Wahai jiwa yang tenang
April 18th, 2009 | 1:59 am | Muslim | 1,440 views | 6 responses

Awal-awal ni dengar alunan ayat suci memang sungguh menusuk kalbu. Saya suka mendengar dan menghayati ayat daripada surah Al-Fajr. Biasa di baca bila dalam majlis-majlis berkaitan kematian: ayat yang bermaksud “Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jama’ah hamba-hamba-Ku. Masuklah ke dalam syurga-Ku” ( Al-Fajr [89]:27-30).
Ya di situlah sebenarnya kesudahan hidup manusia ini, walau sehebat dan segagah manapun, kepada Nya jugak manusia akan kembali. Duit berjuta-juta, harta menimbun-nimbun, anak cucu beratus-ratus, pengikut berjuta-juta…semua itu tidak bermakna selagi kita gagal mencpai Nafsu Mutmainnah.
Di akhir titik hidup inilah kita perlu beringat sama ada termasuk dalam golongan mereka yang diredhai ataupun tidak. Dan untuk mencapai keredhaan Allah S.W.T, bukan susah pun. semua jalan dah dibentangkan, diri kita sendiri jer yang nak pilih.



















said on April 18th, 2009 at 3:02 am
Terimakasih kerana mengingatkan…Kadang2 terleka sekejap dengan keseronokan dunia hingga terlupa bahawa kita akan mati…
said on April 18th, 2009 at 9:44 am
alhamdulillah… bagus untuk peringatan… sesungguhnya orang paling bijak di muka bumi ni adalah mereka yang selalu mengingati mati…
said on April 18th, 2009 at 10:03 am
@Tirana : ya sekadar berkongsi
said on April 18th, 2009 at 10:05 am
@Adry : betul, di akhir garisan nanti
said on May 31st, 2010 at 11:11 pm
misi kehidupan yang perlu kita capai- cari “peta jalan pulang”
artikel terkini dari sangilapi: rezeki semakin murah
said on July 17th, 2010 at 8:58 pm
mantap2 ayat bang joe ni
artikel terkini dari mijie: Akhirnya streamyx tiba jua