Maklumat Di Sebalik Hari-hari Dalam Islam

December 27th, 2009 | 11:18 pm | Muslim | 769 views | 1 response

Zaman sekarang terasa begitu cepat masa berlalu, pejam celik pejam celik dah habis seminggu. Setiap hari berlalu tanpa manusia sedari ada peristiwa penting dalam hakikat kejadian dan perjalanan hidup manusia. Hari dijadikan untuk mengukur usia dunia. Setiap hari menyimpan rahsia tersendiri dengan seribu satu peristiwa. Yang aneh, yang indah, yang ceria, yang muram semuanya adalah hari. Hari apakah kita dilahirkan ke dunia? Lihatlah apa yang pernah berlaku pada hari pertama  kita menghirup udara bumi dalam sejarah kejadian alam dan manusia.

Hari Ahad
Allah s.w.t menjadikan alam, bintang api neraka, bumi yang tujuh, lautan yang tujuh, anggota manusia yang tujuh dan hari yang tujuh.

Hari Isnin
- Nabi Idris dinaikkan ke langit.
- Nabi Musa mengunjungi Bukit Turnisa
- Bukit keesaan Allah s.w.t diturunkan
- Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan
- Wahyu pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w
- Rasullullah wafat

Hari Selasa
- Nabi Yahya wafat dibunuh
- Nabi Zakaria wafat dibunuh
- Tukang-tukang sihir Firaun ditewaskan
- Asiah isteri Firaun mangkat dibunuh
- Lembu Kaum Bani Israel dibunuh
- Habil dibunuh oleh Qabil

Hari Rabu
- Qarun hancur binasa
- Firaun dan tenteranya ditenggelamkan
- Raja Namrud ditewaskan oleh nyamuk
- Umat Nabi Salleh dihancurkan dengan teriakan keras Malaikat Jibrail
- Umat Nabi Hud dimusnahkan Allah s.w.t dengan angina taufan

Hari Khamis
- Nabi Ibrahim memasuki Mesir
- Saudara-saudara Nabi Yusuf menemui baginda
- Bunyamin mengunjungi Nabi Yusuf di Mesir
- Nabi Yaacob bertemu dengan anaknya Nabi Yusuf diMesir
- Nabi Musa memasuki Mesir

Hari Jumaat
- Nabi Adam berkahwin dengan Hawa
- Nabi Yusuf berkahwin dengan Zulaikha
- Nabi Musa berkahwin dengan Siti Safurah anak Nabi Syuib
- Nabi Sulaiman berkahwin dengan Siti Balqis
- Rasullullah s.a.w berkahwin dengan Siti Khadijah dan juga Aishah
- Ali Abu Talib berkahwin dengan Fatimah Az-Zahrah

Hari Sabtu
- Nabi Nuh diperolok oleh kaumnya
- Nabi Salleh ditipu umatnya
- Nabi Yusuf ditipu oleh saudaranya
- Nabi Musa ditindas Firaun
- Nabi Isa diperdaya kaum Yahudi

Abouts

ambo

Personal site where I share ideas and opinions generally in society and humanity.Specifically focuses on human resources development, leadership, management, blogging tutorials and tips, home and global affairs, photography, gadgets, entertainment as well as paid reviews and advertorials in both English and Bahasa Melayu. Currently etomyam also registered as guest writer at inimajalah.com

 
 

Responses so far...(1)

  1. 1

    hari pertama aku menangis di alam syahadah ini,rupa-rupanya hari perkahwinan bagi nama-nama yang disebutkan itu :)

    bro,pulak hari apa ?
    artikel terkini dari sangilapi: rezeki semakin murah

Leave a Reply

Kongsikan post terbaru anda di sini