Kota Warisan – Bila Boleh Masuk Ni?

December 28th, 2009 | 7:18 pm | Admin, Nasional | 883 views | 4 responses

Penat, semenjak dua menjak ni memang saya penat, penat badan satu hal, penat fikiran pun satu hal lagi. Penat badan pasal setiap hari dok menunggu kontraktor yang tidak muncul-muncul untuk memasang barangan ‘loose items’ yang dijanjikan sebelum masuk rumah. Penat fikiran pula dok fikirkan camana lagi cara nak suruh depa datang buat benda tu, bukan susah pun, ambik jer barang, pasang, rasanya dalam temp0h 2 hingga 4 jam dah boleh siap buat benda tu, tapi alasan yang diberikan ‘barang tak ada’ memang susah nak diterima kalau sudah masuk 4 bula sejak laporan dibuat. berpuluh-puluh kedai hardware di sekitar Kl dan Selangor ni tak boleh nak beli?

Sedih dan letih dengan situasi yang berlaku pada masa ini, masa nak jual, bukan main lagi kempen dan martketing, semua cerita yang baik dan indah sahaja, tapi sebaik sahaja kunci di terima, bermula episod ‘hide n seek’ diantara pembeli dengan developer. Padahal kalau pembeli lewat membayar bayaran pertama, dan-dan tu jugak depa charge interest kepada pembeli, walhal benda tu urusan end financier dengan developer, tapi bila part depa, depa buat rileeeek jer, macam tak de apa-apa yang berlaku. Memanglah, sales n marketing department yang lain, maintenance n service pulak department yang lain.

Walaupun sebenarnya saya telah mengambil kunci seawal bulan lima, disebabkan agak sibuk dengan jadual pembelajaran saya tangguhkan dahulu pemeriksaan rumah tu sehingga bulan 7, kerana bercadang untuk gunakan rumah tu seawal bulan Januari 2010. Walaupun laporan awal ‘defect check’ telah dihantar dan diterima pada 18/8/2009, namun tiada pembaikian dibuat untuk bahagian dalam rumah, dan bila pembeli cakap nak masuk bulan 1 nanti, depa mulalah bagi alasan barang tak ada, itulah jugak alasan masa bulan 8 dahulu.

Sampai sekarang saya masih ingat kata-kata salah seorang pekerja pemaju yang bertanggungjawab dengan hal-hal maintenance ni, ‘encik inform sahaja kami bila nak masuk, nanti kami akan pasangkan yang loose items tu’, masalahnya sampai sekarang walaupun sudah di beritahu tidak ada apa-apa yang berlaku. Bila di hubungi, yang sorang tu asyik MIA dari office jer, yang sorang tu pulak tak nak angkat telefon, yang sorang lagi dok tunggu arahan dari yang dua orang tu…bila nak selesai, bila pergi buat appointment, siap kita dah ambik cuti khas untuk benda tu, dari pagi sampai petang tak adapun depa nak datang, telefon memang sah tak angkat.

Sebagai pembeli sakit hati memang tok sah nak cerita, dah tak tahu nak buat apa dah, sekarang ni tengah plan nak buat e-aduan kepada Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Harap-harapnya aduan yang dibuat boleh membuka mata pihak-pihak yang terlibat mengenai bagaimana ‘standard’ dan mutu perkhidmatan yang disediakan oleh sesetengah pemaju perumahan terhadap pembeli rumah. Ini buka cerita harga seratus atau sepuluh ribu, ni cerita pasal rumah, harta, semuanya cecah ratusan ribu ringgit, bayaran pinjaman bukan bukan macam pinjaman kereta sekejap jer, ni mau sampai pencen, dalam sesetengah kes ada peminjam yang mati dulu sebelum pinjaman rumah habis di bayar.

Terima kasih di atas keprihatinan KPKT yang meyediakan ruang kepada pengguna khususnya pembeli rumah untuk mengemukakan ketidakpuasan hati mereka terhadap mutu perkhidmatan yang diberikan oleh sesetengah pemaju perumahan.

Abouts

ambo

Personal site where I share ideas and opinions generally in society and humanity.Specifically focuses on human resources development, leadership, management, blogging tutorials and tips, home and global affairs, photography, gadgets, entertainment as well as paid reviews and advertorials in both English and Bahasa Melayu. Currently etomyam also registered as guest writer at inimajalah.com

 
 

Responses so far...(4)

  1. 1

    aduhhhh sy yg baca citer en jaz ni pun geram giler dgn org yg mcm ni…*memburu kesenangan yg menyusahkan org lain*…hopefully aduan yg en jaz buat di KPKT tu dpt feedback yg baik….{Rabbi yassir wa la tu’assir}

    • 2

      letih dan penat dsb..hu3

  2. 3

    agak2 kalau x berkesan jugak, blh try ADUAN RAKYAT TV3 la pulak. mana tau karam singh waliya boleh bantu. heee. semoga allah permudahkan urusan ini.

    • 4

      Tinggal sikit jer lagi yg masih belum disiapkan…..kalau Karam Sigh Waliya diperlukan, apa salahnya….

Leave a Reply

Kongsikan post terbaru anda di sini