Survey Betul-Betul, Baru Puas Hati…

December 5th, 2009 | 12:48 am | Admin | 935 views | 7 responses

Semenjak dua menjak ini aktiviti blogging tidak dapat diteruskan secara konsisten sebagaimana kebiasaan berikutan perlu menyelaraskan hal dan keperluan semasa. Sebetulnya saya sedang sibuk menyiapkan rumah yang baru dibeli untuk disewakan kepada bakal penyewa seawal bulan Januari tahun depan. Persiapan dari segi gril sudah siap, sekarang ini sedang tumpukan perhatian kepada pemasangan lampu dan pembinaan ‘kitchen cabinet’. Pengalaman mencari lampu dan kipas sejak dua minggu ini saya fikirkan elok dikongsikan di ruangan ini.

lampu

Sebelum ini ramai rakan-rakan mengatakan kalau hendak beli lampu-lampu dan kipas murah boleh cari di Jalan Pasar di Kuala lumpur, Puchong atau di Nilai 3, Negeri Sembilan. Banyak pilihan dan harga berpatutan dan boleh ditawarkan. Atas pandangan dan nasihat tersebut saya dan isteri mengambil keputusan untuk membuat market price survey untuk lampu-lampu dan kipas yang kami inginkan.

Pusing punya pusing sekitar Puchong, Nilai3 dan Jalan Pasar, sudahnya tempat yang paling murah dan sesuai bagi saya dan isteri adalah sebuah kedai di deretan kedai lama di Taman Saga, Sungai Chua, Kajang. begitu ketara perbezaan harga lampu di kedai tersebut berbanding kedai-kedai yang agak popular di kalangan pengguna, beza harga sampai 15 ringgit memang cukup tinggi.

Pengajaran daripada pengalaman ini adalah tidak semestinya apa yang orang cakap itu tepat, lebih baik buat penyelidikan dan siasat sendiri, baru puas hati.

Abouts

ambo

Personal site where I share ideas and opinions generally in society and humanity.Specifically focuses on human resources development, leadership, management, blogging tutorials and tips, home and global affairs, photography, gadgets, entertainment as well as paid reviews and advertorials in both English and Bahasa Melayu. Currently etomyam also registered as guest writer at inimajalah.com

 
 

Responses so far...(7)

  1. 1

    Betul2~
    kena check betul2~
    Baru puas hati~
    biar pegang, tengok dengan mata kepala sendiri~
    Lord Zara had an interesting article on ..Pertandingan Sempena Ulang Tahun Pertama Dunia Sebelah Zara : Terbuka Untuk Semua Pencinta Yang Berkunjung Dengan Mesra Dan Ceria!

    • 2

      hahaha…betul2 itu macam la

  2. 3

    waaa…tak jadi pindah la ni….saya insya Allah pindah by Januari kot…bagi la contact buat grill…mahal tak ?

    • 4

      ada…tapi baik ambik yg dekat2…transport cost nanti tinggi

  3. 5

    pegang tu biar sampai puas, rasa dengan tangan jangan rasa guna lidah:)
    waka had an interesting article on ..Hebat di gelanggang

    • 6

      hehehe……betul2 tu

  4. 7

    kadang-kadang jenama sesuatu barangan itu perlu dipertimbangkan selain harganya cuma jangan terlampau taksub :)
    artikel terkini dari sangilapi: salam perkenalan

Leave a Reply

Kongsikan post terbaru anda di sini