Kempen Kibar Jalur Gemilang 2009

August 9th, 2009 | 2:29 am | Nasional | 2,817 views | 3 responses

Umum sudah mengetahui bulan Ogos merupakan sambutan bulan kemerdekaan negara kita dan hari ini rumah saya telahpun menerima jalur gemilang yang diedarkan secara percuma untuk dikibarkan di kediaman masing-masing. Majlis perasmian kempen kibar Jalur Gemilang sempena menyambut ulangtahun hari Kemerdekaan ke-52 akan di adakan pada 12 ogos 2009 bertempat di Pusat Rekreasi Air Precint 6, Putrajaya.

tugunegaramalaysia

Perumahan kawasan saya tinggal diminta untuk mengibarkan Jalur Gemilang bermula 8 Ogos sehingga 16 September 2009. Satu inisiatif yang baik oleh pihak Kerajaan dalam mendidik masyarakat dan menanamkan semangat kecintaan terhadap negara. Dan anak-anak saya begitu bersemangat menyanyikan lagu kebangsaan dan jalur gemilang.

Semoga keamanan dan kemerdekaan yang dicapai sejak 52 tahun lalu terus berkekalan sampai bila-bila. SELAMAT HARI KEBANGSAAN.

Abouts

ambo

Personal site where I share ideas and opinions generally in society and humanity.Specifically focuses on human resources development, leadership, management, blogging tutorials and tips, home and global affairs, photography, gadgets, entertainment as well as paid reviews and advertorials in both English and Bahasa Melayu. Currently etomyam also registered as guest writer at inimajalah.com

 
 

Responses so far...(3)

  1. 1

    memang kerajaan sangat prihatin tapi rakyat kita jer yg semakin kurang prihatin.kadang-kadang nak beli bendera Malaysia pun berkira

  2. 2

    Sesungguh Malaysia memang indah dan permai. Yang menjadikannya tidak indah ialah manusia yang tinggal di dalamnya..

Leave a Reply

Kongsikan post terbaru anda di sini