datakal hosting

Tengku Muhammad Fakhry Petra vs Manohara Odelia Pinot

Posted by etomyam on 11-06-2009 | 1,234 views so far | Posted in Nasional

13

Nampaknya isu pertelingkahan di antara Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra dengan Manohara Odelia Pinot telah memasuki peringkat seterusnya dengan kedua-dua pihak mengambil langkah saman menyaman di antara satu sama lain. Dan sudah semestinya kedua-dua pihak yakin mereka berada di pihak yang betul. Saya secara tidak langsung turut mengikuti perkembangan isu ini hanya untuk melihat apa sebenarnya kesudahan episod kisah ini.

manohara3

Tertarik dengan beberapa artikel yang disiarkan oleh pelbagai pihak, seperti malaysiakini pada 10 Jun 2009:

Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra akan membuat mengambil tindakan balas terhadap isterinya Manohara Odelia Pinot dan ibu mertuanya atas dakwaan memfitnah.”Kita akan buat laporan polis dan ambil tindakan undang-udang kerana memfitnah Tengku TT (Tengku Temenggong).”Kita cuma sedang tunggu masa sahaja untuk siapkan dokumen (berkaitan),” kata sahabat karibnya Mohd Soberi Shafii.

Ahli perniagaan itu menambah, Tengku TT sedang mencari dua peguam yang sesuai dari kedua-dua negara bagi memfailkan saman terhadap Cik Puan Temenggongg Kelantan.”Kita yakin berada di pihak yang benar. Kita tidak perlu 16 peguam seperti Manohara dan ibunya Daisy,” kata Mohd Soberi kepada Malaysiakini lewat petang ini.

Selasa minggu lalu, Tengku Temenggung Kelantan memberikan tempoh tujuh hari kepada Manohara bagi mengemukakan bukti penderaan yang didakwanya atau bakal menghadapi tindakan undang-undang.Manohara dan ibunya Daisy Fajarina juga dituntut membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap kesemua dakwaannya yang dibuatnya sejak hujung April lalu.

Manakala blog Oh Bulan pada 8 Jun 2009 pula memilih untuk menyiarkan artikel pendek mengenai Manohara:

Berkahwin pada usia muda, walaupun sudah berumah tangga, Manohara masih mengekal’kan sikap keanak-anakan beliau dengan menghadiah’kan media beberapa aksi mimik muka yang lucu. Layan’kan…

manohara1
Kes Manohara di’dera mendapat liputan meluas daripada media di’ Indonesia & Malaysia berikutan terdapat beberapa dakwaan yang bertindan.

manohara2

Sehingga kini, ramai yang berpendapat dakwaan keluarga Manohara adalah tipu belaka termasuk’lah seorang aktres Indonesia, Nirina Zubir.

Kes ini saya jangkakan akan berpanjangan dan akan pergi lebih jauh dari apa yang difikir atau di rancangkan, peranan media alternatif secara online yang melihat isu ini sebagai sesuatu yang sensasi dan mampu menarik minat banyak pihak.

Walau apa pun kesudahannya saya pasti kebenaran sebenar akan terserlah, cuma masa yang akan menentukannya.

 
 
 

Comments so far...(13)

  1. #1

    tu lah gu…..susah betul….

  2. #2

    Gu n Bujoe… nampak sangat sandiwara jh belakonyo…dasar sungguh… eeee

  3. #3

    Manusia ni mcm2 ragam. Ragam org ternama cenggini..ragam yg taraf sederhana..cenggini lak. Tu nasib masing2 laa..

  4. #4

    @ALoNa : tu lah pasal……banyak orang banyak ragam….

  5. #5

    sy pun nak tahu kesudahannya….

  6. #6

    2 LAH PASAL KAWIN 2 NEGARA BERBEZA BUDAYA INI LAH AKIBATNYA….APA PA PUN RUMAHTANGGA SEDANGKAN LIDAH TERGIGIT NI KAN PULA SUAMI ISTERI

  7. #7

    azira…..betul2 tu..Azlan…..bab2 gigit ni yang tak tahan ni…heheheh

  8. #8

    "Sehingga kini, ramai yang berpendapat dakwaan keluarga Manohara adalah tipu belaka termasuk’lah seorang aktres Indonesia, Nirina Zubir".Mana hang dapat conclusion tu Jaz? I bet 80% manusia di mukabumi ini percaya Puak Istana Kelantan bersalah dan memang kejam. 20% yang tak percaya tu kebanyakannya orang kelantan, hehehe… yela, orang kelantan mana kejam, mana ada dosa sangat… serambi mekkah la katakan, hehehe.

  9. #9

    Rasanya akak dah banyak beri komen di blog-blog rakan Indonesia akak yang bertanyakan tentang kemelut kes si Manohara dan Tengku Temenggong tu di Malaysia. Rata-rata akak memang tidak setuju dengan tindakan perempuan tu.

    Perempuan murahan! Sanggup mengaibkan suami.
    Lelaki mana yang nak mendera perempuan secantik begitu? Tengok saja perangai dia di depan kamera wartawan… happy saja. Akak rasa ada agenda disebalik kes demikian. Kalau tak, masakan rakyat Indonesia sanggup nak ganyang Malaysia. Hanya kerana perempuan tak bermoral tu, kenapa Malaysia pula nak dibabitkan?

  10. #10

    knp rakyat indonesia begitu percaya yg manohara odelia nih didera???? byk dah kes2 penderaan yg dilakukan oleh rakyat kita…terbaru sape tuh…siti hajar ke ape…so, depa akan kt mmg org mesia suka dera org t'msk kaum kerabat raja wpun kite tak tahu sape yg betul lg sbnrnye….

  11. #11

    @zara : ..itulah, sekali dilihat tingkah laku Mano ni tak de pulak nampak macam mangsa dera, dan sekarang terlibat pulak dengan tunjuk perasaan di hadapan kedutaan Malaysia di Jakarta berhubung isu Ambalat….

  12. #12

    dua dua mungkin ada salahnya….rumahtangga mana tak dilanda badai…apa2 pun masalah, selesaikan dlm rukun rumahtangga.

  13. #13

    @Kak Jie : ha ah…..patutnya cam tu, macam P.Ramlee nyanyi sedangkan lidah lagi tergigit…tapi nak expect apa kak dengan budak umur 17 tahun……

Write a comment