Kenapa Suka Filem Bukit Kepong

Posted by etomyam on 15-06-2009 | 800 views so far | Posted in Nasional

8

Minggu lepas buat sekelian kalinya RTM telah menayangkan semula cerita Bukit Kepong, salah satu daripada filem Melayu kegemaran saya. Mungkin tayangan tersebut ada kaitan dengan isu cadangan membenarkan bekas ketua Partai Komunis Malaya (OKM) yang telah diharamkan, Chin Peng untuk kembali ke Malaysia. Sehingga hari ini isu tersebut masih belum habis di pertikaikan oleh banyak pihak. Mungkin juga RTM merasakan perlu mengingatkan semula sebilangan rakyat Malaysia mengenai sejarah negara yang pernah berada dalam perintah darurat berikutan serangan Komunis.

bukitkepong

Namun apa yang saya ingin kongsikan di sini adalah begaiman sebuah filem yang dihasilkan pada rahun 1981 oleh Datuk Jins Shamsuddin mampu memberikan kesan yang mendalam kepada penonton, saya berbicara berhubung bagaimana filem tersebut mampu menarik minat saya untuk menontonya berulang-ulang kali walaupun saya tahu kesudahan cerita tersebut sedih dan menyayat hati.

bukitkepong3

Secara ringkasnya filem ini berkisar mengenai cerita perjuangan pasukan polis dan masyarakat tempatan di Bukit Kepong, Johor melawan komunis pada tahun 1950. Kemuncak pertempuran berlaku pada 23 Februari di balai polis Bukit Kepong yang mempunyai 18 orang anggota. Filem ini menggambarkan semangat waja yang ditunjukkan oleh pasukan polis, walaupun mereka diserang oleh 180 orang pengganas komunis, tetapi mereka tetap berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir untuk mempertahankan negara.

bukit-kepong

Bagi saya yang meminati subjek sejarah, kostum filem ini cukup menarik, di samping barisan pelakon yang mantap dan berpengalaman, memang betul-betul terasa seolah-olah penonton turtu berada pada tahun 1950-an. Di samping itu ‘make-up’ pelakon juga ’simple’ dan bersahaja, tidak seperti filem sekarang, walaupun cuba di buat seolah-olah filem lama namun tidak menjadi dengan gaya solekan yang terlalu moden.

Pada masa yang sama bagi saya adunan muzik latar cukup menyentuh hati terutamanya apabila melihat kematian dan tangisan anggota keluarga polis yang terlibat, sungguh menarik dan mempersonakan.

Saya amat mengharapkan kewujudan filem-filem seperti ini di zaman ini namun setakat ini bagi saya tidak ada yang boleh menandingi kehebatan filem ini.

 
 
 

Comments so far...(8)

  1. #1

    suka tgk komunis banyak matiii oooo

  2. #2

    naik bulu roma tgk cerita ni, masterpiece dr jins shamsuddin.

  3. #3

    cite perang paling real hok orang Mesia buat…hok lain macam nipu jer….

  4. #4

    Salam,

    Bagi saya filem ini adalah yang terhebat! Sudah beberapa kali menontonnya namun darah satria dalam jiwa tetap membara. Semangat juang yang diketengahkan oleh pengarah amat memainkan peranan penting dalam mempertahankan negara dari musuh. Pengarah melihat dalam situasi yang sebenar yang mana orang melayu masa dulu berkorban dengan semangat walaupun kekurangan dari segi material dan taktikal.

    Situasi ini juga mengambarkan bagaimana kekejaman penganas komunis yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan tanah melayu untuk kepentingan ekonomi, disebabkan faktor geografi tanah melayu, komunis akan melakukan serangan disetiap penjuru tanah melayu bagi meyekat kekuatan orang melayu pada masa itu. Sekatan senjata, makanan, adalah taktik utama bagi melemahkan semangat sebab ianya salah satu kelemahan orang melayu masa itu yang mana mereka hanya bekerja sebagai penoreh getah,bercucuk tanam dan padi sawah.

    Isu anjing komunis juga diketengahkan yang mana ia memberitahu kelemahan orang melayu ialah pangkat dan darjat. Sanggup menajdi talibarut semata-mata kerana pangkat dan isu ini bukan sahaja filem bukit kepong malahan filem lain spt Sarjan Hassan, Left Adnan dll. Isu rasuah ini dari dulu sehinggalah sekarang masih menular dan sukar dibendung disebabkan ianya telah menjadi satu budaya masyarakat malaysia. Semuanya bermula dari diri sendiri, contohnya ’suruh sterika baju, upah 2 RM. semuanya bermula dari rumah sebuah keluarga itu sendiri.

    Dengan kelemahan spt ini, tentu pihak musuh mudah menghidu apa yang perlu mereka lakukan bagi menambahkan kawan dan rakan dari pelbagai bangsa. Jangan tonjolkan kelemahan diri kita, mudah bagi musuh menyelami kelemahan dalam diri kita nanti.(silingan) Berbalik kepada filem Bukit Kepong, gambaran penulis dan pengarah sangat baik saya rasa, segala olahan dan aplikasi menyebabkan penonton akan dapat menyelami bahawa ianya satu realiti yang benar. Kesedihan,semangat,kerjasama,gila kuasa,kehidupan sebagai orang kampung dan orang polis serta kaum ibu memang diketengahkan bagi memperlihatkan siapa orang melayu masa itu.

    Disamping matapelajaran lain, subjek sejarah amat penting bagi menghindarkan kita sebagai anak bangsa melayu/masyarakat majmuk jangan lupa asal usul, betapa pentingnya kemerdekaan yang dicapai dan bukan mudah memperolehi sesuatu lebih-lebih lagi melibatkan darah mengalir kebumi. Sehingga kini perjuangan bangsa malaysia belum selesai, sesiapa sahaja akan mengambil peluang dalam kesempitan terutamanya pihak musuh. Musuh dalam selimut! Tabik!

  5. #5

    @Muhd Suhaily : ..Salam bro, terima kasih kerana mengutarakan satu komen yang panjang dan berfaedah…setuju dengan saudara, banyak benda yang boleh di halusi dan dipelajari dari filem ini.

    semoga akan terbit lebih banyak filem berasaskan fakta dan sejarah di negara ini

  6. #6

    Terimakasih kerana menyambut maklumbalas ini biarpun hanya berbekalkan kata kata. TQ

  7. #7

    filem bukin pekong, wah mmg filem yg best kalo nak dibandingkan dengan filem lt adnan, semmmgnya filem arahan jins samsudin begitu berkualiti, tak lupa juga filem2 arahan rahim razali, bagi aku aku legi suke tgk citer sebelum era 90an ketas, cerita melayu zaman sekarang merepek dan membosankan..

    • #8

      ha ah, rahim razali pu dasat jugak…filem sekarnag ni bajet jer mahal..quality tak leh lawan yg dulu2..nape ek

Write a comment