Umrah dan Ziarah Andalusia Travel

April 21st, 2009 | 12:06 pm | Muslim | 14,095 views | 37 responses

Sekadar berkongsi pengalaman yang tidak seberapa dalam mengerjakan ibadah umrah, walupun sikit namun sedikit sebanyak saya yakin boleh memberi gambaran awal kepada sesiapa yang ada niat untuk menjejaki tanah suci. Pakej yang saya sertai disediakan oleh Andalusia Travel, Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. ialah sebuah syarikat pengembaraan 100% milik Bumiputera yang dinamik dan berpengalaman luas di dalam menguruskan pakej umrah dan haji serta pelancongan ke destinasi antarabangsa. Syarikat dibimbing oleh Dato’ Ustaz Md. Daud Che Ngah selaku Pengerusi Eksekutif.

Dato’ Ustaz Md. Daud Che Ngah, Berpengalaman luas dalam pengurusan haji (kursus haji dan umrah serta pengendalian jemaah haji di Makkah) hampir selama 30 tahun ketika bersama Lembaga Tabung Haji dan aktif memberi ceramah dan kuliah-kuliah agama di seluruh Malaysia, Singapura, Brunei dan Kedutaan Malaysia di United Kingdom. Juga merupakan salah seorang ahli Muzakarah Ibadat Haji peringkat Kebangsaan dan menjadi Setiausaha Majlis Muzakarah itu pada tahun 1986 – 1998.

Kalau ditanya kepada saya bila waktu paling sesuai untuk pergi umrah, selain dari waktu bulan Ramadhan, paling sesuai bila lepas musim haji, sebabnya bila habis musim haji, Kerajaan Saudi tidak mengeluarkan visa umrah, jadi tidak orang luar boleh masuk ke Saudi. Andalusia travel sediakan pakej umrah dan ziarah dengan menggunakan visa pelancong, jadi kita perlu pergi melancong dahulu sebelum tunaikan umrah.

Selepas musim haji kawasan tanah Haram di cuci dan diselenggara semula, jadi orang tidak ramai, jadi jemaah kita berpeluang untuk buat ibadah dengan lebih selesa dan sempurna. Maksud saya keberangkalian untuk mengucup hajarul aswad, berdoa di pintu kaabah dan disetiap sudut mustajab doa akan jadi lebih mudah, begitu juga di madinah, mudah untuk kita solat di Taman raudah dan juga solat ditapak yang betul-betul Rasulullah S.A.W berdiri dan solat kepada Allah S.W.T setiap malam.

Para jemaah di bantu oleh pelajar-pelajar dari negara Indonesia yang belajar di sana untuk membimbing dan membantu apa sahaja keperluan yang para jemaah inginkan. Sepanjang 12 hari berada di sama pelajar-pelajar tersebut cukup membantu dan menghiburkan.

Sepanjang berada di sana masa para jemaah akan di isi dengan pelbagai aktiviti kerohanian dan sesi ceramah di samping sesi berjalan-jalan di tempat-tempat bersejarah. Para pelajar berkenaan akan menceritakan semua sejarah sesuatu tempat dan anda akan menerima banyak pengetahuan yang tidak terdapat dalam mana-mana buku teks.

Di Madinan para jemaah di bawa ke pelbagai tempat menarik seperti ladang kurma dan diceritakan bagaimana asal usul Kurma nabi (Ajwa), lebih kurangnya bila Malaikat Jibril melihat Rasulullah S.A.W tiada  satu makanan pun untuk berbuka puasa maka sedihlah ia lalu memohon daripada Allah S.W.T sesuatu makanan untuk rasul-Nya, maka diperkenankan dan diberikan buah kurma yang ‘special’ ini. Biji buah kurma ini kemudian ditanam oleh Rasulullah S.A.W dan terus membesar di kawasan Madinah. Di maklumkan juga kurma Ajwa tidak akan hidup dan berbuah di mana-mana tempat. Wallahua’lam.

Jemaah kami juga turut di bawa ke Madain Salleh, tempat perkampungan kaum Ad dan Thamud seperti yang diceritakan oleh Al-Quran, dan juga lubang tempat munculnya unta. Kisah unta nabi Salleh A.S yang diturunkan oleh Allah S.W.T sebagai bukti (seperti yang diminta) kebenaran dakwah oleh kaum tersebut . Akhirnya unta tersebut dibunuh dan dimakan beramai-ramai oleh mereka.

Dan bagaimana mereka mencabar nabi Salleh A.S mendatangkan bencana kepada mereka, yang mana selepas 3 hari berpesta kulit mereka bertukar warna dan semuanya lari bertempiaran kononya menyelamatkan diri ke dalam gua-gua yang mereka bina. Kawasan tersebut sebenarnya baru dibuka kepada pelawat, sebelum ini kawasan tersebut adalah kawasan larangan.

Kawasan tersebut juga merupakan kawasan yang di laknat oleh Allah S.W.T, tiada pokok yang sanggup tumbuh dan burung-burung juga tidak kelihatan terbang di ruang angkassanya. Di ceritakan juga Rasulullah S.A.W tidak sanggup minum air yang para sahabat ambil dari perigi di kawasan tersebut.

Keseluruhan pengalaman mengerjakan umrah bersama Andalusia Travel amat menyeronokkan dan banyak ilmu dan pendedahan yang kita perolehi, tengok dalam gambar atau dengar cerita orang tidak sama dengan hadir sendiri ditempat-tempat suci itu.

Pengalaman paling indah ialah bila pertama kali memasuki masjidil Haram dan melihat Kaabah, terpegun dan tak boleh nak kata apa-apa, yang selama ini kita tengok atas sejadah, atau di Tv dan media cetak, kini berada di depan mata dan boleh disentuh dengan tangan, apalagi bila dapat peluang melekatkan pipi ke pintu Baitullah, macam yang Rasulullah pernah buat menangis melekatkan pipi di pintu Kaabah kerana tidak tahan dengan kejahatan kaum Quraisy.

Abouts

ambo

Personal site where I share ideas and opinions generally in society and humanity.Specifically focuses on human resources development, leadership, management, blogging tutorials and tips, home and global affairs, photography, gadgets, entertainment as well as paid reviews and advertorials in both English and Bahasa Melayu. Currently etomyam also registered as guest writer at inimajalah.com

 
 

Responses so far...(37)

  1. 1

    Salam bro etomyam..

    kekadang keinginan tu ada tpi faktor kewangan dan masa selalu jadi penghalang…

    dh pi umrah lepaih ni bole pi haji plak kot..

  2. 2

    Taktau kenapa saya jadi teringin sangat2 nak p umrah lepas baca entri ni. waaaa… bila laa nk ada peluang dan rezeki ni? huu..

  3. 3

    @TSS : Salam bro..tak per bro, satu hari nanti Insya Allah…mesti ada rezeki

  4. 4

    @!x0r@: ada peluang mesti ada tu sis, lambat dengan cepat jer

  5. 5

    subhanallah… sangat teruja bila baca entri ni.. insyaAllah kalau takda halangan, saya pun nak kerjakan umrah… mungkin dalam tahun hadapan…

  6. 6

    @Adry : Insya Allah…..banyak kelebihan bro

  7. 7

    Best nye. macam nak pergi. Next change, insya Allah.

  8. 8

    @fatiah : Insya Allah…x lama dah tu

  9. 9

    baru membaca cerita keistimewaan tempat2 sedemikian, dah bergenang air mata. moga satu hari hajat ziarah tertunai.

  10. 10

    @siti aisyah : Insya Allah…akan sampai peluang itu

  11. 11

    alhamdunillah….
    memang bg sesiapa yg dh pg haji @umrah mmg hati rasa terpanggil ke sana lagi…. satu kepuasan yg tiada tandingannya…nikmat Allah..bila di sana kita akan jd tenang dan hanya ingat nk ibadat jer…..

    • 12

      semoga dapat peluang lagi di masa akan datang

  12. 13

    hati rasa terpanggil lagi utk ke tanah suci… harap2 tahun depan (2010 )ada lah rezeki..

    • 14

      insya Allah..semoga dikurniakan hajat

  13. 15

    moga allah makbulkan impian say ke tanah suci tahun depan musykilnya nak bawa anak lelaki(kami berdua sahaja) risau semasa beribadat duduk berasingan…

    • 16

      Insya Allah, semoga dipermudahkan segala urusan

  14. 17

    assalamualaikum

    iman tengah pening nak pilih tabung haji atau hijjaz travel atau andalusia. mana yang lebih elok? Jika diizinkan Allah nak pergi dengan membawa ayah yang sudah uzur…kalau nak pi musim cuti sekolah khuatir ramai dan kasihan kat ayah.

    Ada juga berhajat nak ke Mesir sekali sebab teringin sangat lepas tengok jejak rasul kat Tv3 rasa macam nak pegi jer (itu masa sekolah) dan skunk pun nak pi jer…

    cuma iman confius, kalau tabung haji dan hijjaz legend kumpulannya kecil, andalusia ni dengarnya kumpulan sampai 90 orang….tak leceh ker nanti andalusia nak uruskan?

    lagi satu iman tak tahu nak pilih bilik berdua atau bilik berempat….mana satu yang elok….sebab dalam kepala ni asik kesian kat ayah….

    lama dah kumpul duit ni dah hampir 10 tahun tapi cuma mampu bawak ayah g umrah jer….at least sebelum dia meninggalkan kami sekeluarga, ada lah peluang dia melihat kaabah dan bersolat di tempat tempat yang dicatatkan di dalam al-quran..

    boleh bagi pandangan tak bang? iman sangat menanti

    • 18

      Salam,

      Dari segi pemilihan travel agencies, saya hanya pergi dengan Andalusia dan tidak dapat membuat perbandingan dengan agensi-agensi lain, masa saya pergi dulu pun Andalusia combine dengan agensi Triways, adalah dalam 2 biji bas semuanya semasa berada di sana.

      Dari segi Andalusia, depa ada sediakan pelajar2 indonesia yang ada kat situ dan menemani kita sepanjang masa di sana, apa-apa keperluan boleh direct dgn depa dan memang boleh diharap.

      Kalau untuk selesa (dalam kes ayah yg uzur) lebih sesuai untuk ambik bilik 2 orang, takut nanti kalau yang 4 orang dikhuatiri mengganggu jemaah lain

  15. 19

    kalau macam perokok pula macam mana yer sewaktu di sana? mesti ketagihan…

    • 20

      tak jadi masalah, sana pun banyak orang isap rokok, Marlboro senang cari, dunhill susah, tapi Gudang garam Surya pun ada hehe..btw kandungan TAR dan Nikotin di sana lebih rendah berbanding di negara ini….satu perbandingan

      • 21

        asslmkm. kita ke mekah buat haji atau umrah adalah kerana nak membersihkan jiwa dari kesilapan, kesalahan dan dosa yg mungkin pernah kita lakukan. jadi dah sampai sana tak usahlah cerita pasal rokok.

        orang dalam ihram, satu helai rambut gugur pun bimbang sama ada kena bayar dam atau tidak (sengaja gugurkan atau sebaliknya), masakan pula kita nak terus menerus dgn tabiat yg tak baik. bila sampai sana lupakanlah rokok, dan lupakan terus rokok bila sampai tanah air. jika tidak, macam main2 aje kita ke sana.

        salah satu tanda haji atau umrah kita diterima Allah swt (mabrur) adalah sama ada kita menjadi lebih baik selepas haji/umrah. oleh itu jgnlah bila balik kita masih sama shj atau menjadi sebaliknya.

        pandangan saya.

        • 22

          pun boleh…

  16. 23

    …berumrah sambil menziarah…ape pendapat semua?…

    • 24

      elok juga tu, lagipun destinasi pelancongan lain kita boleh dan sanggup pergi, inikan pula destinasi sejarah berkaitan keagamaan kita…tapi terpulang kepada persepsi masing-masing

  17. 25

    saya pernah buat umrah 2x. mak pula dah buat haji n umrah2x. cuma kami tak pernah pergi skali. kami dah rasa rindu sangat nak ke sana lagi.. ingat kali ni nak bwk mak n anak saya skali.insyaallah mungkin july thn ni kot… cuma skrg mak dah guna wheelchair. agaknya nnt senag tak dia nak buat umrah n ziarah…

    • 26

      sesiapa yang pernah menjejakkan kaki ke tanah suci akan sentiasa merindui untuk melawatnya semula, sebab itu semasa di sana ada di ajarkan doa untuk minta Allah S.W.T permudahkan urusan kita untuk kembali melawat rumah Nya.

      Insya Allah semuanya akan jadi mudah, rasanya ramai jugak org yg berkerusi roda menunaikan umrah itu hari..

    • 27

      Assalamualaikum. Saya baru balik umrah bersama ayah saya. Ayah pakai wheel chair. Mula mula agak khuatir macammana nak beribadat. Alhamdulillah sepanjang kat madinah dan mekkah semuanya ayah berada di samping saya. tak ada masalah langsung Alhamdulillah ayah permudahkan.

      Macam yanti pompuan dan mak pompuan kalau kat madinah sure tak terpisah. Senang jer rupanya tolak orang wheel chair dan kita dapat keistimewaan sebenarnya masa tawaf dan saie…semua orang akan beri laluan pada kita.

      Masa saie pun kalau penat, yanti boleh upah pelajar pelajar indonesia kat sana. Macam saya pergi dengan Andalusia, ada jemaah wanita yang tak larat tolak mak dia dan kat sana Andalusia uruskan semuanya carik tukang tolak. Tukang tolak tu semuanya pelajar indonesia yang bekerja dengan Andalusia. Dorang cekap dan hafal sume doa doa tu dan dorang ajar kita slow slow dengan tertib. Mudah. Saya tolak ayah, so dia tolak makcik lain. Saya join dia. baca doa pun dia bacakan kuat kuat kami amin + doa kita sendiri. Dalam masa yang singkat dah selesai semua umrah. Kalau tak salah say abayarannya SR250. Tapi ada jemaah yang sedekah lebih, iyerlah dorang berpeluh peluh tolak mak ayah jemaah lain untuk beribadat.

      Wheel chair elok bawak sendiri punyer dan labelkan. Nanti kat airport cakap jer itu private punya nanti pekerja andalusi akat klia akan tag kan. Cuma di Jeddah, kita kena tolak mak ayah kita pakai wheel chair airport sebab, wheel chair kita sendiri akan masuk kargo kena balut SR15 kat kaunter masuk KAA International Airport jeddah.

      Kesimpulannya, tak ada kesukaran pun nak bawa mak ayah kita naik wheel chair ni…mudah lagi ada. Kat wheel chair leh gantung beg kasut…sampai semua orang menumpang beg kasut hheheh. Apa apa pun berserah pada Allah insyaAllah Allah sentiasa memuliakan tetamuNya.

      Best Wishes and be safe. Kirim salam kat Mak dan tahniah dapat pegi bulan Julai ni. Eiii Jelesssnyer..Jangan lupe tangkap gambar tau.

      Wassalam

      mataharibiruu
      (facebook) mataharibiruu@yahoo.com

  18. 28

    salam sy student dr usim nilai..skang ni sy sedg wat research ttg haji n umrah..so sy berminat nk wat ttg agensi encik..cmne sy nk dptkan mklumat dgmn lbh terperinci??

    • 29

      salam, saya x terlibat dalam mana-mana agensi yg sediakan perkhidmatan haji/umrah…

  19. 30

    memang rasa teruja dan x sabar rasanyer nk jejak kaki ke sana bila dgr cerita org yg balik dr sana..mudah-mudahan di murah kan rezeki oleh ALLAH untuk sampai ke rumah-NYA tahun hadapan…INSYAALLAH….AMIN,,,,

    • 31

      insya Allah, ada rezeki tak lama lagi lah tu

  20. 32

    Assalamualaikum…

    Abang…alhamdulillah say dah balik Malaysia….sedey…rasa tak puas…gambar gambar saya semua saya dah masukkan dalam facebook saya mataharibiruu@yahoo.com…..ada 3 ribu keping gambar di sekitar jeddah, madinah, madain saleh, al ula, khaibar, wadi kudait, makkah, masjidil haram, taif, jaaranah, dzulhulaifah, qornul manazil, tanaem, hudaibiah dan banyak lagi..

    semoga gambar gambar ini menjadi panduan kepada kawan kawan yang masih belum berkesempatan ke sana….sama juga seperti album abang yang banyak memberi pendedahan kepada saya…

    andalusia memang best…kami dilayan macam raja….Alhamdulillah…ke mana sahaja mesti ada excott polis arab….jadi macam VIP

    semoag saya dapat datang lagi ke sana…dan hajat ayahanda untuk menjejakkan kaki sekali lagi dah tercapai….semoga dapat ke sana sekali lagi

    kepada yang belum pergi…sementara muda dan bertenaga, berduit tu….pergilah ziarah dan menunaikan umrah di makkah. berbaloi baloi

    saya juga yang tanya bab rokok tu…alhamdulillah no problem kat sana…semuanya dipermudahkan…

    terima kasih abang dan saya bersyukur Pada Allah Alhamdulillah kerana menemukan saya dengan abang…

    kirim salam akak dan abang sekeluarga

    wassalam

    mataharibiruu

    • 33

      W’salam,
      Alhamdulillah semuanya berjalan seperti yang dirancang, mesti rasa seronok dan ingin pergi semula ke sana kan..:D.

      Saya pun sudah tengok gambar2 dalam facebook tu, memang terasa macam nak gi semula je..

      • 34

        Tu lah terima kasih sudi add saya. Ada banyak lagi gambar yang saya tak upload lagi. memang bang, saya sampai hari ni tetiap hari nengok gambar tu dan berangan….teringatkan life kat sana. Hati meronta ronta tak keruan jadiknya. Nampak benda sume kat sini tak cantik….bila orang bercakap pun termenung….teringatkan Makkah dan Madinah. Semoga Allah menjemput kita lagi ke sana dalam masa terdekat ya?

  21. 35

    Salam Jaz..

    Info yang menarik…gambar-gambar pun cantik…sure kamera mahal ni..hehehe..apapun doakan aku dapat sampai ke sana dengan tengan n tampa halangan yang memberat…Mungkin belum rezeki bila perancangan untuk pergi pada bulan Mac ni tertangguh akibat halangan yang tak boleh dielakkan…

    • 36

      w’salam,
      kamera mahal amenda nya, cokia je hahaha.
      Insya Allah cuti panjang ni ada peluang tu..

  22. 37

    alhamdulillah..thn lps sy dpt menunaikn umrah setelah 15th dulu mengerjakn hj dan insyaAllah akan terbang pd 2.5 ni utk ziarah dan umrah pula..thn lepas sy gi dgn suami je..tp kali kami membawa emak saya dan ibubapa mertua pula,ke cairo sbb nak ziarah anak yg bljr di u zagaziq..x sabar2 rasanya nak jmpa ank dan ank pun asyik membilang hari je utk bertemu kami,dsamping nak jumpa ank sedara 2 org yg juga bljr d u al azhar..mudah2an kadatangan` kami nanti akn menghilangkn rasa rindu ank2 kami disamping dpt menunaikn umrah dgn sempurna n mendpt pula umrah yg maqbullah..amin..memang kami pegi ikut andalusia travel sbb dah ada pengalan dgn mrk thn lepas..dan kami sgt berpuas hati dgn layanan yg dberikan,klu ada pun perkara2 yg x diingini terjadi,bg sy itu adalah ujian utk kita disana..moga perjalanan kami nanti dirahmati n diberkati Allah dan sumenya akan berjalan lancar dari pergi sampailah kami kembali..InsyaAllah

Leave a Reply

Kongsikan post terbaru anda di sini