Orang Yang Paling Celaka Di Bulan Ramadhan
August 23rd, 2009 | 2:07 am | Muslim | 3,898 views | 7 responses
Malam ini sudah sudah masuk malam kedua bulan Ramadhan 1430H dan suasana sesi solat Taraweh di surau kawasan kediaman penulis masih lagi meriah dan bersesak-sesak, kebetulan surau kecil tersebut merupakan tempat tumpuan mereka yang berkelana jauh dari negara masing-masing, maksudnya ramai pekerja asing dari Bangladesh, Indonesia, India dan sebagainya mengunjungi surau berkenaan untuk mendapat keberkatan sepanjang bulan penuh rahmat dan ganjaran ini.
Blog ini juga sudah tidak sempat dikemaskini berikutan penulis terpaksa menumpukan perhatian kepada urusan-urusan lain, penulis juga sedar jumlah pelawat ke domain ini meningkat dengan mendadak sehingga mencecah 950 pengunjung sedangkan sebelum ini purata pelawat sehari adalah lebih kurang 400 pelawat sahaja. Faktor utama yang dikenalpasti adalah disebabkan beberapa ‘entry’ di blog ini yang boleh dianggap menarik perhatian ‘trafik’ iaitu berkaitan ‘muat turun lagu raya’ , ‘muat turun MP3 Al-Quran’ dan juga ‘senarai buffet dan promosi buka puasa’.
Tertarik dengan terjemahan hadis dari seorang pelajar tahfiz yang di ‘kontrak’kan sebulan menjadi imam di surau terlibat sebelum teraweh bermula malam tadi mengenai golongan yang celaka di bulan Ramadhan ini. Siapa agaknya yang sungguh malang dan mendapat kecelakaan di bulan Ramadhan ini. lebih kurang beginilah :
Dari Ubadah bin Ash-Shamit, bahwa Rasulullah saw (pada suatu hari, ketika Ramadhan telah tiba) bersabda: “Ramadhan telah datang kepada kamu, bulan yang penuh berkah, pada bulan itu Allah swt memberikan naungan-Nya kepada kamu. Dia turunkan Rahmat-Nya, Dia hapuskan kesalahan-kesalahan , dan Dia kabulkan do’a. pada bulan itu Allah swt akan melihat kamu berlumba melakukan kebaikan. Para malaikat berbangga dengan kamu, dan perlihatkanlah kebaikan diri kamu kepada Allah. Sesungguhnya orang yang celaka adalah orang yang pada bulan itu tidak mendapat Rahmat Allah swt”. (HR At-Thabarani).”
Maknanya seorang Muslim itu sungguh rugi dan mendapat kecelakaan sekiranya sepanjang bulan Ramadhan berlalu namun dia gagal mendapat rahmat daripada Allah S.W.T, mungkin disebabkan masih tidak berubah dari terus melakukan maksiat dan kemungkaran serta tidak tidan berusaha untuk menggunakan kesempatan bulan yang mulia ini.
Semoga Ramadhan tahun ini menjadi Ramadhan paling berharga dan mendapat ganjaran sepenuhnya daripada Allah S.W.T.




















said on August 23rd, 2009 at 2:36 am
Na’uzubillah… Semoga dijauhkan…
said on August 23rd, 2009 at 11:06 am
selamat bpuasa & menunaikan ibadah!~
said on August 25th, 2009 at 7:46 am
Semoga kita dapat menghayati ramadhan dengan sepenuhnya..
said on August 25th, 2009 at 8:56 am
@ZakiNawawi : Insya Allah
said on August 25th, 2009 at 8:57 am
@Fatin Pauzi : semoga kita diselamatkan
@chentaMAYA : ..selamat berpuasa kpd anda jua
said on August 25th, 2009 at 2:03 pm
Jgn jadi celaka walau dlm apa perkara pun..hmm..
Mintak dijauhkan dari kecelakaan..amin..
said on August 25th, 2009 at 2:53 pm
@ALoNa : itulah, minta dijauhkan dari emndapat kecelakaan…