Selamat Hari Guru…Kenapa Aku Di Buang Hostel?

May 16th, 2009 | 1:18 am | Akademik, Melayu, Nasional | 2,919 views | 17 responses

Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (laporan Razak) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Tahun 2009 ini tema yang digunakan adalah “Guru Pembina Negara Bangsa”.

hariguru2009

Bila cerita pasal hari guru aku rasa tersentuh sikit dengan kenangan bersama seorang ‘Ustaz M’ masa aku sekolah menengah form 3 pada tahun 1989 dulu. Sampai sekarang aku masih lagi rasa ‘ngilu’ sikit2 dengan Ustaz M ni. Alkisahnya memanglah masa umur 15 tahun jiwa remaja tengah bergelora, zaman rock kapak habis, pulak tu kawan dengan kawan-kawan yang agak ‘nakal’ (tapi takderlah senakal bebudak sekolah zamanĀ  serba canggih ni. Ustaz M pulak pada masa tu warden Asrama.

Memang diakui aku sudah hisap rokok sejak umur 14 tahun lagi, kes pengaruh kawan-kawan, tapi sepanjang penglibatan aku dalam aktiviti hisap rokok ni aku tak pernah hisap dalam kawasan sekolah mahupun asrama, semuanya di buat di luar kawasan he he. Dan atas kes hisap rokok jugalah aku telah dibuang asrama pada 1990, so kena la berulang alik naik bas tiap-tiap hari gi sekolah. tapi best jugak..hari-hari layan bas.

Cumanya yang terkilan adalah aku tak pernah di tangkap ‘red-handed’ masa isap rokok oleh Ustaz M. Ustaz M hanya dapat maklumat yang aku hisap rokok setelah dia menangkap sorang budak (bukan kawan pun, kenal gitu-gitu je) yang tengah hisap rokok dan budak tu pulak pernah hisap rokok sama dengan aku di bandar. Ntah apa ke masalahnya budak tu rajin pulak bagi nama aku sebagai geng isap rokok dia, aku rasa budak nama A ni memang gelabah bila kena tekan dek Ustaz M, takut kena rotan di baginya nama aku.

Aku sedar benda ni pun bila dah masuk form 4, bila dapat surat yg ngatakan aku tak dapat dok asrama. sedangkan aku tidak pernah kantoi oleh sesiapapun, dan aku juga tidak pernah dipanggil atau disoal siasat oleh Ustaz M atas laporan hisap rokok tu. Betul ke tindakan Ustaz M buat macam tu, “hak untuk di dengar” memang tiada. So tak pelah Alhamdulillah result SRP ok sikit so dapat la aku pindah ke sekolah lain.

Sejak tukar sekolah sampailah masuk Universiti aku tak pernah jumpa Ustaz M, sehinggalah satu hari semasa tahun akhir pengajian sarjana muda aku pada tahun 1998, ada member sekolah lama dulu ajak minum di cafe dalam universiti dan masa tu terserempak dengan Ustaz M. Mungkin dia ada hal kot kat universiti tu. So kawan aku ajak aku minum sama dengan Ustaz M, aku pun dengan niat ikhlas nak jumpa bekas guru pergilah untuk menyapa Ustaz M.

Perkataan pertama yang keluar dari mulut Ustaz M bila tengok muka aku adalah “hoh, jadi orang jugak kamu ni ya…..”, terkedu aku dengan ucapan manis dari Ustaz M tu, aku senyum sahaja tapi dalam hati nafsu amarah aku jawab..”habis, ko ingat aku nak jadi apa? engkau jugak yang buang aku dari hostel dulu tanpa usul periksa sampai aku kena naik bas dekat 4 bulan tiap-tiap hari”. hu hu hu. Sapaan manis UstazĀ  M tadi membuatkan selera aku nak minum terbantut dan aku terus cakap kat member sorang lagi, tak perlah, you all sembang-sembanglah, aku ada hal kejap dan terus belah.

Sampai sekarang aku dah tak jumpa mahupun dengar cerita Ustaz M tu, ntah ada lagi ke tidak, kalau masa tu umur dia dah dekat 40, sekarang ni mungkin dah 60 lebih kot. Aku boleh ingat semua nama guru yang pernah aku menuntut ilmu, aku tidak kisah malahan pernah ditampar oleh guru kerana tidak dapat jawab soalan matematik dengan tepat. Tak apa, aku boleh terima tindakan guru itu dan aku berterima kasih kerana tamparan tersebut jugak membuatkan aku pandai la jugak dalam subjek matematik.

Tetapi tindakan Ustaz M ni lain pulak rasanya, terasan ngilu, geram dan sedih taktala teringat mukanye yang selamber ajer sound aku masa tu. Mungkin Ustaz M rasakan itulah keputusan dan tindakan terbaik yang dia perlu lakukan pada masa itu. Mungkin juga bagi Ustaz M kes hisap rokok di luar kawasan sekolah merupakan kes serius yang perlu ditangani dengan cara begitu. Terpulanglah Ustaz M, sudah tentu Ustaz M telah diberi kursus dan pendedahan bagaimana menangani disiplin pelajar, semoga ustaz terus membantu mendidik anak-anak dan generasi negara ke arah kecemerlangan.

Sempena sambutan hari guru 2009 ini juga aku nak ucapakan terima kasih kepada semua guru aku (termasuk ustaz M) yang pernah mengajar aku walau 3 ayat sahaja, jasamu tetap dikenang dan tanpa guru siapalah aku dan juga pesanan untuk para ibubapa khususnya yang selalu sahaja heboh mengatakan guru tidak betul dan sebagainya, tanggungjawab sebenar mendidik anak adalah ditangan ibubapa, bukannya guru, guru hanya membimbing, ajaran sebenar sepatutnya bermula dari rumah.

Hayati dengan teliti lirik lagu tema sambutan hari guru bagi tahun 2009 ini semoga kita menghargai jasa guru yang mengajar kita dari situasi yang tidak tahu kepada situasi yang tahu.

Guru Pembina Negara Bangsa

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Selamat Hari Guru, ingatkah lagi anda sekurang-kurangnya 10 orang nama guru yang telah mengajar anda?

Abouts

ambo

Personal site where I share ideas and opinions generally in society and humanity.Specifically focuses on human resources development, leadership, management, blogging tutorials and tips, home and global affairs, photography, gadgets, entertainment as well as paid reviews and advertorials in both English and Bahasa Melayu. Currently etomyam also registered as guest writer at inimajalah.com

 
 

Responses so far...(17)

  1. 1

    adusss gu…bc cerite demo nih, teringat kisah2 kawe time sekolah lu…3 buah sekolah menengah, 2 kena gantung sekolah+buang hostel, 1 kena gantung sekolah n hostel (kisas)…ayat ustaz 'M' bg kat demo tu sama lah dgn ustaz 'L' bg kat ayah kawe time dia terserempak ngan ayah kawe kat pasar n ty kawe duk mano lerning…iskh, kalu duk dpn pc nih, boleh bercerita pengalaman2 kat sekolah lu…

  2. 2

    very touching lah Jaz..I terpaksa pakai cermin mata (maklum rabun dekat)untuk mengamati cerita u ni..Pegalaman masa sekolah memang tidak dapat dilupakan…esp masa time i dulu kurang memahami maksud hari guru yg sebenarnya tetapi for these days aft my son pergi sekolah n setiap menyambut hari guru my son always remind me to buy something for his teacher..hampir nak menangis lah bila tulis nie..hu..hu..WELL!!SELAMAT HARI GURU UNTUK SEMUA YG BERGELAR GURU ,CIKGU ATAU SEBAGAINYA WALAU DIMANA ANDA BERADA..MSIA ,SPORE,INDONESIA DAN SELURUH DUNIA….

  3. 3

    Bujoe..he he..demo senasib ngan kawe jugak ek?..tulah bakpo lah ostaz punya tanggapan gitu kat anak murid dia ek….ha ha ha

  4. 4

    Shareen..tu lah pasal…kadang sungguh sedih ngan parent yg beria2 salahkan cikgu dan serang cikgu2, siap war-warkan dalam paper lagi….I pun anak dah siap pesan kena beli 5 hadiah untuk 5 cikgunya he he he…..

  5. 5

    Ni apa punya uztaz ni.. Hukum tanpa soal selidik . Mengingatkan aku pada seorg ternama yg jugak nama nya setat huruf M.

  6. 6

    tu lah pasal…terkedu ayah kawe…sian kat ayah kawe gara2 kawe punye hal…pah ko lornning ayah kawe ingat ayat tu…1'st kawe keno lu time form 2 (1988)…maso tu duk asrama luar…ustaz 'L' wak spotcheck, n tangkap lah sorang mamat tengoh isap rokok…ustaz 'L' ty sape lg…mamat tu pi habaq kawe…keno plk time tu kawe cabut hostel gi bandar…2 kes lah jd nyer…apehal lah mamat tu gi bg tahu kawe padahal dia tu bkn klik kawe pung, buleh bilang brp kali jer isap rokok ngan dia…berani buat tp xberani tanggung…hampeh…

  7. 7

    aiseh…Ustaz M tu pn slh gak ye..tp, mse g perak aritu, sy tny sorang2 apa mslh dorang xmo belajar, slh 1 fktornya adlh sikap cikgu tu sndri yg smbil lewa dll..cekgu skrg ni ada yg melepaskn batuk d tangga je..kesian…padahal tggjwb dorang tu bsr..sebesar ganjaran yg ditawarkan oleh Tuhan kan~

  8. 8

    ustaz 'M' n ustaz 'L' tu mangsa keadaan jer…huahua…anyway, selamat hari guru n terima kasih untuk mereka semua…

  9. 9

    Azizul….mungkin itulah keputusan terbaik masa itu….keramat nama mula dgn huruf M ni ek he he

  10. 10

    Bujoe..ha ha tulah perangai budak sekolah yg rasa nak jadi hero….bila kantoi sibuk cari orang lain utk terima balasan mcm dia…adeeei….tu yg kawan mula syak bakpo lah budak ni baik pelik ngan kawe…rupa2nya ada hal wakaka

  11. 11

    Iliana……mungkin jugag ni kes terpencil …..secara keseluruhan semua cikgu adalah komited dan dedikasi, cuma bila campurtangan luar esp parents yang terlebih pandai sebabkan cikgu malas nak layan….satu personal observation saya aje

  12. 12

    hohoho…tp mamat tu pindoh sekolah maso form 3…takut keno te di kawe kot coz sebelum tu gomo nge kawe doh lu tp pasal kes lain…patoh tange dio…he3…ado pernoh jupo mula nge dio tp okay dah lar…zame budok2 dok mayyiz…

  13. 13

    sori bro baru dapat bc…sy pun ader kes pasal asrama ni..sy difitnah oleh exco2 asrama… ustaz tu nama apa ek… lupa.. kes ni dh jadi kes yang melibatkan istana (sbb my bapak ader kaitan dgn org istana) apa lagi ustaz tu diberi kata dua, nak terus mengajar kat situ or nak tukar ke kaw ulu (pedalaman) … dgn penuh egonya ustaz tu menerima keputusan itu. tp lps tamat belajar kat sana… dgn takdir Allah.. ustaz tu tlh btembung dgn sy dan exco… secara serentak… ustaz tu tkejut tgk penampilan sy dan exco tu… jauh berbeza… exco tu hnya alim2 kucing, dlm sekolah baik… luar sek … ermmm … jd sebaliknya dgn sy… jd ustaz tu tgk sy, dia senyum dan tegur sy… itu laaa Allah Maha Adil.

  14. 14

    ye ke zira..naper Ustaz jer yang ada isu ek he he

  15. 15

    hehehe… sbb u usulkan pasal ustaz. sebenarnya ustaz ni lbh cool dr cikgu, mungkindh ader yg menyucuk… jd dia pun naik angin laaa… hehehehe

  16. 16

    langsung tak patut ustaz M.. ade jgk tok guru spesis mcm ni.

Trackbacks and Pingbacks

  1. Selamat Hari Guru...Siapa 'Tuuut' Dalam Kelas | Ideas.Think.Share

Leave a Reply

Kongsikan post terbaru anda di sini