Serupo Skalo : Tak Kesudahannya
September 26th, 2009 | 6:08 pm | Nasional | 660 views | 11 responses
Alhamdulillah saya sudah selamat sampai ke rumah dari kampung halaman, semuanya dalam keadaan baik dan tiada unsur-unsur rumah dipecah masuk. Satu perkara yang cukup dirisaukan oleh warga kota apabila pulang bercuti di hari raya, takut ada pula orang lain yang beraya sakan apabila tuan rumah tiada. Namun apa yang pasti statistik korban jalan raya tidak menunjukkan penurunan walaupun pelbagai usaha dan penerangan telah dilakukan oleh pihak berwajib untuk menyedarkan pengguna jalan raya.
Kalau di dalam dialek kelantan, ianya disebut Serupo Skalo, ataupun Supor Skalo. Maksudnya tidak ada apa yang berubah walaupun masa dan keadaan sudah berlalu serta masih lagi ‘maintain status quo’:
Perangai, sikap, tabiat, tingkahlaku dan sebagainya sebahagian pemandu di Malaysia masih lagi di tahap yang sama, bagi saya tahap ‘Ketamadunan’ pemandu Malaysia masih rendah dan pentingkan diri sendiri serta tidak hiraukan peraturan dan undang-undang maih lagi lagi menjadi amalan sebahagian pemandu Malaysia, mungkin juga perasaan taksub kepada kehebatan besi bergerak (kenderaan la tu) masih lagi menebal.
Pengalaman sendiri memandu di kampung sepanjang musim perayaan memang banyak menduga kesabaran, kes-kes potong sebelah kiri, tak bagi signal, memotong digarisan berkembar dan sebagainya memang menjadi lumrah, dan kalau dilihar dari nombor pendaftaran kenderaan, kebanyakkannya didaftarkan di luar negeri itu, mungkin balik ke kampung untuk berhari raya dan kononnya nak menunjukkan kepada masyarakat negeri itu bagaimana cara memandu di kota-kota besar….betul ke macam tu?
Paling menjengkelkan apabila tiba di persimpangan atau jalan jambatan yang agak sesak mulalah ada pemandu-pemandu yang sibuk memotong di sebelah kiri, kononnya hendak cepat tanpa menghiraukan barisan kenderaan yang lain yang menghormati peraturan.
..dan mungkin kalau disaman pun mereka ini tidak hairan sangat, cari je sedara-mara, kawan atau ‘connection’ yang ada di kalangan pihak berkuasa dan saman boleh ‘kaw tim’, apa susah?
Kalau beginilah sikap, perangai, tabiat, tingkahlaku pemandu di negara ni, entah sampai bila lah usaha pihak berkuasa untuk mendidik pemandu akan berjaya.




















said on September 26th, 2009 at 7:09 am
aku dok tau rumoh mung duane. kalu tahu aku pecoh masuk doh
said on September 26th, 2009 at 10:09 am
huh mu ni paik….pecah muto sudahlah gu..heheh
said on September 27th, 2009 at 12:49 am
yang penting rumah demo tu supor skalo hehe
said on September 27th, 2009 at 12:57 am
heheh bro..ye betul..dah 2 kali kena pecah bro sebelum ni..btw aku dah download ebook bro tu…steady n terima kasih
said on September 27th, 2009 at 8:01 am
selamat hari raya. kadang-kadang rasa malas memandu dijalan yang sibuk itu.
said on September 27th, 2009 at 11:34 am
Selamat hari raya kembali Pok Li, memang betul malas sungguh nak drive musim2 ni….naikkan darah je hehehe
said on September 27th, 2009 at 1:11 pm
Kalau pemandu kat bandar, memang cmtu. Betul tak?
Fatin Pauzi had an interesting article on ..Indahnya Kemesraan Suami Isteri
said on September 27th, 2009 at 3:01 pm
ha ah, tapi kalau kat bandar depa still guna lampu signal, kat kg ni kureng betul…main taboh jer huhuhu
said on September 27th, 2009 at 4:10 pm
Yang tu pun betul jgk.
said on September 28th, 2009 at 12:18 am
em…harap2 nya bila saya dah mahir bawak kereta nanti sy takkan jadi macam pemandu2 yang disebutkan di atas
said on September 28th, 2009 at 12:32 am
Insya Allah…jadilah pemandu yang berhemah hehehe