Kepimpinan Adalah Tanggungjawab Bukan Satu Keistimewaan
April 3rd, 2009 | 3:24 pm | Akademik, Kepimpinan, Muslim | 1,309 views | 3 responses
Satu intipati yang menarik untuk renungan bersama setiap Muslim yang masih mahu melatakkan Islam di tempat yang sepatutnya. Khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) bagi hari Jumaat 03 April 2009 bersamaan 07 Rabiul Akhir 1430 Hijriah.
Kita sering mendengar berita pertumpahan darah dan pergolakan politik di negara luar demi untuk memilih pemimpin yang sesuai. Menurut pemerhatian mimbar, antara faktor utama kekacauan politik ini adalah berpunca daripada perbalahan di kalangan pemimpin yang terus berdegil mempertahankan hak kepimpinan masing-masing.

Berdasarkan perang saudara dan pertumpahan darah yang berlaku dalam pencarian pemimpin ini, jelas menunjukkan proses pemilihan pemimpin adalah suatu kerja yang sukar walaupun kadangkala ia diputuskan secara demokrasi. Kesan buruk daripada kekacauan politik menyebabkan negara berkenaan mengalami kemusnahan harta benda, kerosakan infrastruktur dan permusuhan antara puak yang berpanjangan.
Usaha memulihkan semula kestabilan dan kemakmuran negara bukan perkara mudah kerana ia memerlukan peruntukan kewangan yang besar dan memakan masa yang panjang untuk pulih seperti keadaan aman sebelumnya. Apa yang lebih malang, dalam menyelesaikan pertikaian dalaman, mereka membuka pintu kepada kuasa asing untuk campurtangan, lalu hilanglah kedaulatan negara berkenaan.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Bagaimana pun kita amat beruntung kerana peralihan kuasa kepimpinan Islam yang menjadi paksi kekuatan umat di negara ini berlaku secara aman dan licin. Berdasarkan sejarah politik negara ini, ternyata peralihan kuasa secara aman ini bukanlah perkara baru tetapi sebenarnya telah menjadi budaya di negara ini. Banyak negara kagum dengan tradisi peralihan kuasa di Malaysia tanpa ada kekecohan besar walaupun rakyat terdiri berbilang kaum dan berlainan agama. Persoalan besar timbul ialah apakah faktor utama budaya peralihan kuasa di kalangan pemimpin Islam berlaku secara aman di negara ini?.
Untuk mendapatkan teks lengkap khutbah anda boleh layari web khutbah online.














said on April 3rd, 2009 at 5:17 pm
Bersyukurlah..Malaysia masih aman…
said on April 3rd, 2009 at 6:46 pm
@tirana : Amiiin…..kalaulah semua orang hayati khutbah hari ni….
said on May 31st, 2010 at 10:39 pm
selagi ‘tiada tangan-tangan ghaib’ campurtangan dalam pentadbiran sesebuah negara insyaallah selagi itu ia berjalan dengan lancar.
banyak sudah bukti-bukti campurtangan dari luar lebih menjahanamkan lagi sesebuah negara itu.
artikel terkini dari sangilapi: rezeki semakin murah