Petanda Awal Dah Nak Raya

August 17th, 2009 | 9:44 pm | Admin | 2,264 views | 3 responses

Tinggal beberapa hari sahaja lagi umat Islam melalui bulan Syaaban dan akan memasuki bulan yang paling ditunggu-tunggu oleh semua Muslimin, sama ada untuk tujuan berbuat ibadah mahupun untuk lain-lain tujuan duniawi seperti meniaga dan menukar perabot rumah. Memang benarlah sebagaimana yang dijelaskan oleh Islam, bulan Ramadhan dilimpahi penuh rahmah dan keberkatan daripada Allah S.W.T kepada semua makhluknya. Yang mencari ibadah dan keredhaan akan memperolehi nya, yang mencari laba duniawi akan jugak memperolehinya, malahan yang sudah mati pun turut mendapat faedah dalam bulan ini dimana siksa kubur dihentikan dan pintu neraka ditutup.

blog_statistic

Bulan Ramadhan merupakan masa untuk semua orang mencari duit, ada orang mencari duit untuk diperabihkan masa raya, ada orang yang meniaga dan untung berlipat-lipat kali ganda masa bulan Ramadhan, artis juga mendapat faedah dengan bayak jemputan dan show. Pendek kata semuanya berlipat ganda di bulan puasa ini.

Dan diantara tanda-tanda awal puasa dah nak mula dan raya akan tiba kita boleh lihat bila pekedai sibuk jual buah kurma, bekalan gula tiba-tiba saja jadi tidak cukup dan sebagainya. Dan dari perspektif dunia internet dan blog pula, kita akan dapat rasakan juga banyaknya limpahan e-card ramadhan dan juga sibuknya aktiv iti muat turun lagu-lagu raya.

Hari ini sahaja domain ini telah dikunjungi lebih 575 pelawat, dan apa yang pasti, selain daripada mencari maklumat dan info mengenai H1N1, domain ini dikunjungi kerana pelawat mencari lagu-lagu raya untuk di muat turun. walau apa pun, selamat menyambut Ramadhan kepada semua

Abouts

ambo

Personal site where I share ideas and opinions generally in society and humanity.Specifically focuses on human resources development, leadership, management, blogging tutorials and tips, home and global affairs, photography, gadgets, entertainment as well as paid reviews and advertorials in both English and Bahasa Melayu. Currently etomyam also registered as guest writer at inimajalah.com

 
 

Responses so far...(3)

  1. 1

    apo bro ramadan tak buek lgi nak rayo ni

  2. 2

    RAMADHAN KAREEM.
    Selamat berpuasa.
    Inilah masanya untuk menjadi lebih ‘positif’.

  3. 3

    perkara yang sama akan berulang setiap kali musim perayaan :)
    artikel terkini dari sangilapi: salam perkenalan

Leave a Reply

Kongsikan post terbaru anda di sini