Seminggu Di HUSM Kubang Kerian
June 21st, 2009 | 1:39 pm | Melayu, Nasional, Pengurusan | 11,620 views | 31 responses
Sudah seminggu saya tidak berkesempatan mengemaskini blog ini berikutan berada di kampung dan tidak sempat membuka laptop, lebih spesifik lagi berada di hospital USM, Kubang Kerian, Kelantan kerana menjaga bapa yang uzur di hospital berkenaan. Saya rasa saya patut kongsikan pengalaman selama seminggu berada di wad di HUSM kerana dalam tempoh tersebut banyak mengajar dan mendedahkan kepada saya erti sebenar realiti kehidupan.
Bapa saya sebenarnya dikhuatiri mengidap kanser usus dan dijadualkan menjalani pembedahan untuk mengeluarkan sebahagian daripada usus yang di khuatiri terkena kanser tersebut, walaubagaimanapun pembedahan tidak dapat dilaksanakan berikutan bapa saya mengalami demam dan berisiko untuk menjalani pembedahan, sudahnya pembedahan terpaksa di tunda kepada tarikh baru dan bapa saya hanya di tahan di wad sehingga demamnya pulih sebelum di benarkan keluar.
Perjalanan Hidup Seorang Manusia
Pengalaman pertama yang saya lalui apabila menjaga bapa saya yang sedang uzur, beginilah sudahnya perjalanan hidup seorang insan, apabila sampai masanya, tiada lagi kekuatan atau daya, apabila diri di makan usia, nikmat sebenar hidup adalah kesihatan, bukannya lagi wang ringgit dan harta benda. Bapa saya dahulu seorang yang boleh dikatakan agak berstamina, tidak pernah kenal erti duduk diam, ada sahaja aktiviti yang dilakukan. Namun bila tua mendatang, semua kekuatan telah hilang dan terpaksa bergantung kepada orang lain untuk setiap pergerakan.
Dan sebagaimana yang pernah diceritakan oleh orang kebanyakan, manusia apabila melalui zaman tua sebenarnya kembali kepada zaman anak kecilnya semula dimana semua makan, minum, mandi, buang air dan sebagainya perlu dibantu oleh orang lain. Pengalaman ini cukup memberi kesedaran kepada saya bahawa suatu hari nanti kita semua akan tua dan akan melalui keadaan seperti ini.
Semasa berada di wad 2 Intan tersebut saya juga sempat menyaksikan saat-saat kematian salah sorang pesakit betul-betul di depan mata. Sudah tertulis di Luh Mahfuz bahawa pesakit tsrsebut akan meninggal dunia di dalam wad HUSM, bagaimana teknologi secanggih manapun tidak dapat menghalang kematian yang datang, bagaimana para doktor berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan nyawa pesakit tersebut namun kuasa Al-Khaliq melebihi segalanya.
..dan bagaimana reaksi spontan ratapan dan tangisan anak bini dan sanak saudara yang merasa kesedihan akibat kehilangan orang yang tersayang, semuanya berlaku di depan mata saya yang mana secara kebetulan berada berdekatan dengan katil pesakit tersebut, juga saya melihat bagaimana anak-anak yang perihatin mengajar ayahnya mengucap dua kalimah syahadah di saat-saat kematian, cukup syahdu dan menginsafkan.
Kasih Ibu Membawa Ke Syurga, Namun Anak-anak Tidak Mahu Memahami…
Semua orang kalau ditanya adakah sayang kepada kedua ibubapa akan mengaku sayang dan akan melenting kalau dilabelkan anak yang tidak mengenang budi. Namun cukupkan sekadar pengakuan lisan ataupun di atas kertas mengatakan sayang, kasih kepada kedua ibubapa sedangkan secara praktikal dan realitinya tidak seindah yang diwar-warkan.
Mengapa saya menyatakana sedemikian? sebabnya insiden pertama yang saya lalui sepanjang berada dalam wad tersebut melibatkan seorang pesakit yang saya jangkakan berumur lewat 40-an, menengking ibunya sendiri yang telah tua dengan kuat sehinggakan semua orang yang berada di dalam wad yang mempunyai 34 katil tersebut terkejut dan terdiam dengan kejadian tersebut.
Entah apa masalahnya seorang ibu tua yang bersusah payah menjaga anaknya sendiri yang sakit kemudian ditengking oleh anak sendiri, dan saya sungguh sayu melihat longlai langkah ibu tua tersebut beredar dari tempat anaknya, hanya Allah sahaja yang tahu betapa perasaan ibu tua tersebut. dan anak itu, sudahlah sakit, ibu yang jaga, lepas tu sanggup ditengking ibu sendiri. walhal nak berak pun kena ibu yang uruskan….
Kemudian bila sudah tiada orang nak mempedulikan dia sibuk pulak dok melaung-laung nama ibunya, mungkin ibunya terpaksa keluar sekejap untuk menenangkan hati yang kecewa, terpaksalah jururawat yang ada menguruskan keperluan dia. Perasaan saya ketika itu kalaulah saya jadi jururawat mahu aje saya suntik lelaki tu dengan ubat tidur biar dia tak bangun-bangun, sekurang-kurangnya tak delah dia nak mengguriskan hati ibunya.
Insiden kedua pula saya berbual-bual dengan seorang makcik yang agak tua juga menjaga suaminya yang terlantar sakit, anak-anak makcik tersebut ada yang berjaya, jadi pensyarah, pegawai dan cikgu sekolah, dan semuanya bekerja di Kelantan sahaja. namun seorang pun tidak berkesempatan untuk menjaga ayah sendiri yang sakit dan membiarkan ibu yang tua menjaga ayah mereka.Ibu bapa selalu berpegang kepada cogan kata “Tidak Mahu Menyusahkan Anak-anak”, walhal anak-anak pula sibuk cari alasan tidak mahu jaga ayah atau ibu yang sakit.
Dapat saya kesan tanda-tanda kekecewaan seorang ibu bila anak-anak yang sudah berjaya terlupa bagaimana ayah dan ibu mereka bersusah payah menjaga mereka semasa kecil, alasan sibuk tugas dan urusan anak-anak sekolah merupakan alasan utama untuk mengelakkan tanggungjawab menjaga orang tua….dan saya terpikir mungkinkah pada masa hadapan nanti anak-anak kepada anak makcik tadi akan menggunakan alasan yang sama apabila ayah dan ibu mereka dalam keadaan uzur dan sakit?
Kecemerlangan Kakitangan HUSM
Masyarakat sering mendedahkan keburukan dan ketidakpuasan hati terhadap mutu perkhidmatan hospital kerajaan, namun jarang sekali mendengar pujian dan ucapan terima kasih terhadap perkhidmatan yang bagus dan berkualiti. Berdasarkan pengalaman berada seminggu dalam wad 2 Intan HUSM, saya berpandangan kakitangan hospital bermula dari hospital attendant, jururawat, doktor pelatih mahupun doktor pakar di HUSM mempamerkan budaya kerja yag cemerlang.
Setiap keperluan saya dan para pesakit lain di wad tersebut di penuhi dengan baik oleh para petugas dan jururawat, layanan yang mesra dengan senyuman amat menyenangkan. ‘Assumption’ sebelum ini yang mengatakan jururawat dan petugas hospital kerajaan biadap, garang dan tidak sopan bagi saya terhakis apabila berada di wad 2 Intan HUSM. Penerangan yang lengkap dan tunjuk ajar dari doktor yang ada di situ memberikan urusan saya menjaga ayah saya di situ cukup mudah dan menyenangkan.
Apa yang saya perhatikan sebahagian besar daripada jururawat di wad 2 Intan HUSM adalah masih muda, mungkin baru tamat pengajian daripada kolej kejururawatan, kebiasaannya daripada cerita-cerita orang juruwarat yang garang dan bermulut ‘laser’ biasanya yang dah berusia dan agak senior, mungkin mereka daripada generasi lama yang tidak mempunyai pendedahan dalam kaedah psikologi, atau mungkin juga sudah tidak lut dek ‘pendedahan dan latihan’ kerana faktor usia yang sudah melebihi 40 tahun ke atas. Mungkin tidak semua berperangai begitu, namun hakikatnya ada kes-kes sebegitu, sama ada dari pendedahan melalui media mahupun dari cerita mulut ke mulut.
Walau apapun syabas saya ucapkan kepada pihak HUSM kerana mempunyai generasi jururawat baru yang lebih ‘mesra pengguna’ dan saya harapkan prestasi cemerlang para Hospital attendant dan jururawat berkenaan akan terus berkekalan sehingga ke akhir perkhidmatan.
Sikap Sebenar Masyarakat Kita
1st Class Facilities 3rd Class Mentality, tentu semua orang sudah mengetahui kenyataan yang pernah di luahkan oleh pemimpin negara (walaupun sejak akhir-akhir ini banyak kes bangunan dan infrastruktur runtuh, adakah kita sebenarya layak mengaku mempunyai 1st calss facilities). Sebenarnya sikap masyakarat masih ditakuk lama, tidak pernah berubah lebih-lebih lagi apabila melibatkan kemudahan awam, Contoh paling mudah yang saya alami apabila hendak menggunakan sinki di dalam tandas, walaupun sudah di letak pelbagai tanda peringatan, namun semuanya tidak menjadi, pengguna masih tetap ‘ bangang’ dan ‘bebal’ sehingga tidak mampu membaca peringatan yang di letakkan.
…yang peliknya bila sinki tersumbat terus di salahkan ‘cleaner’ lambat atau malas buat kerja, aduuuh, susah betul nak mendidik masyarakat kita, bila jadi satu isu, orang lain yang dicari untuk disalahkah dahulu walhal yang buat halnya mereka sendiri.
Kemaskini Terkini
Setelah lebih kurang 12 hari berada di HUSM, akhirnya bapa saya telah pergi menyambut seruan Ilahi di wad 7 Selatan, HUSM pada 2 Julai 2009. Semoga roh arwah di cucuri rahmat dan diletakkan bersama orang-orang Soleh. Patutlah sebelum daripada itu, arwah beria-ria benar hendak pergi ke hospital, rupanya sudah tertulis akhir nyawanya di HUSM.
…dan satu lagi pengajaran yang diperolehi apabila sampainya ajal seseorang insan, sebagaimana yang diperhatikan, walaupun seseorang itu membuka matanya namun pandangannya tidak nampak dan terasa amat gelap. sebelum arwah meninggalkan kami, beliau sempat bertanya mengapa pandangannya terasa amat gelap.
Sekali lagi ucapan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua warga kerja HUSM Kubang Kerian yang telah memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk masyarakat. Semoga sumbangan tersebut bukan sahaja mendapat balasan baik di dunia malahan ganjaran besar di akhirat kelak.



















said on June 21st, 2009 at 1:44 pm
bersabar dengan setiap ketentuan dariNYA,semoga bapa awak cepat sembuh.
said on June 21st, 2009 at 6:43 pm
Semoga bapa anda cepat sembuh dan diberi kesihatan yang baik dr Allah..Ameen..
said on June 22nd, 2009 at 12:55 am
@E : ..Insya Allah
@aie: …Amin, insya Allah
said on June 22nd, 2009 at 8:27 am
erm..btol la..sy pon penah tgk org menghembus nafas terakhir dpan mata sy time jage kakak kt hosptal..sgt menyedihkan n menakutkan..
said on June 22nd, 2009 at 9:50 am
Salam etomyam; semoga kesihatan ayah nya beransur baik dan sihat kembali. Tahniah kerana menjalankan tanggungjawab sebgai seorang anak dgn baik sekali.
said on June 22nd, 2009 at 10:05 am
@tomato: …pengalaman lihat sendiri dengan mata kepala kita cukup memberikan kesan kepada kita kan…
@ALoNa: …Insya Allah, sekadar melaksanakan tanggungjawab kerana sedar suatu hari kita juga akan lalui perkara sedemikian…
said on June 23rd, 2009 at 2:04 am
Assalamualaikum,
Jarang sekali anak lelaki ingin menjaga ibu atau bapa yang sakit terlantar. Tapi kamu telah buktikan. Semoga ayahanda kamu sihat wal’afiat dan dapat menjalani pembedahannya segera.
Kesedaran semasa masyarakat kita masih di tahap rendah. Bukan tidak pandai membaca tapi sengaja malas mengikuti arahan.
said on June 23rd, 2009 at 9:14 am
@zara: w’salam, anak selalu guna alasan sibuk namun tidak pula mahu mengingati bagaimana ibubapa juga sibuk membesarkan mereka dari kecil sehingga besar
huhuhu…itulah mentaliti masyarakat kita masih belum berubah, padalah ketamadunan Melayu bukan baru, malah telah bermula sejak tahun 1400 M lagi….
said on June 24th, 2009 at 8:06 am
salam jaz..semoga bapa u akan kembali sihat sejahtera.
said on June 24th, 2009 at 8:06 am
Semoga sihat sejahtera hendaknya…
said on June 24th, 2009 at 9:06 am
semoga dimudahkan segala urusan..insyaAllah
said on July 9th, 2009 at 10:49 am
Anak yang baik, anak yang soleh, insyaAllah
said on July 9th, 2009 at 2:44 pm
@Afandi : ..tugas dan tanggungjawab anak dalam menjaga ibubapa..dan suatu masa nanti kita semua akan turut melalui zaman tua..
said on July 27th, 2009 at 12:45 am
saya attendant wad 2 selatan,terima kasih atas pujian anda itu..
tq
said on July 27th, 2009 at 9:27 am
@anuar : ..sama-sama, sekadar menghargai apa yang sepatutnya di hargai…
said on July 30th, 2009 at 3:23 pm
Ass..kum,sy nak tanya pd pakar platik untuk kaki sy.kaki sy yg x baik pd luka selama 4 thn.pd lepas raya ni sy nahu buat platik kat HUSM…
said on July 30th, 2009 at 3:24 pm
Boleh ke dokta bg tahu mcm mna untuk ubat kaki sy ni….????
said on October 4th, 2009 at 2:26 pm
Jazmanie sememangnya seorang anak yang baik. Mungkin anda seorang yang sentiasa membantu dan mempermudahkan urusan makluk Allah selama ini. Maka Allah jua yang memudahkan segala urusan kamu dan keluarga di dunia dan akhirat.
Saya doakan semoga anda dan keluarga sentiasa di rahmati Allah.
said on October 4th, 2009 at 3:47 pm
Sekadar menjalankan tanggungjawab seorang anak terhadap ibubapa..dan yang pasti kita semua akan melalui perkara tersebut satu masa nanti..terima kasih di atas doa tersebut…amin.
said on October 4th, 2009 at 11:39 pm
TQ. terima kasih kerana bersikap prihatin dan menghargai perkhidmatan yang diberi. semoga teruskan sikap murni ini.
said on October 5th, 2009 at 2:25 am
Sememangnya perkhidmatan yang baik dan berkualiti patut diberi penghargaan dan pada masa yang sama sekiranya wujud kekurangan perlu di perbaiki..syabas
said on October 5th, 2009 at 12:27 am
salam…terima kasih pada en.jazmanie kerana pujian di atas. saya adalah jururawat lelaki kat wad 7 selatan. sekarang nie HUSM dah ramai da malenurse @ jururawat lelaki. Semoga dengan pujian dan pendapat dr en jazmanie ini mampu memotivasikan kami malenurse khasnya dan semua jururawat amnya. semoga roh ayahanda dirahmati Allah dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman…salam…
said on October 5th, 2009 at 2:34 am
Salam kembali, sememangnya pengwujudan jawatan jururawat lelaki banyak memberi manfaat kepada pesakit lelaki. Sejujurnya dalam mana-mana organisasi sekalipun sekali kita memberikan perkhidmatan yang baik kepada pelanggan/pengguna maka kebaikan tersebut akan terus diingati sampai bila-bila….teruskan mutu kerja yang terbaik dan Insya Allah segala kebaikan saudara ada ganjarannya.
said on October 6th, 2009 at 5:41 pm
[melalui emel anak saya]
Assalamualaikum.
saya adalah sister yg menjaga wad 2 Intan baru terbaca laman blog saudara berkaitan seminggu dihusm kubang kerian. Di sini saya, bagi pihak semua staf 2 Intan ingin rakam jutaan terima kasih di atas komen positif saudara. komen membina sebegini memberi satu motivasi untuk stsf sentiasa pertingkatkan mutu perkhidmatan kearah kecemerlangan HUSM khsnya. LAYANAN TERBAIK KEPADA PESAKIT SENTIASA MENJADI KEUTAMAAN KAMAI. Wassallam.
Maznah Ismail had an interesting article on ..Desktop Wallpaper of October 2009
said on October 6th, 2009 at 8:16 pm
W’salam,
..dan saya sepatutnya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada puan kerana berjaya membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada generasi muda ke arah perkhidmatan yang cemerlang…semoga puan terus menaburkan bakti dan jasa kepada pembangunan kerjaya golongan muda
said on February 6th, 2010 at 2:41 pm
salam, i’m so touched with this entry. I’m a newly grad doctor from Monash Uni and coming home to Malaysia, knowing that the workload here as a doctor is overwhelming, just scares me. but your entry about husm made me realize why I’m doing this in the first place. I wanna change someone’s life for the better. thank you for sharing this story, at least i know there’s someone out there who appreciate what we (doctors, nurses etc) are doing everyday. for the last time, thank you.
said on February 27th, 2010 at 4:54 pm
..w’salam, of course there are always some people who really need and appreciate your contribution..good luck and all the best to you.
said on March 4th, 2010 at 9:41 am
**en jaz telah membuatkan sy mengalir air mata dgn entri ini…
teringat pesan mak pd sy…”mak x harap duit kamu..mak cuma harap kamu ingat pd mak”….oh sedihnya…………..bila dah jadi isteri, kenalah dahulukan suami walaupun ingatan sentiasa pd mereka…
**servis di Hospital Besar Melaka juga bagus…
**alfatihah utk arwah ayah en jaz…
said on March 5th, 2010 at 6:51 pm
sekarang mutu servis dah makin baik dan akan bertambah baik…terima kasih pn izzan
said on June 13th, 2010 at 11:54 am
salam..nak tanya,kawan saya mungkin suffered from bipolar.tapi saya tak pasti..baru seminggu yang lepas dia macam tak sihat..kalau boleh saya nak dapatkan maklumat yang detail tentang sympton bipolar..jika ada sesiapa yang boleh bantu,agaknya doktor mana kat HUSM yang boleh saya rujuk?terima kasih.
said on June 21st, 2010 at 11:08 pm
Salam. First of all Al-Fatihah to your arwah father. May Allah bless his soul. Basically I’m almost on the same boat as you. In 2005 my arwah elder sister was diagnosed with the final stage of colon cancer & witnessed the moment of death while my sister was coming out of the anaesthetic after her 12-hr operation. However she finally embarked on her journey back to Allah SWT on 18 September 2008. She had been a real warrior & brave throughout her struggle and I believe your father had been the same. Let us pray for more strength & patience in enduring the challenging art of losing. InsyaAllah. My consoling words have always been; “At least she no longer has to suffer & Allah lebih sayangkan arwah. One day when our times has come we will be called to meet Allah too”
I couldn’t agree more on the professionalism and service offered by HUSM. I would also like to pledge for our doctors abroad, please come back since we’re in need of your expertise.
Oh ya this is a very moving entry and just seeing the picture of the operation room really got me choked up as I was once there and I can empathise the anticipating of waitings as your loved ones are struggling through life & dead. If only you could see our countless footsteps we were restlessly pacing up & down; waiting for the news and countless prayers uttered along the hallway. Sorry for such a long comment. Just to let you & the rest who are going through the same experience, that we’re not alone.