datakal hosting

Myjazmanie.com Masih Dalam Proses Penambahbaikan

Posted by etomyam on 31-07-2009 | 314 views so far | Posted in Admin, Blogging

1

Blog ini masih lagi dalam proses penambahbaikan theme dan layout yang sedang saya usahakan. hampir 2 jam saya menghabiskan masa mencuci kesemua invalid HTML markup dan invalid CSS yang terdapat dalam theme yang saya buat sendiri ini. Satu perkara yang saya sedari semasa melaksanakan proses pencucian tersebut, kebanyakan invalid HTML markup adalah disebabkan oleh sebahagian plugin dan banner-banner promosi yang disediakan oleh pihak ketiga. Sebagai contoh plugin Thumbnail for excerpt membawa kepada invalid HTML markup kerana mungkin pembuat plugin tersebut tidak memasukkan kod dan markup tertentu menyebabkan setiap thumbnail yang muncul dalam blog di anggap invalid.

wordpress

Begitu juga dengan penyedia-penyedia affiliate banner untuk produk atau perkhidmatan yang mereka sediakan, mereka membekalkan kod affiliate yang tidak mengikut standard HTML menyebabkan banyak invalid HTML markup timbul dalam sesebuah blog.

Setakat ini blog ini sudah dicucikan kesemua invalid HTML markup dan invalid CSS dan Alhamdulillah sudah ‘pass’ semuanya, kalau anda hendak cuba semak status HTML markup anda boleh cuba di button link WC3 yang terdapat di bahagian bawah blog ini.

 
 
 

Comments so far...(1)

  1. #1

    suri pun tengah belajar pasal “theme” ni..huhu,
    artikel terkini dari Suri: Si Yo-yo Yang Comel (Part II)

Write a comment