datakal hosting

Terkini Senarai 40 Orang Terkaya Malaysia

Posted by etomyam on 05-11-2009 | 6,688 views so far | Posted in Nasional

12

Pasti setiap orang terdetik ingin mengetahui siapa sebenarnya individu paling kaya di Malaysia, semakan di enjin carian google juga menunjukkan perkataan “Terkaya Malaysia” banyak digunakan dalam enjin carian google cahaja, belum termasuk carian lain seperti Yahoo, livesearch dan sebagainya. Maksudnya ramai pihak berminat untuk mengetahui siapa sebenarnya individu paling kaya di Malaysia.

kayamalaysia

Setakat ini senarai yang dikeluarkan di Forbes.com oleh Suzanne Nam bertarikh 21 Mei 2008 telah menunjukkan jutawan Robert Kuok sebagai individu paling kaya di malaysia dengan aggaran harta bernilai $10 billion. Jutawan berusia 84 tahun dan mempunyai 8 orang anak tersebut menceburi pelbagai bidang perniagaan di Malaysia termasuk juga do Hong Kong.

Senarai lengkap 40 individu terkaya di Malaysia setakat 21 Mei 2008 adalah:

Rank Name Net Worth ($BIL) Age
1 Robert Kuok 10.00 84
2 Ananda Krishnan 7.20 70
3 Lee Shin Cheng 5.50 69
4 Teh Hong Piow 3.50 78
5 Lee Kim Hua & family 3.40 79
6 Quek Leng Chan 2.40 67
7 Yeoh Tiong Lay & family 2.10 78
8 Syed Mokhtar AlBukhary 1.80 56
9 Vincent Tan 1.30 56
10 Tiong Hiew King 1.10 78
11 Azman Hashim 0.70 68
12 William H. J. Cheng 0.66 65
13 Lee Swee Eng 0.50 52
14 Ong Beng Seng 0.47 63
15 Lim Kok Thay 0.35 56
16 Vinod Sekhar 0.32 40
17 Lee Oi Hian 0.30 57
18 Yaw Teck Seng 0.30 70
19 Anthony Fernandes 0.29 44
20 Mokhzani Mahathir 0.29 47

….sambungan

21 Kamarudin Meranun 0.28 47
22 Jeffrey Cheah 0.28 63
23 Lee Hau Hian 0.25 55
24 Chong Chook Yew 0.25 86
25 Yaw Chee Ming 0.24 49
26 G. Gnanalingam 0.23 63
27 Lim Wee Chai 0.20 50
28 Kua Sian Kooi 0.20 55
29 Lau Cho Kun 0.19 72
30 Abdul Hamed Sepawi 0.18 58
31 David Law Tien Seng 0.17 NA
32 Tiah Thee Kian 0.16 61
33 Liew Kee Sin 0.16 50
34 Ahmayuddin bin Ahmad 0.16 51
35 Eleena Azlan Shah 0.15 48
36 Lin Yun Ling 0.15 53
37 Ong Leong Huat 0.13 64
38 Lim Thian Kiat 0.12 50
39 Khoo Kay Peng 0.11 69
40 Nazir Razak 0.10 41

Apa yang anda dapat pelajari dari senarai di atas? pelbagai analisa asas boleh dibuat terhadap senarai di atas. Contoh yang analisa yang saya boleh buatkan berdasarkan senarai di atas adalah:

  1. Jumlah atau nilai kekayaan individu terkaya di Malaysia adalah sebanyak $10 Billion, cuma tidak dapat di pastikan simbol $ mewakili nilai matawang USD ataupun RM. Maksudnya kalau di tukarkan kepada RM jumalh kekayaaan Robert kuok adalah sebanyak RM38.0 bilion dengan mengambilkira kadar tukaran matawang tetap sebanyak USD 1 = RM3.80;
  2. Semakan berhubung sumber kekayaan jutawan Robet Kuok terlibat dalam bidang ‘Agribusiness’, secara asasnya boleh dikatakan bidang perniagaan berasaskan pertanian sebenarnya mampu menjana pendapatan yang lumayan;
  3. Umur tertua di kalangan 40 individu terkaya adalah 86 tahun iaitu Chong Chook Yew manakala jutawan termuda pula berumur 41 tahun iaitu Nazir Razak;

Ada harapan ke kita nak jadi jutawan macam mereka ni?

 
 
 

Comments so far...(12)

  1. #1

    PERGHHH…SYIOKNYE KLU DPT ANGKA SIMPANAN SEJUMLAH MCM NIE…MASYUK TU WEiiii.

    HI JAZMINE NAK BAGITAU i PUNYA SLIDE SHOW TAK LEH KUAR NAPE YE?

    NANTI u TGK BILA SENANG NANTI OK..BYE

    • #2

      @erinsza..tengah check n baca balik instruction plugin tu..

  2. #3

    Si Vincent Tan tu, mau nyer tak kaya… kedekut! Bonus staff tak kasik…

  3. #4

    @zara: hehehe zara…depa kata nak kaya kena kedekut…kalau tak….

  4. #5

    kayo2 pun, ramai jugak yang miskin kat m’sia ni..
    tolong la org miskin.. nak bosa an tempolok masing2 yo la..
    tp Tan sri Syed mokhtar al- Bukhari terkecuali la…
    idola orang melayu..

  5. #6

    albukhari gak terbaik..hehe
    aizuddin had an interesting article on ..(Face Your Manga) Buat Avatar Anda Dengan Percuma!

  6. #7

    asyik tengok orang lain je kaya, bila kita nak kaya eek? aku dah cuba banyak kali nak jd kaya, xkayax pun sampai ke tua! kaya ada banyak makna tau!

  7. #8

    huhu..senagnya hidup jika kita pandai..bijak berbakti pada pertanian yer..

    sesungguhnya usaha itu tangga sebuah kejayaan..nah, baru nampak akan hasilnya yang lumayan..berbaloi..baloi..
    Suri had an interesting article on ..Planet Pluto

  8. #9

    Yang penting, ape yang boleh kite belajar dari insan2 kaye begini..ermm..pastinya diorang dah rase susah payah yg amat payah utk kaye sebegini..

    p/s – ade ke yg masuk skim cepat kaye tersenarai dalam list ni?takde kan?fikir2kan..
    artikel terkini dari hafizmd: Kesian skuad Harimau Muda A di Slovakia

    • #10

      hahaha…..setakat ni semua yg kaya tu hasil kerja betul dan bukan skim cepat kaya…

  9. #12

    [...] sudah tahu, senarai lengkap orang terkaya Malaysia. Kalau belum tahu, senang-senag bolehlah ke blog Myjazmanie atau blog Ceriteras ini untuk butiran yang lebih [...]

Write a comment