Kalau Posing Nak Kena ‘Menonggek’ ke?
Posted by etomyam on 10-12-2009 | 843 views so far | Posted in Hiburan, Nasional
13
Memang dari dahulu lagi poster-poster atau gambar kebanyakan artis, ada sesuatu yang sering bermain dalam fikiran saya, sejak zaman majalah URTV, Variapop dan seangkatan dengannya di tahun 80-an dahulu, kalau diperhatikan bila bab artis posing jer nak kena dalam keadaan ‘menonggek’. Saya tidak tahu kenapa tetapi itulah yang saya perhatikan. Namun tidak semua yang berposing sedemikian akan tetapi kebanyakkannya begitu, bukan setakat artis tempatan malahan peringkat antarabangsa pun begitu. Lalu sebagai seorang yang tidak berapa arif tentang seni fotografi dan juga hal-hal berkaitan seni, saya membuat andaian bahawa ‘menonggek’ apabila posing depan kamera mungkin merupakan satu keperluan supaya foto yang terhasil akan menjadi lebih cantik dan mampu menarik perhatian pembaca.
Saya juga tidak dapat mengagak sama ada keperluan untuk posing ‘menonggek’ ditetapkan oleh jurugambar atau kehendak si artis itu sendiri. Mungkin juga ada hasil seninya dari posing seperti ini yang hanya boleh dinilai oleh mereka yang mahir dan pakar dalam seni gambar dan fotografi.
Walau apa pun setakat ini belum pulak ditemui gambar artis lelaki yang dalam keadaan ‘menonggek’, atau mungkin saya masih belum sampai ke gambar-gambar sedemikian.
Menurut kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, perkataan tonggek ditakrifkan sebagai tidak lurus punggungnya apabila berjalan; punggungnya terkeluar ke belakang. Apa yang diamksudkan oleh DBP adalah tonggek merupakan satu situasi dimana seorang individu tidak lurus punggungnya apabila berjalan; punggungnya terkeluar ke belakang.
Manakala ‘menonggek’ pula bermaksud berjalan dgn tonggek. menonggekkan atau menjadikan tonggek: punggung, iaitu membongkokkan badan supaya kepala ke bawah dan punggung ke atas; menonggengkan.
Dalam bidang kesenian pula DBP menerangkan bahawa gaya tonggek bermaksud gaya yang dihasilkan dengan memakai bustel pada bahagian pinggul. Gaya fesyen wanita Eropah pada tahun 1815-1819, dan 1868-1970.
Setiap pembaca atau peminat mempunyai citarasa dan persepsi yang tersendiri dalam menilai gambar artis pujaan mereka dan saya pasti ada di kalangan peminat yang meminati aksi ‘tonggek’ artis kesayangan mereka manakala ada pula yang mungkin tidak berapa menyukainya, terpulang kepada penilaian individu masing-masing.
Secara asasnya juga ‘tonggek’ selalu dikaitkan dengan kaum perempuan kerana sudah dijadikan oleh Allas S.W.T kejadian kaum hawa ini tulang pinggulnya agak unik berbanding kaum Adam, namun ada juga terdapat sebahagian daripada kaum lelaki yang telah dianugerahkan sifat ‘tonggek’ ini.
Mungkin juga pada pandangan saya keupayaan seseorang wanita untuk ‘menonggekkan’ punggungnya menunjukkan bentuk badannya yang masih cantik dan mengikut ukuran yang sesuai sebagai seorang wanita. namun saya pasti sekiranya ada kaum lelaki yang suka posing gaya tonggek, mesti lelaki berkenaan mempunyai sifat-sifat unik dan jarang di miliki oleh lelaki-lelaki lain.
(gambar sekadar hiasan-adakah ini contoh posing menonggek?)
Dan saya rasa gaya dan cara posing tidak berubah, walaupun golongan artis berubah dari satu generasike satu generasi, juga hakikatnya bukan sahaja golongan artis yang posing cara menonggek, anggota masyarakat yang lain juga ada yang berposing sedemikian. Walau apa pun, terpulang kepada citarasa dan minat masing-masing.














December 10, 2009
Amboi Jaz..tajamnya pemerhatianmu…hehehehe.. Saya tak pernah perasan pulak kebanyakan posing artis dan model perempuan dalam keadaan menonggek. Mungkin di sebabkan tak pernah ambil pusing kot pasal mereka..hehehe.. Tapi kalau saya disuruh berposing macam tu..rasa-rasanya malu nak buat..hahahaha
December 10, 2009
sekadar pemerhatian org biasa yg tak tau pasal seni….he3
December 10, 2009
*mereka yg terlibat tidak malu dan segan utk memperagakan maruah diri sendiri*sbg wanita…malu pulak nak tgk…tak tau la pulak kalau itu adalah sajian nafsu utk kaum adam…hmmmm…manusia masih kekal dgn kealpaan
December 11, 2009
itulah, setiap orang mempunyai perspektif dan pandangan masing-masing dalam setiap perlakuan, dan selalunya mereka mempunyai hujah dan rasional tersendiri terhadap tindakan itu…
December 10, 2009
hoyooo~ mencabar sungguh~ tapi, bila yang bertudung pun begitu, apa kes? tiba-tiba teringat trademark majalah Mangga, majalah model kolam renang hehehe~ asal bergambar je msti kat kolam nak basah2..what the kes???
iliana had an interesting article on ..MEMPERSENDA SURUHAN-NYA
December 11, 2009
tu yang boleh membawa kepada macam-macam kes tu..
December 10, 2009
Posing tonggek tu untuk menunjukkan figure tubuh seseorang perempuan. Even model jubah yang berdiri tegak ke hadapan pun, akan tonggekkan punggung ke tepi untuk menampakkan figure tubuh badan, jadi baju yang dipakai nampak kelihatan cantik.
Lumrah perempuan dengan figure cantik. Dan bagi saya, pelik kalau lelaki tak suka tengok hal2 tonggek tu. sebab kalau tak silap saya, lelaki suka tengok figure badan pempuan yang cantik.
Tapi, jelas sekali la, perkara macam ni tak baik untuk dilakukan…
Fatin Pauzi had an interesting article on ..Tip Pengguna : Tips Penjimatan Bahan Bakar Kenderaan
December 11, 2009
‘tonggekan’ mempunyai seni dan stylenya tersendiri…
December 10, 2009
hehehe..tp mmg betul pun…mungkin tang tonggek tu seni pd mereka kot..opssss terlebih sudah
Sue had an interesting article on ..Addicted kah AKU????
December 11, 2009
ada ’seni’ yang tersendiri
January 7, 2010
pendapat saya tentulah langsung x patut buat gitu. rasanya byk lagi gaya lain yg lebih seswai, sopan dan bertatasusila. tapi nasiblah, mungkin diorang rasa puas hati dan confident menampilkan part tonggek tu. bukan confident in humble way, but confident in arrogant way. keskeskes.
January 8, 2010
hehehe..perlu ke masukkan artikel pasal tabiat menggaru dalam seluar semasa berinteraksi dengan orang lain?..pernah perasan tak? hahaha
January 8, 2010
pergh. harus! mesti rating naik kaw2 punye.