Manohara Odelia Pinot Akhirnya Di Saman RM105 juta

July 21st, 2009 | 9:38 am | Nasional | 1,763 views | 3 responses

Hari ini isu pertelingkahan di antara Tengku Temenggung Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Ismail Petra memasuki peringkat seterusnya apabila Tengku telah mengambil tindakan saman terhadap ibu mertuanya Daisy Fajarina yang dinamakan sebagai defendan pertama dan isterinya Manohara Odelia Pinot sebagai defendan kedua, sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar Harian Kosmo dan Sinar Harian. Jumlah saman yang dikenakan adalah sebanyak RM105 juta.

Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Ismail Petra mengemukakan saman dan menuntut ganti rugi sebanyak RM105 juta daripada isteri Manohara Odelia Pinot dan ibu mentua Daisy Fajarina (gambar kecil) kerana didakwa memfitnah dan merosakkan reputasi beliau dan keluarganya.

Writ saman itu difailkan peguamnya, Mohd. Haaziq Pillay di kaunter pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini pada pukul 9.20 pagi semalam. Di Indonesia, defendan kedua dan pertama didakwa mengadakan sidang akhbar bertujuan memfitnah dan memburukkan reputasi plaintif.

Kesemua sidang akhbar antara April dan Jun 2009 yang diadakan kedua-dua defendan itu didakwa mengeluarkan kata-kata umpatan dan fitnah yang kemudian diterbitkan oleh akhbar-akhbar di Indonesia dan di Malaysia. Perkataan-perkataan yang dikeluarkan defendan didakwa merujuk plaintif sebagai menyeksa, mendera secara seksual, menculik dan mengurung secara paksa serta menghentikan perhubungan antara defendan kedua dan pertama.

mano2copy

RM105 juta adalah jumlah yang banyak, dan kalau ditukarkan kepada matawang Indonesia Rupiah jumlahnya menjadi lebih kurang 2,978,920,841.68 Rupiah, dengan mengambilkira kadar tukaran matawang 1 MYR = 2,837.07 IDR. Soal mampu atau tidak kedua-dua defendan untuk membayar saman itu saya rasakan soal kedua, pada masa yang sama kalau tidak salah ada laporan mengatakan Daisy Fajarina masih lagi berhutang lebih kurang RM972,750 dengan Tengku Temenggong.

Apa yang pasti tindakan Tengku Temenggong adalah rasional dan mengikut lunas-lunas undang-undang sekurang-kurangnya bagi mengelak daripada kedua-dua defendan terus mengeluarkan kenyataan yang tidak dapat dipastikan kebenarannya. Manakala kedua-dua defendan juga pada masa yang sama turut menyatakan mereka mempunyai bukti yang boleh menyokong dakwaan mereka sebelum ini.

Masing-masing mempunyai pandangan dan pendapat tersendiri, tidak semua rakyat Indonesi menerima bulat-bulat cerita ini, ada juga di kalangan bloggers di Indonesia yang tidak sependapat dengan tindakan Daisy Fajarina dan Manohara dan mempersoalkan banyak tindakan kedua anak beranak tersebut yang boleh diragui serta motif sebenar tindakan mereka.

Dan saya pasti sudah banyak forum, blog dan laman web yang membicarakan hal ini dan anda sebagai pembaca yang mempunyai tahap pemikiran yang rasional mampu untuk menilai sejauh mana kebenaran dan hakikat sebenar kes ini.

Abouts

ambo

Personal site where I share ideas and opinions generally in society and humanity.Specifically focuses on human resources development, leadership, management, blogging tutorials and tips, home and global affairs, photography, gadgets, entertainment as well as paid reviews and advertorials in both English and Bahasa Melayu. Currently etomyam also registered as guest writer at inimajalah.com

 
 

Responses so far...(3)

  1. 1

    heheheh..macam2

  2. 2

    muko cantik perangai hudoh. mengabihkan boreh yo.

    • 3

      kalau umur 18 tahun semuanya cantik, kalau dah 81 tahun tak taulah camne ghupenye

Leave a Reply

Kongsikan post terbaru anda di sini