Lagi kes Pelajar Mati Jatuh Dari Bangunan
July 14th, 2009 | 1:57 pm | Admin, Nasional | 1,540 views | 6 responses
Kalau tidak silap saya beberapa minggu yang lepas sudah ada berita mengenai kematian seorang pelajar di institusi pengajian tinggi akibat terjatuh dari bangunan asrama, hari ini sekali lagi kes jatuh bangunan didedahkan. Harian Kosmo telah melaporkan “Seorang pelajar jurusan Diploma Seni Bina Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini mungkin akan trauma seumur hidupnya apabila menyaksikan bagaimana rakan sebiliknya terlepas tangan dari tingkap sebelum terjatuh dari tingkat empat dan maut.
Dalam kejadian itu, Muhammad Khalis Zulkifli, 18, pelajar kursus Diploma Kejuruteraan Elektrik yang baru dua minggu mendaftar diri ke universiti itu maut apabila dia terjatuh dari dinding bilik air rakannya.Mangsa semasa itu tidak mempunyai kunci asrama untuk masuk semula ke bilik selepas keluar ke bilik rakannya.Sebelum memanjat dinding bilik air rakan sebelah, dia dikatakan telah mengetuk pintu biliknya tetapi rakan sebiliknya, Amirul tidak dengar ketukan itu.”
Sebab kemalangan dan kematian pelajar berkenaan bagi saya amat menyedihkan dan sepatutnya boleh dielak sekiranya pelajar terlibat menggunakan pemikiran yang rasional dan logik ketika hendak melakukan tindakan lompat dari tingkap bilik air berkenaan.
Teringat juga peristiwa yang sama yang saya lalui lebih kurang 15 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1994 di Pusat Matrikulasi UIA, pada masa itu terletak di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Selepas waktu maghrib saya sedang membeli makan malam di kantin asrama di ground floor di Pusat Matrikulasi tersebut apabila tiba-tiba ternampak objek besar jatuh menghempas jalan bertar diringin dengan dentuman yang kuat, Saya pada mulanya tidak pasti apakah objek tersebut dan kemudiannya sekelip mata suasana jadi heboh apabila melihat sekujur tubuh manusia terlentang berlumuran darah di atas jalan bertar tersebut.
Rupanya objek yang saya lihat pantas tersebut merupakan badan salah seorang pelajar yang terjatuh dari tingkat 4 asrama Pusat matrikulasi berkenaan. Saya juga sempat keadaan arwah pelajar tersebut yang masih nyawa-nyawa ikan dengan serpihan otak bertaburan di atas jalan, manakala sekumpulan rakan-rakan lain berbisik mengucapkan kalimah syahadah kepada pelajar berkenaan. Akhirnya pelajar tersebut mati di tempat kejadian dan tidak dapat diselamatkan berikutan kerosakan teruk pada kepalanya.
Kes yang sama, percubaan untuk bergerak dari bilik lain dengan menggunakan tingkap juga, malangnya tangan tergelincir atau terlepas menyebabkan badan tidak seimbang lalu jatuh ke bawah. Menurut ceritanya juga pelajar tersebut bukan sekali membuat aksi sebegitu malah telah beberapa kali memanjat balkoni untuk ke bilik rakan-rakan yang lain. Semoga kes sebegini memberi pengajaran kepada para pelajar yang tinggal di asrama, tidak payahnlah bersusah payah memanjat balkoni atau tingkap untuk ke bilik rakan, sabar dan betindak ikut rasional.
Peristiwa yang terjadi 15 tahun lalu saya rasa tidak diberi pendedahan dalam media massa, mungkin kerana liputan berita tidak begitu meluas.
Alfatihah untuk pelajar-pelajar terlibat.




















said on July 14th, 2009 at 3:24 pm
Budak2 sekarang ni berani tak bertempat…
said on July 14th, 2009 at 6:04 pm
@Tirana: ..mungkinkah pengaruh media massa yang memamerkan aksi2 lompat memberi sumbangan?
said on July 14th, 2009 at 11:10 pm
erm… makin menjadi plak rekod student UTM nie… tempoh hari, student meninggal semasa lahirkan anak… nie terjatuh plak… tapi betul la, kalo kt UTM, cara mudah nak masuk bilik kalo takde kunci adalah panjat tingkap dsb… kalo nak pergi pejabat amik kunci spare, banyak plak kerenah birokrasi nnti… nie berdasarkan pengalaman sendiri sepanjang study kat sana dulu…
said on July 15th, 2009 at 5:43 pm
sedihnya…itulah budak sekarang nie nak tunjuk AKSI berani tak kena cara….
said on July 16th, 2009 at 12:48 am
@Aidy Shahiezad : ..gitu pulak kisahnya…mungkin jugak pihak pejabat dah tak larat nak bagi kunci kat bebudak ni…
said on July 16th, 2009 at 12:48 am
@erinsza : …banyak aksi yang boleh ditiru dalam TV…