Raja Pop Michael Jackson Meninggal Dunia
June 26th, 2009 | 10:26 am | Global, Hiburan | 1,343 views | 1 response
Liputan berita dari msnbc melaporkan kematian Raja Pop dunia, Michael Jackson (1958-2009) yang telah meninggal dunia pada usia 50 tahun, Michael dikatakan mati di UCLA Medical Center, Los Angeles. Micheal atau dikenali dengan Jacko, disahakan meinggal dunia jam 2.26 pagi waktu tempatan selepas tiba di Hospital Los Angeles, menurut koroner daerah, Fred Corral. Bagaimanapun, katanya punca kematiannya belum disahkan lagi tetapi dikaitkan dengan kegagalan jantungnya. Sebelum ini, media Amerika Syarikat melaporkan bahawa Micheal kini sedang sakit dan dirawat di rumahnya.
Dikenali sebagai Raja Pop dengan kemunculan album hit, “Thriller” dan “Billie Jean,” Micheal dikenali dengan mencipta gaya menari unik menggunakan sarung tangan putih sehingga digilai dan diikuti jutaan peminatnya di seluruh dunia. Beliau bertanggungjawab mengtranformasikan nyanyian dan tarian ke dalam musik video sehingga jualan albumnya mencecah 750 juta unit dengan menggondol 13 Anugerah Grammy.

Beliau sehingga kini menjadi salah seorang penghibur paling berjaya sepanjang hayat.Namun, reputasi Micheal tercalar selepas dikaitkan dengan minatnya berkawan dan bermesra dengan kanak-kanak sehingga diheret ke mahkamah pada 2005, selain penampilan dirinya yang dikaitkan dengan pembedahan plastik. Beliau juga turut dikatakan telah memeluk agama Islam namun tidak dapat dipastikan dengan jelas kenyataan tersebut.
Walau apapun saya memang belajar mengenali muzik di zaman kegemilangan Michael Jackson sekitar tahun 80-an dahulu, masa tu kita baru di sekolah rendah dan kemunculan Michael dengan lagu Billie Jean, Beat It dan Thriller serta video klip yang hebat dan juga jaket kulit merah cukup membuat kami budak-budak teruja.
Pengaruh lagu Michael juga membuatkan saya meminati untuk belajar Bahasa Inggeris kerana hendak mengetahui makna dalam lirik yang di sampaikan dan dek kerana minat tersebut jugalah saya mampu menggunakan Bahasa Inggeris dengan agak baik walaupun tidak ke tahap cemerlang. Bagi saya itu merupakan sumbangan kepada pembelajaran Bahasa Inggeris saya. Pemergian Michael Jackson merupakan satu kehilangan yang tiada gantinya dalam industri muzik pop.
















said on June 26th, 2009 at 11:06 am
dengar farah fawcet yg main 6 mill dollar man pun dah kematian tapi tak ade berita pulak!