Penangan daripada keganasan segelintir daripada puluhan ribu penyokong bolasepak Kelantan di aksi perlawanan akhir Piala Malaysia sesi 2009 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 7 November 2009 yang lepas , pihak Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) telah melancarkan tabung khas untuk membantu persatuan dalam membayar denda kepada Persatuan Bolasepak Malaysia. Petikan daripada akhbar Utusan Malaysia online:
KOTA BHARU – Bagi meringankan bebanan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang mungkin terus berdepan dengan hukuman kerana kerenah penyokong, Kelab Penyokong Bola Sepak Kelantan melancarkan tabung RM1, 1Kelantan semalam. Setiausahanya, Harun Ali berkata, ia sebagai rasa tanggungjawab terhadap bagi memastikan usaha membangunkan pasukan Kelantan oleh KAFA tidak terencat dengan masalah kewangan. “Kita berasa terpanggil untuk membantu KAFA yang berusaha untuk meningkatkan mutu bola sepak dan memeriahkan sukan ini di Kelantan ini sekali gus negara. “Ini adalah masa untuk para penyokong mengambil tanggungjawab ini demi masa depan bola sepak kerana semua rakyat Kelantan sayang dengan sukan ini, cuma diburukkan oleh segelintir orang” katanya ketika ditemui semalam.
Kelmarin, KAFA didenda RM50,000 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ekoran tindak-tanduk liar penyokong Kelantan pada perlawanan akhir Piala Malaysia Sabtu lalu. Denda tersebut bukanlah yang pertama diterima KAFA malah sebelum ini hampir setiap perlawanan persatuan tersebut menerima hukuman ekoran pelbagai insiden yang dicetuskan oleh segelintir kalangan yang dikatakan penyokong Kelantan.
Harun berkata, wang untuk tabung berkenaan diisi melalui wakil di setiap jajahan di negeri ini yang akan bergerak ke setiap kampung untuk mengutip derma. Tambahnya, tabung ini akan diserahkan kepada wakil kelab penyokong di setiap daerah dan mereka dengan rela hatinya akan mengadakan road tour untuk mengisi tabung ini. Beliau percaya tabung tersebut akan mendapat sokongan rakyat Kelantan bagi memastikan pasukan mereka dapat terus bersaing tanpa dibebani dengan masalah kewangan ini.”
Itulah yang sebaiknya, semoga jadi pengajaran kepada mereka-mereka yang tidak mahu memahami erti disiplin dalam kehidupan. Sebagai rakyat Kelantan saya merasa begitu kecewa dengan perangai sebahagian rakyat kelantan yang seolah-olah tidak mahu belajar erti ketamadunan. Sehinggakan bermacam-macam yang dilabelkan oleh peminat dan penyokong negeri lain, adakah itu yang mereka itu banggakan?…entahlah. Puas hati? dapat buat perkara yang merosakkan nama dan negeri sendiri?
Di masa-masa akan datang penyokong kelantan perlu belajar bagaimana untuk mendisiplinkan diri sendiri dan kawal emosi…, dan kalau perlu semua pihak perlu memainkan peranan untuk mencegah penyeludupan mercun ke dalam stadium, kalau boleh tangkap dan siar muka dalam akhbar baru semua orang tahu siapa sebenarnya dalang yang merosakkan nama negeri.












Demo kena byr lebih sikit sebab bakar kusi, mahal kusi tu gu
Kalau RM1k bagi pada orang susah..dah dapat cover 50 orang.
Dir..kawe rasa kawe napok demo hak tengah rukah pagar dlm paper tu….bakpo gu jadi gitu?Shidi….takutnya Rm1 sorang kumpul beli mercun jugak…huh pecah stadium kali ni hahaha
Kalu aku boss FAM aku charge RM1 extra (kalu tiket RM20, jadi RM21) untuk setiap perlawanan (ikut track record sebelumnya). Kalau tak jadi apa-apa, FAM pulangkan balik total RM1 sorang tu pada KAFA…OK tak idea bernas aku..hehehe
memang kelas idea ko shidi, lagipun bukan 1st time insiden cam ni…baik ko balik M'sia ni jadi Sec Gen FAM…aku sokong ko hehehe
baguslah..harap ramai yg sudi mmbantu ats rs ikhlas dan sm2 nk bertanggungjwb ats kmusnahan yg dilakukn ole segelintir rkyat kita sdiri..singget bkn bnyk pon kalo nk dibandingkn dgn kos sbnr yg ditanggung fam..pakat2 lah mnderma smoga bersih cket nm negri kite..
dahlia had an interesting article on ..Hikmah kekalahan kelantan-KFC!!
x boleh cd…ko xleh jadi sec gen FAM…nanti ko kene duduk kt pentas je…sapa nak pi ambik gambar nanti hehehe…
penyokong terengganu buleh derma tok? hehehe….