Khutbah Online: Bersegera Membayar Hutang

April 10th, 2009 | 2:48 pm | Akademik, Melayu, Muslim, Nasional | 1,016 views | 5 responses

Bunyi macam simple jer khutbah jumaat hari ini bersamaan 10 April 2009 / 14 Rabiul Akhir 1430 Hijriah namun kiranya di hayati maksudnya oleh semua orang maka tidak timbul masalah lari dari kewajipan membayar hutang.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang Jumaat yang dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita bertaqwa kepada Allah s.w.t dengan sebenar-benar taqwa serta melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Semoga ketaqwaan yang ditambah nilai itu, membentuk kita menjadi insan soleh dan mulia. Oleh itu, mimbar pada hari ini akan membincangkan khutbah bertajuk: “BERSEGERA MEMBAYAR HUTANG”.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Majlis Amanah Rakyat atau MARA, Jabatan Perkhidmatan Awam, dan Tabung Pinjaman Pelajaran Kementerian Pengajian Tinggi sebagai contoh telah berulang kali mengeluarkan surat-surat amaran kepada peminjam supaya membayar hutang. Apabila tidak mempedulikan surat amaran itu, maka senarai si berhutang disiarkan dalam akhbar utama. Terdapat di kalangan mereka yang berhutang ini telah hidup mewah tetapi tidak amanah enggan membayar hutang kepada orang yang pernah membantunya. Apa yang memalukan sekali ialah senarai orang yang terlibat dalam berhutang itu adalah orang Islam.

Kita juga mendengar kisah-kisah penghuni di sesebuah apartmen, flat-flat dan kondominium berbulan-bulan memanjat tangga bertingkat-tingkat kerana lif-lif rosak yang tidak dibaiki. Syarikat pemaju kediaman tidak membaiki lif-lif yang rosak atas alasan penghuni tidak membayar hutang penyelenggaraan.

Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Malaysia misalnya pada tahun 2006 terdapat sebanyak 13,590 kes bankrap dicatat. Di mana terdapat empat sebab utama berlakunya kebankrapan iaitu kegagalan membayar pinjaman sewa beli kenderaan (23 peratus), kegagalan membayar pinjaman pendidikan (16 peratus), tunggakan hutang bank (15 peratus) dan hutang kad kredit (11 peratus).

kubah

Islam telah menetapkan bahawa setiap yang berhutang wajib melaksanakan amanah dan bersifat jujur membayar hutang mereka setelah berkemampuan. Bagi sesiapa yang suka melewat-lewatkan atau menangguhkan pembayaran hutang ini, maka maruah mereka menjadi hina, hidup hilang keberkatan dan tidak diredhai oleh Allah s.w.t, amalan kebajikan tertolak, dan tergolong dalam orang yang zalim.

..untuk teks lengkap bacaan khutbah pada 10 April 2009 / 14 Rabiul Akhir 1430 boleh terus ke JAKIM Khutbah Online.

email
myhome
 
ambo

Personal site where I share ideas and opinions generally in society and humanity.Specifically focuses on human resources development, leadership, management, blogging tutorials and tips, home and global affairs, photography, gadgets, entertainment as well as paid reviews and advertorials in both English and Bahasa Melayu. » contact here » Semak Ranking Blog Anda Disini

 
 

Responses so far...(5)

  1. 1

    wah … best betul khutbah ari nie ye…

    simple & padat… tajuknya.

  2. 2

    @erinsza : he he he……ada makna tuu

  3. 3

    Jabatan agama dah kasi seragam ek??? Masjid saya pun tajuk yang sama jumaat lepas

    • 4

      same sekarang bro…

  4. 5

    yang tak bestnya dalam kes menangguhkan pembayaran tunggakan penyelenggaraan(contoh pasal lif rosak),yang sudah membayar turut menjadi mangsa keadaan :(

    kadang-kadang pihak yang bertanggungjawab dalam hal penyelenggaraan bangunan pula yang bersikap acuh tak acuh dalam hal ini.
    artikel terkini dari sangilapi: rezeki semakin murah

Leave a Reply