manohara-odelia-pinotSudah lama tidak mendengar berita megenai kes saman Tengku Temenggong Kelantan terhadap isterinya Manohara Odelia Pinot dan juga ibu kesayangan Daisy Fajarina. Sebelum ini media khususnya di negara jiran begitu galak menyiarkan pelbagai cerita dan luahan perasaan pasangan dua beranak itu dan dakwaan terhadap Tengku Temenggung Kelantan,  dan semenjak Tengku Temenggung memulakan tindakan mahkamah kedua-dua beranak tersebut juga turut  bersemangat untuk membuktikan bahawa kebenaran adalah di pihak mereka.

Namun setakat ini berita mengenai pasangan anak beranak itu seolah-olah sepi, dan saya terbaca laporan daripada Bernama mengenai penarikan diri peguam anak-beranak tersebut:

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) — Peguam syarie kepada Manohara Odelia Pinot telah menarik diri daripada mewakili isteri Tengku Temenggong Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra itu dalam dua kes di Mahkamah Syariah.

Peguam Zainul Rijal Abu Bakar yang mewakili Tengku Muhammad Fakhry berkata beliau menerima notis yang memaklumkan penarikan diri Mohd Faiz Adnan dan Roshdan Sujak Rafie melalui faksimili kira-kira 6 petang Selasa.

“Bagaimanapun tiada sebarang alasan diberikan,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi.Sehingga kini, kedua-dua defendan masih belum memfailkan pembelaan mereka terhadap tuntutan saman tersebut.

So sekarang apa sudah jadi? umum sudah melupakan kes ini seolah-olah senyap sahaja tanpa khabar berita atau mungkin kurang mendapat publisiti sama ada di media Indonesia mahupun di Malaysia……entahlah, seperti yang telah dijangkakan sebelum ini, pasti ada pihak yang tersenyum puas mendapat keuntungan hasil dari cerita yang digembar-gemburkan. Itulah realiti media masa kini, segalanya boleh…

5 Responses to “So Manohara : Sudahnya Apa Jadi?”

klikjer diranjang maskahwin blogsendiri datakl
  1. #1
    Tirana

    Syarikat yang mengeluarkan akhbar tu pun nak cari makan jugak , Jaz. Kalau diorang tak buat berita-berita gempaq, susah jugak hidup mereka..hehehe.. Kita yang membaca akhbar ni kena buat penilaian sendiri terhadap apa yang dibaca. Jangan percaya bulat-bulat apa yang ditulis.

    • itulah tren media massa sekarang, profit menjadi agenda utama, ye lah, depa kan bisnes…orang bisnes memanglah gitu hehe

  2. xnk isu ini menjadi salah satu agenda memecah belahkan malaysia dgn indonesia

Leave a Reply