Tip Bagaimana Mengawal Wall Status Facebook

July 14th, 2009 | 1:42 am | Admin | 1,433 views | 9 responses

Memang tidak dapat dinafikan lagi aplikasi jaringan sosial Facebook merupakan salah satu daripada jaringan sosial yang cukup popular di masa ini, dan pelbagai cerita sama ada dari segi positif mahupun negatif telah di dedahkan kepada para pengguna aplikasi tersebut. Walau apapun respons daripada bekas atau pengguna semasa Facebook, pihak Facebook terus menjana keuntungan lumayan di mana bagi tahun 2009 sahaja pihak Facebook menjangkakan akan memperolehi pulangan sebanyak $500 juta USD. Satu perniagaan yang amat-amat menguntungkan.

facebook

Saya dimaklumkan pada masa ini musim Facebook menyekar atau ‘block’ sesetengah pengguna yang dikatakan telah melanggari TOS Facebook, salah satu sebab utama pelanggaran TOS facebook adalah ‘terlebih aktif’ yang mana mungkin telah memberikan gangguan kepada kawan-kawan yang lain. Apa yang saya maksudkan di sini adalah ada pengguna terlalu kerap mengemaskini status di wall masing-masing tanpa menyedari kekerapan tersebut telah menyebabkan rakan-rakan yang lain terganggu. Mungkin pengguna tersebut merasakan perlu untuk menghebahkan apa yang sedang berada dalam fikirannya pada masa itu namun tidak semua daripada beratus kawan-kawan yang mereka ada selesa dengan keaktifan tersebut.

Bagi saya ada dua perkara utama di  sini, yang pertama pengguna tersebut tidak menyelaras rakan-rakannya dengan tersusun dan yang kedua kegagalan mengawal privacy setting masing-masing. Mungkin ada di kalangan rakan-rakan pengguna yang baru dikenali melalui Facebook selain daripada rakan-rakan lama dari sekolah, kampung, universiti, kolej, tempat dan sebagainya, dan adakah pengguna tersebut benar-benar kenal rapat dengan kesemua rakan-rakan berkenaan?

Untuk mengurangkan risiko kena ‘block’ akibat terlebih aktif ini, ada dua langkah yang paling mudah dan berkesan yang telah saya cuba sebelum ini, langkah pertama adalah dengan mengkategorikan senarai rakan-rakan anda di dalam Facebook. Mungkin anda boleh memberikan kategori seperti sahabat, kawan, teman, kenalan dan sebagainya. Dan anda perlu menentukan yang mana kriteria rakan-rakan dalam facebook tersebut yang boleh dianggap sahabat, teman, kawan dan sebagainya. Cara untuk tujuan ini adalah seperti berikut:

  1. Login ke dalam akaun Facebook anda dan klik kepada perkataan Friends;
  2. Perhatikan disidebar sebelah kiri anda, di bawah nya terdapat butang “+create”, klik kan link tersebut;
  3. Paparan ‘Create New List’ akan muncul, letakkan nama kategori rakan yang anda sukai; dan
  4. Seterusnya klik kepada gambar rakan-rakan anda yang anda rasakan sesuai di bawah kategori yang anda pilih.

Teruskan dengan seberapa banyak kategori kawan yang anda mahu, yang aktif, yang senyap, yang sengau, yang celupar dan sebagainya, terpulang kepada anda.

Apabila sudah cukup mengkategorikan semua rakan-rakan anda, teruskan dengan langkah kedua iaitu ‘privacy setting’. Tujuannya untuk mengawal sapa yang patut tengok status update anda setiap kali anda nak update.

  1. klik pada perkataan Setting di sebelah atas sebelah nama anda, kemudian terus klik pada perkataan ‘privacy setting’;
  2. Klik pada link ‘profile’ dan seterusnya paparan privacy profile muncul;
  3. Terdapat banyak profile yang anda boleh kawal samada mahu dibenarkan rakan lain melihat atau tidak;
  4. Untuk tujuan mengawal Wall Status Update ini, anda perlu klik kepada ‘Wall post’ dan edit custom setting;
  5. Di ruangan tersebut terdapat pilihan kepada anda untuk tidak membernarkan rakan-rakan tertentu untuk melihat Wall Status Anda;
  6. Dalam ruangan ‘Except These People” tersebut anda boleh masukkan kategori atau rakan yang anda rasa tidak perlu tahu pasal status update anda.
  7. Apabila siap anda boleh cuba melihat perbezaan di antara kategori rakan-rakan anda apabila mereka melawat profile anda.

Itu sahaja, cukup mudah dan senang. Dan satu lagi apa yang saya perhatikan dalam Facebook ni banyak di antara kawan yang telah di ‘block’ kerana terlebih aktif dalam mengomen status rakan-rakan lain, mungkin ada yang telah mengguris hati lalu report kepada Facebook, sudahnya kena block. hmmm, macam-macam.

email
myhome
 
ambo

Personal site where I share ideas and opinions generally in society and humanity.Specifically focuses on human resources development, leadership, management, blogging tutorials and tips, home and global affairs, photography, gadgets, entertainment as well as paid reviews and advertorials in both English and Bahasa Melayu. » contact here » Semak Ranking Blog Anda Disini

 
 

Responses so far...(9)

  1. 1

    Adakah saya terlebih aktif? Kawan saya tak ramai pun, ada 50 orang saja. Itupun ramai yang pasif..hehehe.. Saya dah belajar sedikit sebanyak tentang privacy setting..hahaha..album gambar saya tak ada sapa boleh tengok kecuali family and old friends..hehehe..sorry..Mungkin nanti saya akan ubah setting untuk lain-lain fuction juga spt status and so on.. Mungkin bila kawan dah ramai nanti..setakat ini block album aje dulu.. Jaz..thanks for teaching me..hehehe..

  2. 2

    Kawan-kawan saya di Facebook, kebanyakkannya blogger, saudara mara dan rakan taulan UTM. Bekas2 pelajar semuanya saya BLOCK dari masuk ke profile dan jadi rakan saya~

  3. 3

    tq brooo…tak ambil tahu pun pasal ni…tahu guna jer erk :) tak sempat nak explorer…

  4. 4

    @Tirana : …50 kawan dalam FB mungkin peringkat permulaan tu, ada kawan-kawan yang sampai beribu2….

  5. 5

    @Zara : ..mana tau kot-kot lepas ni makin bercambah kawan-kawan, bila dah terlalu ramai keadaan akan tidak terkawal heheheh

  6. 6

    @kita: …orait and steady bro…

  7. 7

    Salam, thanks for sharing..saya memang suka berkawan ramai orang di facebook..dan yang mana sempat saya dah kategorikan rakan2..senang nak tengok status update mereka..

    dan saya mengambil sikap sederhana dalam komen status dan berkawan..terutama melibatkan politik..memang kadang2 menjadi isu panas..

    dan sesetengah yang membangkit isu / promo / spam di wall / inbox..saya akan delete dari list..

  8. 8

    @cikguafezi : W’salam itulah yang sebaiknya..besederhana dalam semua perkara

  9. 9

    Thanks , info yg menarik nie … :-)

Leave a Reply