Orang Lama VS Budak Baru
Posted by etomyam on 11-08-2009 | 638 views so far | Posted in Admin, Nasional
4
Sekali-sekala keluar berjumpa kawan-kawan pejabat lama memberi peluang untuk mendengar pelbagai cerita sama ada lawak, serius, menjengkelkan mahupun menyeronokkan. Dan di antara cerita-cerita yang selalu di dengar adalah mengenai perbezaan di antara ‘orang lama dengan budak baru’, Maksudnya bagaimana pandangan sesetengah ‘orang lama’ terhadap ‘budak baru’. Dan di antara kawan-kawan saya itu ada yang sudah berumur melebihi 50 tahun dan ada pula yang berumur pertengahan 20-an dan pertembungan dua kelompok umur yang berbeza ini menimbulkan suatu topik perbualan yang agak menarik walaupun sudah beberapa kali dibualkan.
Topik yang dibincangkan adalah betapa beruntungnya ‘budak baru’ dalam sektor pekerjaan zaman sekarang, mengikut pandangan ‘orang lama’, keluar daripada Universiti sahaja dapat kerja dengan gaji sebesar RM1800 hingga Rm2500 sebulan, sedangkan pada zaman ‘orang lama’ memasuki alam pekerjaan 20 hingga 30 tahundahulu, gaji permulaan adalah dalam lingkungan RM700 sahaja sebulan. Sungguh jauh bezanya.
Dan tambah ‘orang lama’ lagi, dirinya tidak faham mengapa ‘budak baru’ sekarang masih merungut tidak cukup duit sedangkan kalau dibandingkan dengan zaman beliau dahulu, gaji beliau lagi sedikit. ‘Orang lama’ tersebut juga turut merungut dengan anaknya sendiri yang baru tamat universiti dan memulakan pekerjaan dengan gaji permulaan lebih kurang RM2,000 sebulan namun masih tidak cukup duit. Dan ‘orang lama’ juga katakan dirinya boleh ’survive’ dan mampu membina hidup dengan gaji permulaan lebih kurang RM700 sebulan sahaja pada masa itu.
Manakala ‘budak baru’ pula punyai justifikasi sendiri mengapa duitnya tidak cukup, habis aje universiti hutang PTPTN sudah pun menunggu, harga barangan juga sudah melambung naik. Zaman dahulu jalan berapa kerat sahaja yang ber’tol’ dan kalau bawa RM1 ke kedai sudah boleh membeli macam-macam, zaman sekarang RM1 hanya boleh buat beli surat khabar, tu pun yang tertentu sahaja, air teh segelas pun nyaris-nyaris lepas je. Dan zaman dahulu wang hantaran kahwin RM500 pun dah kira boleh, zaman sekarang RM10,000 pun belum tentu lagi.
Dan ‘orang lama’ dan ‘budak baru’ kedua-duanya bersetuju zaman sudah merubah segalanya, di zaman ‘orang lama’ motor kapcai baru boleh dibeli dengan 1 atau 2 kali gaji sahaja, zaman sekarang, motor 2nd bolehlah dengan mengumpul 2 kali gaji. Dan keduanya-duanya juga bersetuju nilai matawang sekarang sudah jatuh seiring dengan kenaikan harga barangan. Dan tidak dapat dibayangkan juga bagaimana nanti nasib anak kepada anak ‘orang lama’ atau anak-anak ‘budak baru’ akan memulakan karier mereka suatu masa nanti, mungkinkah gaji permulaan sudah meningkat menjadi RM5000, namun tidak tahu apa barang yang boleh dibeli dengan nilai sebanyak itu.
…kerana persetujuan dan permuakatan diantara ‘orang lama’ dan ‘budak baru’ tersebut sudahnya saya membayar minuman dan roti canai kosong mereka, dengan bayaran dan nilai matawang semasa.














August 12, 2009
Dalam hal ni, memang orang lama makan garam dulu. Tapi, garam mereka dulu lain, garam orang sekarang lain. Dulu garam kasar, sekarang garam dah halus. Haha. Maksudnya, tak leh nak bandingkan zaman dulu dengan zaman sekarang. Banyak bezanya. Tapi, actually, orang baru or orang muda ni, tak berapa pandai nak berjimat macam orang lama sebab kebanyakkanya bukak mata dah nampak kesenangan. Jarang yang hidup susah…
August 13, 2009
@Fatin Pauzi : ..hahaha betul dan tepat sekali pandangan fatin, Garam sekarang dah berlainan dengan garam dulu.
..dan betul jugak, zaman dulu mana ada komputer, handphone, gadgets etc, tu semua nak guna duit tu…
January 7, 2010
saya tersengih membaca entri ini. kerana perkataan ZAMAN itu memberi pelbagai gambaran. ingatkah lagi ayat standard yg berbunyi: zaman saya dulu bla bla bla, zaman sekarang bla bla bla. dah hampir 3 tahun saya mendengarnya. diungkapkan oleh ORANG LAMA.
January 7, 2010
..he3, dapat menangkap apa maksud ‘Zaman’ itu…..3 tahun tempoh yang penuh’kezamanan’..he3