Saujana Putra, Bila Agaknya Siap?
May 30th, 2009 | 11:32 am | Nasional, Pengurusan | 2,095 views | 13 responses
Tarikh 1 Jun 2009 ini akan genap 4 tahun projek perumahan Fasa 3A, Rumah teres Saujana Putra, Mukim Tanjong, Daerah Kuala Langat, Selangor yang isteri saya beli terbengkalai. Kalau berdasarkan tarikh dalam perjanjian sewa beli (S&P) yang ditandatangani pada 1 Jun 2003, rumah tersebut sepatutnya diserahkan oleh pihak pemajuĀ kepada pembeli selewat-lewatnya pada 1 Jun 2005, namun proses pembinaan rumah tersebut telah terhenti pada tahap 65% sahaja, dan kalau berdasarkan pemerhatian di tapak projek tersebut, tidak ada idea bila pulak agaknya kerja-kerja aka di sambung semula.

Pada peringkat awal pembelian rumah ini, semuanya berjalan dengan lancar dan baik, pembeli juga pada awalnya tertarik dengan lokasi Bandar Saujana Putra yang terletak bersebelahan dengan lebuhraya ELITE dan berhampiran dengan bandar-bandar besar seperti Putrajaya, Shah Alam, Subang dan juga pertengahn jalan ke KLIA.

Kerja-kerja pembinaan telah terhenti terus dan terdapat banyak cerita yang mengaitkan perberhentian projek ini. Semasa dalam proses pembinaan saya sempat bertanya kepada pekerja Indonesi yang membina rumah tersebut di mana dia memaklumkan sudah beberapa bulan dia tidak menerima gaji.

Pembeli juga sudah tidak terdaya lagi hendak menghubungi pihak pemaju dan di pihak pemaju sendiri juga sudah tidak terdaya hendak memberi pelbagai penerangan kepada pembeli. Lalang telah tinggi tapi kerja belum dimulakan lagi.

Sungguh sayang, lokasi fasa 3A ini amat menarik dan amat nyaman dan berangin, agak terkebelakang sedikit berbanding fasa-fasa lain dalam Bandar Saujana Putra.

Lot tanah bersaiz 20′ x 70′ ini menyediakan ruang lapang yang luas di belakang rumah dan pembeli boleh menambah binaan berdsarkan keperluan masing-masing, namun apakan daya sudah 4 tahun terhenti, Pembeli hanya mampu berharap sesuatu kebaikan akan berlaku.
Pinjaman bank sudah lama di potong bulanan siap dengan kadar faedahnya sekali, pada masa yang sama pembeli juga menanggung kos sewa rumah semasa, dengan kadar inflasi dan kos sara hidup yang meningkat sudah tentu pembeli akan merasa tekanan kewangan.
Dalam lawatan kali terakhir lebih 3 minggu lepas, saya sempat berbual dengan pengawal keselamatan yang di upah pemaju mengawal kawasan tersebut dan dia juga tidak mempunyai maklumat bila projek perumahan ini akan di sambung semula, tapi katanya akan ada kerja-kerja pembinaan semula itu, cuma tidak tahu bila.

Peta lokasi projek Saujana Putra yang tergendala berdasarkan imej dari Google Earth. Pada masa ini sudah ada satu exit dan flyover di lebuhraya Elite untuk masuk ke kawasan Bandar Saujana Putra, dan exit/flyover kedua juga sedang dibina untuk mengubungkan Bandar Saujana Putra terus ke Putrajaya. Adalah sesuatu yang merugikan kepada pembeli sekiranya projek perumahan ini tidak dapat disempurnakan dalam masa terdekat.



















said on May 30th, 2009 at 2:10 pm
Memang naya sungguh sapa yang dah bayar dulu.. Kena bayar balik kat bank 20 tahun, tapi aset takda..
said on May 30th, 2009 at 2:43 pm
@Zairul : …tu lah bro, apa yang dibuat merayu kepada end financier di kurangkan ansuran bulanan..tu pun kalau dipersetujui…
said on June 1st, 2009 at 2:28 pm
Memang banyak sungguh projek rumah terbengkalai yang tak de penyelesaianya sampai la skang….kesian betul kepada mangsa2x yang tak bersalah…
said on June 1st, 2009 at 5:39 pm
@hazman aka species1980 : tulah pasal….kes macam ni bukan baru…sejak dulu2 lagi sampai sekarang masih dok ada lagi…
said on January 20th, 2010 at 12:43 am
nanti tok kasan kasi swing toke pemaju rumah ni pasal naya pembeli umah saujana ni harap tahun 2010 rumah tu siap
said on March 4th, 2010 at 4:40 pm
Sila rujuk
http://groups.google.com/group/bandar-saujana-putra?lnk=
said on June 14th, 2010 at 12:30 am
tulah… td baru servey area bandar saujana putra… igtkan nak beli umah kat situ tp…. keadaan persekitarannya tidak mengizinkan. selain banyak rumah terbengkalai… jalan2 raya pun tidak berturap n ada rumah yg siap untuk diduduki ttp tiada penghuni yg berpindah ke kawasan trsbt…. napa jd mcm tu sekali yer…..
said on June 30th, 2010 at 11:54 pm
memang sakit kalau terkena macam ni…kalau ikut pengalaman lalu,MK Land kalau jual rumah,buat sehingga siap baru jual…mungkin antara pemaju yang rekodnya cemerlang
artikel terkini dari sangilapi: tradisi tukang kasut
said on July 1st, 2010 at 12:01 am
sudah habis la kita punya lumba, hohoho
artikel terkini dari mijie: Cara memasang plugin Akismet untuk pengguna blog wordpress
said on July 1st, 2010 at 12:05 am
kahkahkah…hampeh punya streamyx !…hujung bulan depan kita ramai-ramai lumba
nasib baik tak kena motong dengan hafizmd
artikel terkini dari sangilapi: tradisi tukang kasut
said on July 1st, 2010 at 12:08 am
sabar bro, bulan lepas maxis, ini bulan bro pula…hahahah hafizmd pun rancak tadi, hehehe
kita lumba start hari ni lah…haahah bulan depan maybe aku busy
artikel terkini dari mijie: Cara memasang plugin Akismet untuk pengguna blog wordpress
said on July 1st, 2010 at 12:00 am
skrg ni kawasan tu tgh dibangunkan dan terdapat jalan2 baru menghubungkan putrajaya, jalan dari elite pun tak lama lagi buka la tu
artikel terkini dari mijie: Cara memasang plugin Akismet untuk pengguna blog wordpress
said on July 1st, 2010 at 12:14 am
sayang si pemaju buat perangai pulak! tak tepat janji