bro, dari orang tak tau..terus jadi tahu~memalukan~

  4. 4

    Dunia dalam teknologi canggih. Tapi sayang ‘canggih’ yang meyimpang ke arah gejala yang tidak bermoral sehingga ada yang sanggup menayangkan tubuh mereka dan dirakam.

  5. 5

    @Zara : …kebutaan kepada interpretasi makna cinta membutakan rasional pemikiran pencinta-pencinta..

    @zaraaluwi: itulah, ‘kejakunan’ terhadap kemajuan teknologi menyebabkan manusia tidak terfikir kesan dan akibat daripada perbuatan yang mereka rasakan hebat..

  6. 6

    Setuju dengan Jaz..

  7. 7

    Mmg ramai yg menyalahgunakan teknologi. Tetapi ramai juga yg menjadi mangsa teknologi..

  8. 8

    betul.. betul.. betul..

Leave a Reply