Minggu Yang Penuh Peristiwa
July 9th, 2009 | 8:58 am | Admin | 823 views | 7 responses
Blog ini sudah tidak dikemaskini lebih dari seminggu berikutan berlakunya banyak peristiwa besar yang mengekang masa dan ruang saya untuk menulis, mujur pada pagi ini mampu mencuri kesempatan untuk mencoretkan sedikit tulisan dan pada masa yang sama berkongsi sedikit pengalaman dengan pembaca yang sudi membaca.
Kepulangan Allahyarham ayahanda kepada Allah S.W.T pada Malam Jumaat 2 Julai 2009 menyebabkan semua urusan ditunda dan penumpuan diberikan sepenuhnya kepada urusan pengkebumian dan yang berkaitan dengannya. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan baik dan sebagai anak, apa yang terbaik buat masa ini adalah memperbanyakkan sumbangan ibadat dan sedekah pahala kepada Allahyarham ayahanda serta diiringi doa memohon kesejahteraan arwah.
Dalam melalui pengurusan jenazah banyak telah dipelajari dengan sendiri, dimana sebelum ini hanya belajar secara teori melalui pemerhatian dan juga pembacaan. Saat paling mengharukan dan terasa kehilangannya apabila membacakan surah-surah Al-Quran kepadanya, memandikan jenazahnya dan juga menurunkan jenazah ke liang lahad. Terasa seeolah-olah arwah masih bersama kami walaupun hakikatnya dia sudah pergi tidak akan kembali















said on January 1st, 1970 at 7:01 am
Shareen Zainalat 1:20pm on July 9th
said on January 1st, 1970 at 7:01 am
Salam sejahtera Jaz.Hope everything is fine!!
said on July 9th, 2009 at 1:07 am
Salam sejahtera Jaz.Hope everything is fine!!
said on July 9th, 2009 at 12:19 pm
Al-Fatihah buat ayahandamu.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya di tempat orang-orang beriman. Amin.
said on July 9th, 2009 at 12:07 pm
Semoga ayahanda Jaz tenang bersemadi di alam barzakh…
said on July 10th, 2009 at 12:10 pm
@zara : …insya Allah..amiin, terima kasih zara
said on July 10th, 2009 at 7:39 pm
Al-Fatihah