Mat Rempit : Satu Kajian

September 17th, 2009 | 1:25 am | Nasional | 1,554 views | 15 responses

Ini merupakan entry blog ini yang terakhir sebelum berangkat untuk pulang ke kampung halaman sempena cuti panjang menyambut kedatangan Syawal dan merayakan Aidil Fitri. Petang tadi semasa perbincangan dengan professor tiba-tiba saya terpandang notis temuduga untuk menjadi responden kepada kajian khusus mengenai Mat Rempit. Ya siapa tidak kenal Mat Rempit dan pada masa yang sama adakah mereka yang digelar Mat Rempit juga mengakui diri mereka sebagai perempit?

mat_rempit

Kajian Mat Rempit ini akan dilaksanakan di Jabatan Pembangunan Profesional Dan Pendidikan Lanjutan, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM). Dari bisik-bisik yang dapat di dengar, pihak Jabatan telah menerima ramai pencalonan daripada kalangan pelajar untuk menjadi responden kepada kajian ini sehingga terpaksa diadakan temuduga khas untuk memilih calon responden yang betul-betul layak.

Sesuatu yang menarik dan diharapkan hasil kajian ini dapat menyumbang kepada usaha Kerajaan untuk membendung isu Rempit di kalangan remaja khususnya remaja melayu.

..dan apa-apapun berdasarkan pengalaman yang lepas, musim perayaan ni lah musim mat rempit menjunjukkan kehebatan mereka di jalan-jalan yang penuh sesak di bandar-bandar, terutamanya bila tiba malam raya, entah apalah yang dicari oleh mereka ini sebenarnya.

email
myhome
 
ambo

Personal site where I share ideas and opinions generally in society and humanity.Specifically focuses on human resources development, leadership, management, blogging tutorials and tips, home and global affairs, photography, gadgets, entertainment as well as paid reviews and advertorials in both English and Bahasa Melayu. » contact here » Semak Ranking Blog Anda Disini

 
 

Responses so far...(15)

  1. 1

    mencari ajal namanya he..23x
    framestone had an interesting article on ..September 23rd..??

    • 2

      memang aku rasa tagline mat rempit ni…”KALAU DAH AJAL TAK KE MANA”..tu yang berani satu macam tu…huhuhu

  2. 3

    Assalamualaikum tuan, maaf saya tak tahu nak panggil apa (cuba juga check di ruangan portfolio )

    Saya singgah di sini selepas selesai saja bertandang ke blog waka dan Nabieel. Saya tertarik untuk mengetahu siapa orangnya disebalik tag “etomyam” itu..

    Tiba saja di sini saya terpaku. “Oh!…orang berpengalaman ni” Bisik hati saya.

    Melihat bagaiamana blog ini diurus dan saya tertarik untuk mengetahui siapakah gerangan pemiliknya.

    Salam perkenalan dari saya, moga kita boleh jadi kawan, insyaAllah kawan yang saling memberi manfaat.

    Dalam kesempatan ini, saya juga mengucapkan

    Selamat Menyambut Hari Raya

    Moga ia menjadi satu lagi moment indah bersama keluarga tercinta

    Oh ya, bilamana tuan ada kelapangan, jemputlah singgah di blog saya . Mohon tinggalkan komen juga, khususnya di ruangan “idea & impian”

    Selamat memandu pulang, insyaAllah selamat pergi dan kembali

    Singgah ye tuan, bilamana ada kelapangan

    Assalamulaikum

    Fathuri
    “diari seorang pemburu impian”

    http://www.fathuri.com
    http://www.fathuri.ws
    Fathuri had an interesting article on ..Cerita & impian Ramadhan 2009 (episod 26)

    • 4

      Terima kasih kerana sudi menziarah blog ini, salam kenal kembali dan selamat menyambut kedatangan Syawal. Semoga Aidil Fitri tahun ini merupakan yang terbaik untuk tuan. Insya Allah akan di lawati blog tuan dan akan ‘add’ dalam blogroll

  3. 5

    Opps..tertinggal…

    Saya suka dengan tagline ini,

    Confident in a humble way…

    rasanya ia, sudah memberikan sedikit info bagaimana karektor pemilik tagline hebat itu..

    Singgah ye tuan bilamana ada kelapangan dan tinggalkan komen di ruangan “idea & impian”

    Assalamualaikum
    Fathuri had an interesting article on ..Cerita & impian Ramadhan 2009 (episod 26)

    • 6

      tagline ni diambil daripada petikan ucapan YBhg Tan Sri Dr Zulkarnain Awang, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran pada masa ini, semasa beliau menjadi Pengarah INTAN pada tahun 2001….memang saya kagumi karekter beliau dan diantara amalan yang beliau lakukan adalah membaca satu mukasurat alquran setiap malam sebelum tidur..

  4. 7

    Time raya ni makin banyaklah mat-mat rempit. Sebenarnya daripada kajian juga rema yang terlibat dengan gejala ni kerana ibu bapa yang tidak pernah nak ambil tahu pasal kehidupan mereka. Mereka merasakan diri tidak disayangi dan hidup secara liar.
    Motivasi Kerja had an interesting article on ..Bekerja Untuk Memenuhi Keperluan Dan Kehendak

    • 8

      masalah mat rempit datang berpunca dari rumah juga sebenarnya…didikan ibu bapa terabai.

      saya tambah lagi..

      mat rempit terbahagi kepada dua golongan pd pendapat sy la..

      1) golongan minat motosikal. merempit secara profesional. tidak laju sesuka hati, atau secara melulu. beli motor bkn sbb nk berlumba.mereka juga bertimbang rasa di jln raya.paling penting tak buat kerja jahat.

      2) (inilah yg menjadi isu sekarang ni) golongan minat motosikal juga.tapi matlamat hidup jangka pendek. Keras kepala. pantang dicabar. hidup berpuak..jaringan sosial yang kecil. malu tak bertempat. mudah terpengaruh dgn aktiviti tak sihat.

      hehhe..itu je la sedikit pndapat.siapa yg pakai moto tak merempit? tgk kt federal tu..hari-hari merempit pegi kerja..hehe
      Syukran had an interesting article on ..Selamat Menyambut Hari Raya Puasa-Salam Aidilfitri

      • 9

        @Motivasi Kerja – memang tidak dinafikan anak-anak yang perlukan perhatian ibubapa akan memberontak bila gagal menerima perhatian tersebut.

        @Syukran – saya juga suka menunggang motosikal dan seronok menikmati suasana sekitar dengan bermotosikal.

        perkataan Mat rempit tu sendiripun perlu didefinisikan dengan jelas aupaya masyarakat tidak terkeliru. Betul kata tuan, tak kan orang yang hari-hari pegi khoje dengan motor dikategorikan sebagai mat rempit jugak…hehehe

  5. 10

    Nape cari mat rempit kat universiti? Nk cari mat rempit tegar, kene cari waktu malam kat jln raya.
    shahrul had an interesting article on ..Self Driving Car

    • 11

      Saya fikir pihak Universiti akan gunakan pelajar universiti untuk mendapatkan data dan maklumbalas daripada daripada mat rempit. So depa nilah yang kena turun padang utk buat interview….hehehe

  6. 12

    cmat pulang ke kg!

    • 13

      timo kasih….dah selamat tiba

  7. 14

    masalahnya skrg, yg bkn mat rempit pon di cop sbagai mat rempit jgk…janji muda dan naik motor…
    MyDailyBlog.Info had an interesting article on ..Menjana Trafik Yang Tinggi ?: Kuasakan Title Blog Anda

    • 15

      itulah pasal bro….sapa sebenarnya yang merempit pun sukar nak dikesan, orang bawak motor laju nak kejar punch card tempat kerja tidak wajar digelar mat rempit.
      begitu juga dengan mat despatch dan delivery boy…semuanya cari makan ikut tu….merempit jugak ke depa?…heheh

Leave a Reply