The Red (Budu) Warrior: Kempunan Piala Malaysia 2009, Ulasan Peribadi
Posted by etomyam on 08-11-2009 | 753 views so far | Posted in Admin, Nasional
24
Malam tadi saya berpeluang mengikuti perlawanan akhir Piala Malaysia 2009 di stadium nasional Bukit Jalil, sejujurnya kali terkahir saya menyaksikan perlawanan bolasepak di stadium adalah sekitar 9 tahun yang lalu, semasa si Khalid Jamlus masih lagi berada di bawah projek FAM, yang saya dah lupa apa nama pasukan tu. Tapi pada tahun ini terasa teruja untuk mengikuti perlawanan secara live, kerana suasana menonton di hadapan peti TV tidak sama dengan keadaan sebenar di stadium. walau apapun, keputusan telah muktamad, The Red (Budu) Warrior kempunan untuk memiliki Piala Malaysia bagi sesi 2009 ini setelah kecundang di tangan Negeri Sembilan 1-3. err saya suka menambah perkataan budu disini kerana Kelantan sinonim dengan budu, dan saya juga suka makan budu.
Berdasarkan pengamatan di dalam stadium, memang Negeri Sembilan layak memenangi perlawanan tersebut, bukan kerana pasukan tersebut kuat, cumanya permainan mereka lebih berkeyakinan sedangkan Kelantan melakukan ’silly mistake’ sebanyak 3 kali yang mengundang padah, dan lebih malang lagi kesemua kesilapan lekeh tersebut di lakukan oleh pemain yang sama, jersi 27 dan kalau tidak silap, sebagaimana yang diberitahu rakan-rakan merupakan pemain muda baru berusia 19 tahun. Kesemua gol-gol Negeri Sembilan di awal babak pertama dan kedua serta tendangan penalti bermula dengan kesilapan pemain pertahanan berkenaan membuat ‘clearance’ yang silap.
Mungkin agak terkejut dengan kehadiran penonton yang memenuhi hampir 2/3 stadium berkapasiti 95,ooo orang, ada dua kemungkinan yang melanda pemain Kelantan pada pandangan saya, sama ada terlalu yakin (over confident) untuk memenangi perlawanan tersebut ataupun terlalu gugup kerana dapat beraksi dalam final Piala Malaysia selepas 40 tahun.
Secara keseluruhan permainan Kelantan seakan hilang punca dan buntu untuk mencipta gerakan, berbeza dengan perlawanan menentang KL Plus dan Perlis sebelum ini. Memang agak kecewa dengan persembahan Kelantan pada malam tadi, bukan kecewa kerana kalah, tetapi kecewa dengan mutu permainan yang sepatutnya lebih baik dari perlawanan di peringkat suku dan separuh akhir. Adat bertanding sudah pasti ada menang kalah, tetapi kalau kalah tanpa memamerkan prestasi sebenar memang mengecewakan.
Manakala di luar padang pula saya agak terkejut dengan banyaknya mercun dan bunga api yang diletupkan di dalam stadium, gamaknya stok hari raya AidilFitri dulu kot, riuh rendah, dan paling menyedihkan saya sebagai penyokong Kelantan apabila ada sebilangan daripada penonton yang agak ekstrem melontarkan mercun kepada pasukan polis FRU yang menjaga keselamatan. Apalah salah FRU tu, dan yang agak menghairankan saya bagaimana mereka mampu membaling mercun jauh hingga ke tepi garisan padang, sedangkan jarak di antara penonton dengan padang adalah jauh. Kuat bebenor puak-puak nih.
Terus terang sebagai penonton yang ‘biasa-biasa aje’ macam saya, suasana tersebut boleh mengganggu konsentrasi saya. Mungkin di masa-masa akan datang pemerikasaan ketat harus dilakukan oleh pihak stadium untuk mengawal kegiatan menyeludup mercun ke dalam stadium sebegini. Berdasarkan pengamatan saya bukan sahaja penonton kelantan malahan penonton negeri sembilan juga turut membakar mercun.
Walau apapun, keputusan sudah diperolehi, The Budu warrior tidak cukup bagus untuk memiliki Piala Malaysia, mungkin ada pengajaran disini supaya lebih berhati-hati di masa hadapan dan tahniah untuk Negeri Sembilan yang pandai menggunakan kesempatan untuk meng’Hoben’kan Kelantan.
Sedikit ’snapshot’ yang sempat dirakamkan sebelum, semasa dan selepas perlawanan. sebagai kenangan kerana saya tidak tahu bila pulak saya akan ke stadium menyaksikan bola sepak.
Suasana di perkarangan stadium di hadapan stesen STAR LRT pada jam lebih kurang 6 petang, penuh sesak dengan penyokong the red budu warrior.
Salah satu daripada tren penyokong bola sekarang, unik dan menarik serta menghiburkan suasana. Kepelbagaian ragam penyokong menyebabkan suasana di stadium hangat dan teruja.
Salah sorang daripada penyokong the Red (Budu) warrior. di samping digunakan untuk sorakan, kain tersebut juga boleh diguankan sebagai sejadah untuk solat maghrib sementara mengunggu sepak mula.
Inilah gambar paling ’seksi’ yang sempat dirakam sebelum perlawanan bermula, dalam perjalanan menuju ke gate Hijau. Tahniah dan terima kasih kepada anggota keselamatan yang menjaga suasana dengan baik. Saya tidak pasti sama ada brader ini sanggup balik macam ni selepas pasukan Kelantan kalah…hehehe.
Penonton juga boleh mengecat muka mereka mengikut selera masing-masing di perkarangan stadium kerana terdapat banyak gerai di situ yang menawarkan servis cat muka ni.
Sejak bila pulak Mat Black menjadi peminat kelantan, agak terkejut juga dengan kehadiran mereka yang agak ramai dan membawa gendang besar turut sama-sama memeriahkan suasana. Agaknya lepas geram kot.
Penonton Negeri Sembilan walaupun jumlah yang agak kecil namun gol pertama menaikkan semangat mereka untuk terus menyokong pasukan mereka.
klip video sepintas lalu suasana di dalam stadium…gamat, sungguh gamat.
Penonton agak muram dan ’stress’ berikutan kecuaian pemain melepaskan go di awal babak permainan. Masing-masing mengharapkan berlaku keajaiban untuk jaringan balas….yang tidak berlaku.
Insiden yang dilaporakn, sebenarnya yang kelihatan seperti asap tu adalah daripada ‘fire extinguisher’ yang diberikan oleh pihak Bomba untuk memadamkan api kecil. Situasi selepas ketinggalan 0-3.
Amat hairan dengan kekuatan yang ada di kalangan sesetengah penonton yang mampu membuat balingan sejauh itu. kalau main lontar peluru atau lontar lembing ni mau menang nih.
‘Damage has been done’, tidak ada apa yang dapat dikatakan lagi oleh penyokong-penyokong ini setelah ketinggalan 0-3. Ramai penonton mula beredar setelah sedar adalah mustahil untuk Kelantan membalas kesemua gol dalam tempoh tidak sampai 30 minit.











November 8, 2009
oam puluh satu tahun den nunggu jaz, kono la meraso sekali sekalo..
November 8, 2009
betul bro..tahniah utk team bro
November 8, 2009
apasal ko x ambik gambar aku dlm video tu aku ddk dkt seberang sana tp mula2 tukang sorak..tp sedih jgk gol yg dimasukkan oleh n9 tu semuanya bola bodo2 je xde fight langsung aku igt mgkn bdk yg jd bek tu gugupla dgn jumlah penonton yg ramai…xpe jdikan pengajaran dimasa akan dtg bole buat yg lg baik..yg pasal mercun tu aku pun x brp suka sbb takut terkena org lain plak kan bahaya tu tp mmg penyokong kelantan adalah penyokong yg paling extream..
ariey had an interesting article on ..Cara membuat Guestbook di blogspot
November 8, 2009
tu lah pasal bro, frust kerana main tak best lansung, macam budak sekolah jer….sebelum ni mamat tu reserve jer, may be main player injured kot….
November 8, 2009
Apasal penyokong kat Malaysia tak berapa 'setia' ngan team masing2?…menang sorak riuh rendah..tapi bila kalah berkilo-kilo dok kutuk team sendiri..nampak team nak kalah, semua balik awal..hehe. Note hang aku suka sebab neutral..kehkeh
November 8, 2009
setia? kalau stye main cam steady aku ingat penonton boleh tahan lagi,tapi bila stop ball pun x jadi, passing ntah kemana2…muak le kot,lagipun penonton Malaysia dah biasa terdedah dengan mutu bolasepak dunia lain,so nampak le ….mat salleh pun kalau x puas hati sama gak, sekali buat rusuhan mati beb….hehehe
November 8, 2009
Apasal penyokong kat Malaysia tak berapa 'setia' ngan team masing2?…menang sorak riuh rendah..tapi bila kalah berkilo-kilo dok kutuk team sendiri..nampak team nak kalah, semua balik awal..hehe. Note hang aku suka sebab neutral..kehkeh
November 8, 2009
org kata over comfident pon xleh gak..mebi stress sbb harapan ribuan rakyat kelantan mnyebabkn pemainan jd kucar kacir..sentuh bab pnyokong klantan yg dh sinonim dgn gedebe (xsmua) mmg bt sy geram..mereka perosak mjlis! apa agak2nya cara bkesan dr mghalang sikap bodoh ini menular dikalangan rkyat kelantan yg ekstrem yaa..krn nila stitik abes sebelanga susu jd ungu..
dahlia had an interesting article on ..Sotong Sumbat! perggkkhh..
November 8, 2009
tulah pasal,ntah dari mana laa puak-puak tu terlepas, mungkin lepas ni nak kena sultan beri peringatan kepada rakyat jelata supaya lebih berdisiplin
November 8, 2009
jaz…meme kene la ngan motto gomo kelate gomo…last2 kene gomo kokre…sebenarnya N9 x kuat…cuma kelate jo hok lemah…lemoh fizikal & lemoh attitudes! pahni kita pakat gomo bendo lain la pulak hihi…
November 8, 2009
betul tu bro, lemah lutut kawe tengok puak-puak ni, pemain satu hal, penonton lagi banyak hal….buat malu company jer ….huhuhu
November 8, 2009
sebenarnya N9 x kuat…cuma kelate jo hok lemah.. he he bersopan sungguh ayat abe fardhi. minumlah tungkek ali kalu mau kuat
November 8, 2009
ko ada lebih ke tongkat ali tu mizhar?heheh
November 8, 2009
dok aper..tahun depang ader lagi PIALA MALAYISA….tahun depang shooping pemaing sakan sket pasalm pitis minyak bertimbun2 tu ….buleh beli star2 …dok cayer yanye ke Nuar Musa…dia bari sms ke kawei tadi
November 8, 2009
hehe..kain rentang pujian kpd nuar musa terus kena buang lepas gol kedua…adus..kesian betul
November 9, 2009
semua respons aku dah jawab dlm blog aku…
November 10, 2009
penyokong klate kena gi plkn dulu utk disiplinkan diri
November 10, 2009
..buleh dipertimbangkan cadangan bernas ini
November 11, 2009
negeri sembilan menang mungkin kerana ini tahun 2009, tahun depan mungkin tidak:)
den, tak minat bola la..so sapa2 menang pun boleh asal jangan gaduh sudah. kepada yang menang tahniah dan kepada yang kalah usaha lagi!
waka had an interesting article on ..Berita baik kepada perokok tegar
November 11, 2009
mungkin jugak bro, kan tahun ni 09, mestilah N9….
November 11, 2009
musykil aku,kalau nak tengokkan skala mercun yang diorang mainkan tu, kategori mercun saiz besar. macam mana pulak boleh terlepas masuk. memang betul-betul ‘Malaysia Boleh’
goldemas had an interesting article on ..jemputan majlis ilmu
November 11, 2009
itulah bro…..musim raya punya mercun berdentum dentam, warna-warni, takder check pun, masuk poket terus masuk gitu jer
November 15, 2009
Kita xleh salahkan penonton kelantan 100%..Ni senua berlaku kerana kawalan yg x cukup ketat..Nak bkk gate pun lambat..Tu pasal penyokong marah…Rempuh gate n tu la puncanya mercun2 boleh diseludup msk..Klu Final piala FA dlu mn ada cmni..Kawalan ketat..Pasukan RELA rmi..Ni setakat polis 1,500 org..Dah la x bukak gate time tengah hujan lebat..Siapa yg patut dipersalahkan??Walaupun sy bkn penyokong Kelantan tp sy pergi tngk Final Piala M’sia n sape yg x g tngk jgn memandai duk mengata..
November 16, 2009
Semua pihak perlu ambil tangungjawab, sekarang ni semua kesalahan dituding kpd satu pihak sahaja..