Malaysia Di Ranking Pertama Dunia Dalam Jarak Kuasa (Power Distance)
October 8th, 2009 | 2:43 am | Kepimpinan, Nasional | 1,292 views | 18 responses
Mungkin tidak ramai masyarakat Malaysia yang menyedari Malaysia telah mendapat ranking tertinggi berbanding negara-negara lain dalam ukuran ‘Jarak Kuasa’ atau dalam Bahasa Inggerisnya ‘Power Distance’, maksudnya bermaksud budaya masyarakat yang menerima pengagihan kuasa tidak seimbang dalam masyarakat. Indek jarak kuasa yang diperkenalkan oleh Geert Hofstede ini mengkaji bagaimana penerimaa sesebuah budaya dalam masyarakat mengenai konsep kuasa. Dengan kata lain masyarakat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama meletakkan seseorang individu yang mempunyai kuasa sebagai lebih tinggi martabatnya daripada masyarakat kebanyakan, dan orang awam mempunyai hadangan jarak yang agak besar untuk menghampiri atau berdampingan dengan mereka yang mempunyai kuasa.
Kajian yang disiarkan dalam laman web Cross Cultural menunjukkan Malaysia mencatatkan markah index jarak kuasa tertinggi iaitu sebanyak 104 mata, diikuti oleh negara Guatemala, Panama yang memperolehi 95 mata serta Filipina sebanyak 94 mata. Indonesia yang merupakan negara serumpun dengan malaysia mencatatkan 78 mata di tempat ke 16, manakala Singapura di tempat ke 20 dengan 74 mata dan Thailand di tangga ke 34 dengan 64 mata. Negara paling kecil jarak kuasa adalah Austria dengan 11 mata sahaja.
Bacaan indeks jarak kuasa yang kecil menunjukkan bagaimana hubungan dan persepsi masyarakat di antara orang awam dengan mereka yang mempunyai kedudukan atau jawatan, sama ada dalam organisasi kecil mahupun besar, sektor swasta dan juga awam. Semakin besar mata indeksnya bermakna semakin jauh hubungan orang awam dengan orang yang berkuasa.
Indeks ini mengingatkan saya pada satu bengkel bertaraf antarabangsa yang pernah saya hadiri beberapa tahun lepas yang mana penceramahnya terdiri daripada orang luar dan juga orang tempatan. Contoh paling mudah untuk mengesan pengaruh jarak kuasa dalam masyarakat. Di sesi pembentangan kertas kerja penceramah daripada luar hanya mengucapkan “Thank You mr. emcee, Good morning ladies and gentleman, my topic today is about..bla bla bla”, tak sampai satu minit pengenalannya dan terus kepada isi kertas kerjanya, manakala penceramah jemputan warga tempatan pula menggunakan 2 minit pertama masa pembentangannya untuk mengucap hormat kepada semua VIP yang hadir di majlis tersebut.
Dan saya pasti anda semua mempunyai justifikasi tersendiri mengenai contoh jarak kuasa ini, mungkin sebagai budaya menghormati tetamu di kalangan masyarakat Malaysia




















said on October 8th, 2009 at 1:10 am
bagus ni, mana ko dpt article ni. tqlah kalau tak ak tatau pun distance power ni ada ranking2
said on October 8th, 2009 at 8:52 pm
aku kan full time student sekarang hehehe..
said on October 8th, 2009 at 12:02 pm
orang-orang Malaysia, terutama Melayu masih menjunjung duli. Paling jelas dan masih diamalkan hari ini ialah, “Pantang Melayu Menderhaka Kepada Sultannya!”
Konsep kualat, tullah begitu sebati dengan jiwa Melayu. Hinggakan mereka takut menjadi gelendangan tanpa bertuan.
Jiwa hamba itu masih segar, syumul. Justeru hal yg demikian dlm sudut positifnya memudahkan sesebuah negara itu ditakbir. Jarang benar berlaku kekecohan yang kronik!
Mudah-mudahan kita terselamat jualah di dunia dan akhirat gitew.. huhuhuu
said on October 8th, 2009 at 8:53 pm
betul jugak bro…takut tulah membawa bencana…
said on October 8th, 2009 at 6:04 pm
… hmmm menarik artikel ni. Yang buat aku setuju dan berfikir, adalah tentang perenggan terakhitr tu.
samdaddycool had an interesting article on ..Koleksi terkini : Jubah kanak-kanak & remaja perempuan
said on October 8th, 2009 at 8:53 pm
…ko pun mesti banyak pengalaman dan idea dalam perkara ni kan bro
said on October 8th, 2009 at 11:10 am
coz rakyat malaysia x belajar dan diajar political science…lol
said on October 8th, 2009 at 8:54 pm
kawe belajar jugak gu….tapi takat intro jer..pastu pening dgn teori2 Socrates n Plato hehehe….ingat lagi rupa lecturer yg ajar tu…hehehe
said on October 8th, 2009 at 7:16 pm
Menarik sungguh artikel ni. Baru aku tau begitu ceritanya…
said on October 8th, 2009 at 8:55 pm
..begitulah ceritanya bro…
said on October 8th, 2009 at 12:10 pm
suppose bebudak sekolah tu diajar ttg basic philo n poli as a pengetahuan am..tu yg bute tu..
said on October 9th, 2009 at 1:21 am
nanti kalu demo jadi dean atau VC pah ni…mung jangan buat perangai gu…
said on October 9th, 2009 at 12:23 am
Kalau sekadar mengikut protokol dlm upacara majlis dikatakan Malaysia mendapat ranking tertinggi dalam ukuran jarak kuasa, itu tak adil. Org Malaysia ni menghormati tetamu. Rasanya kata2 aluan ni perlu. Masyarakat empat musim tu mereka kurang ajar. Maaf ya ini pendapat akak saja.
said on October 9th, 2009 at 12:37 am
tu salah satu contoh mudah sahaja,…dan berapa banyak tetamu VIP yang boleh hadir tepat pada waktunya di sesuatu majlis?…kalau bab memuliakan tetamu bangsa Arab paling terkenal dalam meraikan tetamu.
setiap orang ada pendapat masing-masing kak…
said on October 9th, 2009 at 4:44 am
Sangat menarik, mmg dapatan kajian ini menunjukan realiti masyarakat kita. Contoh lain yg mudah, semua pensyarah kita panggil dgn gelaran Dr., Prof, tp di neg dgn low power distance, hanya panggil John, Jim, etc.
Sekadar ingin menambah:
1. Ramai scholar yang mempertikaikan methodologi yg digunakan oleh Hofstede ini (rujuk CULTUREAL INFLUENCES ON NLEADERSHIO AND ORGANIZATIONS: PROJECT GLOBE).
Finding kajian mereka menunjukkan mean score untuk Malaysia ialah 5.17 (tempat ke 34), diketegorikan sebagai sederhana tinggi. Score tertinggi ialah Morocco (5.80)dan terendah ialah Denmark (3.89).
2. Apakah implikasi dari data ini?
Selain menunjukkan situasi masyarakat kita, adakah ianya juga mempengaruhi operasi sesebuah organisasi, terutamanya untuk MNC yang mempunyai staf dari serata dunia dengan pelbagai budaya. Bagaimanakan organisasi tersebut dapat membuat polisi yang sesuai dengan semua bangsa.
3. Data Hofstede atau GLOBE ini adalah untuk National Culture, bagaimana pula dengan within nation atau sub culture (contohnya, perbezaan antara Melayu, Cina dan India), juga menarik untuk dikaji. Mungkin juga boleh gunakan methodologi yang digunakan oleh Hofstede ini (rujuk VSM survey form 08), dan kita tengok apa dapatan kajian nanti…..
Orait Tuan, sekadar berkongsi seposen dua pendapat..
hanafiah had an interesting article on ..Santai petang Ramadhan 1430
said on February 18th, 2010 at 12:48 pm
mantap…hahaha
said on February 18th, 2010 at 10:43 am
itulah kehidupan di 1 MALAYSIA kita yang sebenarnya..
said on February 18th, 2010 at 12:50 pm
realiti dan budaya masyarakat…hehehe