Rogol, Bunuh Dan Bunuh Diri..Semuanya Dalam Satu Masa

August 10th, 2009 | 9:28 am | Nasional | 1,600 views | 5 responses

Sedikit terkejut (sedikit kerana sudah berpuluh-puluh cerita sebelum ini, mungkin juga sudah lali) dengan berita yang didedahkan oleh Harian Metro hari ni mengenai bagaimana seorang bapa tiri telah melakukan 3 tiga dosa besar serentak dalam beberapa ketika sahaja dan jugak menempah ‘tiket’ yang tidak elok untuk mengakhiri kehidupannya sebagai seorang insan. Bapa tiri tersebut dilaporkan merogol anak tiri sendiri yang berusia 15 tahun, kemudian apabila menyedari perbuatan diketahui menikam pula anak malang tersebut bertubi-tubi sehingga anak berkenaan berada dalam keadaan koma, lalu membuat keputusan yang paling aib iaitu meminum asid untuk membunuh diri sendiri.

jail

Berita lengkap seperti yang dilaporkan oleh harian Metro pada 10 Ogos 2009:

GUA MUSANG: Panik selepas perbuatannya memperkosa anak tiri terbongkar, seorang lelaki cuba membunuh remaja berusia 15 tahun itu dengan menikam dan menyimbah asid sebelum dia sendiri meneguk asid terbabit dan mati di tempat kejadian. Dalam kejadian jam 10.30 pagi semalam, lelaki berusia 50-an berkenaan membawa anak tirinya ke sebuah ladang getah di Kampung Aring Enam selepas keluar dari rumah mereka di Kampung Aring Satu dengan alasan mahu membawanya bersiar-siar di bandar.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Aziz Hassan, berkata apabila tiba di ladang terbabit, lelaki bernafsu syaitan itu merogol anak tirinya itu. “Remaja itu yang terkejut dengan perbuatan bapa tirinya merintih serta merayu supaya tidak diperlakukan sedemikian dan jeritannya didengari beberapa penduduk yang kebetulan berada berhampiran ladang getah berkenaan. Aziz berkata, lelaki itu kemudian meminum asid terbabit menyebabkan dia menggelupur dan mati di tempat kejadian. “Penduduk kampung memberi bantuan kepada remaja berkenaan dan menemui mayat lelaki itu tidak jauh dari tempat kejadian sebelum melaporkannya kepada polis,” katanya.

Aziz berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian sebelum menemui mayat lelaki terbabit terbujur di ladang getah berkenaan, manakala anak tirinya yang cedera parah dihantar ke Pusat Kesihatan Bandar Ciku untuk rawatan. Katanya, remaja terbabit yang dalam keadaan kritikal kemudian dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab Dua (HRPZII) Kota Bharu untuk mendapat rawatan lanjut. Mayat lelaki berkenaan pula dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk dikebumikan.

Lengkap, memang lengkap pelakuan jenayah si bapa tiri ini, rogol, bunuh (walaupun mangsa masih hidup) dan bunuh diri. Tindakan spontan untuk bunuh diri ditengah-tengah kekalutan situasi masa tersebut mungkin diilhamkan atau dibisikkan oleh syaitan yang sudah memanipulasi setiap pergerakan insan tersebut sehinggakan tiada lagi kewarasan dan nilai keimanan dalam diri. Bukankah umum sudah mengetahui bunuh diri merupakan dosa besar dan dijanjikan balasan neraka selama-lamanya seperti yang telah diperingatkan oleh Islam.

…dan saya percaya selepas ini akan ada lagi cerita seumpama ini akan berlaku dalam masyarakat kita, bukan berpandangan negatif namun hakikatnya itulah yang berlaku dari masa ke semasa….semoga dijauhi.

email
myhome
 
ambo

Personal site where I share ideas and opinions generally in society and humanity.Specifically focuses on human resources development, leadership, management, blogging tutorials and tips, home and global affairs, photography, gadgets, entertainment as well as paid reviews and advertorials in both English and Bahasa Melayu. » contact here » Semak Ranking Blog Anda Disini

 
 

Responses so far...(5)

  1. 1

    Jaz…memang lengkap package dia…memang syaitan telah merasuk diri dan pemikiran lelaki itu sehingga lupa adanya hidup sesudah mati. By the way, lelaki itu beragama Islam ke?

  2. 2

    Macam2 skrg ni.. bahaya ade dmana2…. kne sentiasa berwaspada.. takut betul dgr bab2 rogol nih!!1

  3. 3

    gini lah jadi nye kalau xde iman…

  4. 4

    Begitulah jadinya bila berajakan nafsu. Seorang imam kampung pun boleh tewas dan rogol budak umor 5 tahun. I never judge a book by it’s cover girl…

  5. 5

    @Tirana : ..tidak pasti dan tidak disebutkan pula dalam akhbar..

    @kasim patalan : …w’salam, manusia berfikiran haiwan

    @Fatin Pauzi : ..ha ah, semakin sukar diramalkan

Leave a Reply