Perjalanan Baru Bermula dan Masih Jauh
September 23rd, 2009 | 2:05 am | Admin | 857 views | 7 responses
Sudah masuk hari ketiga umat Islam menyambut kedatangan syawal. Kemeriahan Aidilfitri masih lagi terasa dan saluran televisyen masih lagi berebut-rebut menarik perhatian penonton dengan pelbagai siri nyanyian hari raya oleh pelbagai artis sehingga kadangkala terfikir difikiran adakah sambutan hari raya secara realitinya memerlukan sebegitu banyak acara nyanyian. Ironinya lagi kebanyakan lagu yang dinyanyikan adalah lagu-lagu lama, seolah-olah menunjukkan generasi baru sudah ketandusan idea untuk mencipta lagu raya yang boleh menjadi ‘evergreen’. Bunyinya macam agak konservatif namun itulah yang bermain dalam fikiran setiap kali terserempak dengan siaran hiburan nyanyian raya.
Hakikatnya Aidilfitri sudah berlalu dan perjalanan dan tugasan selepas ‘raya’ begitu banyak menunggu. Cuti masih berbaki namun fikiran sudah mula hendak kusut memikirkan tugasan dan arahan yang perlu disiapkan dalam masa terdekat. Perjalanan selepas cuti baru bermula dan masih jauh untuk diselesaikan.
Harapnya cuti raya yang panjang memberi semangat dan motivasi untuk meneruskan perjuangan yang entah bila akan selesai, walaupun sudah nampak penghujungnya, namun tidak tahu bila akan sampai kepenghujungnya.




















said on September 23rd, 2009 at 10:16 am
gamaknya…
kne tgu time bersara la ek….
framestone had an interesting article on ..Kembali BerBlog
said on September 23rd, 2009 at 11:33 pm
bersara awal atau bersara pilihan….
said on September 25th, 2009 at 10:21 pm
tertarik dengan isu yang di postkan n so glad to see ramai yang dah pulang beraya
.Samalah kita..otak dah berada kat report2 yg nak disemak
maaf sbb menyibuk
Kalau tak,terasa macam sorang je penghuni kat dunia blog ni.
Rasanya siaran tv banyak lagu lama untuk tunjuk sokongan terhadap lagu2 lama yang evergreen. Lagipun, dah berapa tahun kita tgk ada saja yang complaint kat akhbar yang kata muda mudi tak gerak raya kerana rancangan tv semua best. So.. this is trying to get others to ‘beraya’ while leaving others not to be bored. And.. tak payah pasang k7 or CD, buka je tv dah ada lagu raya
said on September 26th, 2009 at 1:37 pm
awalnya dah start ber’blogging’ …masih belum terlambat ucap Selamat Hari Raya
said on September 25th, 2009 at 10:25 pm
..bersara awal: tak bosan ke nanti?
unless dah ada planning lain untuk business
atau.. duduk surau belajar agama
said on September 26th, 2009 at 1:41 pm
..bersara awal utk buat personal activities yang memang diminati..ilmu agama kena sentiasa belajar dari sekarang, tak leh tunggu bila pencen…susah nak masuk nanti hehehe
said on September 26th, 2009 at 7:43 pm
Selamat Hari Raya..again